THE BIG WIN ALAMANDA SIAPA PEMENANGNYA! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Jika anda mengikuti KP sebelum ini pasti anda mengetahui tentang kempen ini.

THE BIG WIN ALAMANDA

Lebih 4,000 pengunjung pusat membeli-belah Alamanda menyertai kempen cabutan bertuah ini. Dalam ramai yang terlibat rezeki buat insan ini yang seorang.

SURI RUMAH SEBAGAI PEMENANG

Tertulis rezeki Rabiatul Afiqah – suri rumah berusia 30 tahun terpilih dari ribuan pengunjung yang menyertainya.

‘Semasa menerima panggilan dari pihak Alamanda saya sangat terkejut dan tidak percaya. Mana taknya walaupun selalu menyertai cabutan bertuah, belum ‘tuah’ lagi saya untuk memenanginya’.

Menetap di Seremban dan berkunjung ke Alamanda ianya adalah lokasi strategik dan memudahkan perjalanan juga pengalaman membeli-belah.

Tidak kira buat saya mahupun keluarga dimana hampir semuanya ada di sini.

KEMPEN THE BIG WIN

Kempen ini telah tamat pada 26 Jun 2022. Setiap pembelian bernilai RM 200 dimana-mana kedai terpilih layak menerima sekeping baucar beli-belah bernilai RM 30.

Bukan setakat itu sahaja dapat pula satu penamaan untuk menyertai cabutan bertuah. Setiap pembeli layak membuat tiga penamaan maksimum satu hari.

KONGSI ANDREW BRIAN

‘Kepelbagaian tawaran menarik diadakan sebagai satu daya usaha untuk terus menghargai pengunjung setia. Pihak kami berharap agar inisiatif ini akan mendorong momentum positif yang berterusan

-Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd,, Andrew Brian

Turut hadir pada majlis penyeraha hadiah adalah Pengurus Besar Alamanda, Pang Sook Foong. Ketua Pegawai Eksekutif The Apple Auto Services & Tyres Sdn Bhd, Vincent Phang juga hadir.

KEMPEN THE GOLDEN TICKET

Kembali lagi kempen The Golden Ticket dimana menawarkan baucar membeli-belah bernilai RM 144,000 untuk dimenangi

Bermula dari 29 Julai hingga 21 Ogos 2022 mengundang pengunjung untuk memenangi cabutan bertuah segera.

Senang saja dimana dengan pembelian minimum bernilai RM200 dimana kedai-kedai terpilih layak menyertainya.

101 KOTAK MINI

Kotak mini yang mengandungi baucar beli-belah Alamanda akan dibuka setiap hari. Salah satu kotak mengandunogi sekeping ‘Golden Tiket’ bernilai RM1,000.

Ada juga kotak mini yang mengandungi baucar ‘White Ticket’ yang bernilai RM 50.00 bagi 100kotak yang lain.

Pastinya anda tidak akan pulan dengan tangan kosong dan setiap lebihan hadiah akan digabungkan dengan 101 hadiah untuk hari berikunya

Had penyertaan adalah satu hadiah untuk setiap pembeli untuk setiap hari selagi stok masih ada.

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge