TROFI AJL36 BERSALUT EMAS & RM100,000 MENANTI JUARA, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terbaru dan pastinya tertunggu-tunggu siapa pemiliknya!

TROFI AJL36

Tahun ini bertukar trofi. Kali ini ianya telah di ubahsuai untuk tampak lebih eksklusif. Masih mengekalkan reka bentuk asal berupa ‘not muzik’ yang telah digunakan sepanjang 35 tahun Anugerah Juara Lagu diterbitkan.

Pengubahsuaian ini adalah di bahagian pangkalannya yang kelihatan lebih tinggi. Memudahkan pemenang untuk menggenggam trofi kejuaraan mereka dengan lebih yakin.

Trofi Juara Lagu ini pasti menjadi aspirasi kepada finalis AJL 36 dan menjadi lambang kemegahan acara berprestij terbesar negara ini.

WANG TUNAI RM100,000 MILIK SIAPA

Buat pertama kalinya juara bagi Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) menerima wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi Juara Lagu yang bersalut emas. .

anugerah juara lagu 36

SIAPA BAKAL JUARA?

Siapakah juara bertuah yang bakal menggenggam wang tunai RM100,000 dan trofi Juara Lagu bersalut emas ini nanti? Jangan lupa saksikan Anugerah Juara Lagu 36 pada 6 Mac 2022 (Ahad).

Bersiaran langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim secara langsung di

Website AJL | Tonton | Youtube TV3 Malaysia

AJL 36 dimeriahkan oleh dimeriahkan oleh NOIR Beauty Essence, “Cantik dengan NOIR, Hanya NOIR”. sebagai penaja utama. Juga menampilkan Siri OPPO Reno Seven, Lima G, Pakar Potret sebagai penaja bersama.

Hot FM, Buletin FM dan Molek FM sebagai rakan radio serta Audio+, Xtra, Tonton, Oh Bulan!, Seismik, Sirap Limau, SAYS, Berita Harian, Harian Metro dan News Straits Times sebagai rakan digital.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge