PROTON X50 FLAGSHIP BAKAL DIMENANGI DI ALAMANDA, BEST TU! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Proton X50 tu yang bakal dimenangi. Siapalah yang bertuah bakal menerimanya?
PROTON X50 FLAGSHIP
Pusat Beli-belah Alamanda (Alamanda) menawarkan para pembeli peluang menarik untuk memenangi “Proton X50 Flagship” melalui kempen terbarunya iaitu “The Big Win”.
KEMPEN THE BIG WIN
Untuk setiap RM300 yang dibelanjakan di mana mana kedai terpilih dalam maksimum dua (2) resit, pembeli akan menerima satu borang penyertaan untuk cabutan bertuah.
Berlangsung dari sekarang hingga 26 Jun 2022. Setiap pembeli boleh mendapat maksimum tiga (3) borang penyertaan setiap hari.
GANJARAN SEGERA
Perbelanjaan minimum RM300 dalam dua (2) resit juga membolehkan para pembeli menikmati ganjaran segera baucar beli-belah bernilai RM30.
Setiap pembeli layak mendapat satu penebusan setiap hari.
“Kami sangat teruja untuk memberi peluang kepada para pengunjung Alamanda untuk membawa pulang sebuah SUV yang sedang hangat di pasaran Malaysia.
Dengan tawaran menarik seperti ini, Alamanda akan terus menyediakan pengalaman membeli-belah yang berharga dan bermanfaat untuk semua,”
-kata Andrew Brien, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.
CABUTAN BERTUAH
Pembeli yang menyertai cabutan bertuah hanya perlu mengisi butiran mereka. Disusuli dengan menjawab soalan mudah.
Seterusnya menyerahkan borang penyertaan bersama-sama dengan resit kepada Concierge. Pemenang bertuah kemudiannya akan dijemput ke majlis penyampaian hadiah di Alamanda pada 29 Julai 2022.