8 JENAMA NAUNGAN HABIB GROUP, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Siapa saja yang tidak kenal dengan jenama HABIB? Terkenal dengan pasaran barangan kemas tempatan.
Tahukah anda sebenarnya bukan setakat barangan kemas tetapi ada lagi jenama lain dibawah naungan-nya yang tidak kurang hebat.
JENAMA NAUNGAN HABIB GROUP
Antara jenama-jenama naungan HABIB Group adalah
HABIB
Bermula dengan perniagaan barangan kemas berlian dan batu permata. Merupakan jemana tempatan yang mementingkan sentuhan warisan dalam setiap rekaan mereka.
Jenama ini semakin dikenali dengan rekaan baru yang memenuhi cita rasa setiap lapisan generasi.
Koleksi yang ditawarkan termasuk barangan kemas bertatahkan berlian, batu permata atau mutiara.
Ada juga emas 916, Oro Italia 916 dan emas 999 untuk pelaburan seperti jongkong emas dan syiling wafer emas.
KORLOFF
Jenama dari Paris telah berkolaborasi secara eksklusif dengan Habib sejak awal tahun 2022.
Keunikan Korloff yang terkenal dengan lagenda batu berlian hitam menyimpan pelbagai kisah semenjak awal kurun ke-20.
Ia tidak hanya menawarkan pelbagai seleksi barangan kemas.
Malah turut menawarkan koleksi jam tangan mewah, wangi-wangian eksklusif, ‘cufflink; serta pen premium.
HEARTS ON FIRE
Merupakan jenama antrabangsa dari Amerika Syarikat yang bernaung di bawah HABIB Group.
Ia adalah yang pertama dan hanya boleh didapati di bilik pameran HABIB sahaja.Terkenal dengan slogan ‘Potongan Berlian Paling Sempurna di Dunia’.
Setiap berlian yang dihasilkan mempunyai kilauan yang memukau menerusi potongan berlian yang dihasilkan
STEPHEN WEBSTER
Berinsipirasikan artistic dan inovatid, jenama ini menawarkan barang kemas kontemporari dari London.
Citarasa ketukangan tradisional yang unggul dan disegani dalam pertukangan British.
Koleksi jenama ini dihasilkan dengan sentuhan peribadi perekanya- Stephen Webster menerusi pendekatan yang unik.
Hanya boleh didapati di bilik pameran HABIB sahaja.
PANDORA
Lebih dikenal sebagai barangan kemas yang melambangkan ekspresi diri dan meraikan sesuatu peristiwa dalam kehidupan.
Setiap charm yang direka mempunyai jalan penceritaan tersendiri kepada penggunanya menerusi gaya yang ditonjolkan.
Kini memiliki lebih 30 butik di Malaysia
TOUS
Dari Sepanyol dan sudah bertapak lebih dari 50 negara dan mempunyai 700 butik diserata dunia.
Selain menawarkan barangan aksesori, turut membawa barisan produk seperti minyak wangi, scarf dan beg kulit.
Setiap rekaan ini lebih menonjol kepada golongan muda yang menyukai trend terkini.
ICE WATCH
Jam tangan yang mempunyai rekaan sangat ikonik dengan warna yang terang dan menarik.
Berasal dari Belgian dan koleksi ini amat terkenal dalam golongan kanak-kanak dan remaja.
Malah koleksi terbaru banyak menampilkan sisi lain jenama ini yang lebih menonjol kepada golongan lelaki dan wanita secara umum.
ORO ITALIA 916
Membawa kepakaran dan teknologi dari Itali khusus untuk HABIB> Koleks ini telah memberikan kelainan kepada pencinta emas.
Ia menerusi pelbagai warna seperti emas kuning, ros dan putih.
Rekaan ini mendapat sentuhan kemasan yang unik pada setiap satunya seperti ‘high-polish;, potongan berlian dan juga ‘Cataphoresis Lacquer’.
PAMERAN BARANGAN KEMAS ANTARABANGSA
Terkini, pameran barangan kemas antarabangsa yang menampilkan jenama dibawah naungan HABIB Group sedang berlangsung hingga 7 Julai 2022.