JURASSIC DINOSAUR ADVENTURE PARK BEST KE?

JURASSIC DINOSAUR ADVENTURE PARK BEST KE? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Lama dah tak ke taman permainan interaktif semenjak pandemik melanda.

Kini, dibuka khususnya untuk golongan kanak-kanak buat pertama kali di Malaysia. Ini untuk memberikan pengalaman bersama pelbagai spesis dinosaur dari zaman prasejarah.

JURASSIC DINOSAUR ADVENTURE PARK

Dinosaur amat popular di kalangan kanak-kanak, merupakan makhluk yang mempersonakan dan hanya boleh dijumpai di dalam buku dan filem.

KKDAY PENERAJU PLATFORM

Oleh itu, KKday, sebuah peneraju platform pengalaman pelancongan Asia membawa Jurassic Dinosaur Adventure Park ke Malaysia. Untuk membawa para pengunjung ke era Jurassic.

Taman tema ini menampilkan pelbagai jenis dinosaur animatronik dengan saiz yang sebenar.

Menggambarkan kehidupan di habitat mereka dan mampu bergerak serta menghasilkan bunyi yang menggerunkan.

Para pengunjung juga dibenarkan untuk mengambil gambar bersama dinosaur-dinosaur ini.

SEMUA PERINGKAT UMUR BOLEH!

Dibuka sehingga 31 Ogos 2022, Jurassic Dinosaur Adventure Park bertempat di Pavilion Bukit Jalil.

Menjemput semua orang dari semua peringkat umur untuk mengalami keriangan taman tema tersebut.

Objektif utama taman tema ini adalah untuk menyediakan platform yang mencetus minat kanak-kanak.

Mempelajari lebih tentang makhluk prasejarah ini sambil bermain dengan pelbagai aktiviti dan sukan yang menyeronokkan

PENGALAMAN LUAR BIASA

aman tema tersebut direka untuk memberi pengalaman yang luar biasa dengan merangsangkan emosi, perhatian dan konsentrasi para pengunjung.

Ianya turut dilengkapi dengan alat trampolin, permainan, alat tunggangan, pameran dinosaur yang akan membuatkan kanak-kanak teruja dengan pengalaman tersebut.

ANTARA TARIKAN

HUTAN PRA-SEJARAH

Bakal kagum dengan pelbagai jenis dinosaur yang seakan-akan hidup. Siap sambut dengan ngauman mereka! Anda juga dibenarkan untuk berswafoto tetapi waspada, jangan sampai digigit!

INTERAKSI DENGAN DINOSAUR YANG BERNYAWA?

Dinosaur nampak cam hidup, sempat tak kalu nak bergambar dulu ..

TUNGGANG DINOSAUR

Alami tunggangan luar biasa dengan menunggang dinosaur kegemaran anda. Dengan pelbagai pilihan dan yang penting pegang kuat-kuat.

LAVA TRAMPOLINE

Lahar memenuhi lantai! Permainan imaginasi zaman kanak-kanak menjadi realiti dengan ruang trampolin gunung berapi. Lihat setinggi mana anak anda (atau anda) boleh melompat mengelak lantai lahar.

GALI TULANG DINOSAUR

Baiklah pengembara kecil, tiba masanya untuk anda mengambil penyodok dan gali! Kami perlu pertolongan anda untuk mencari tulang dinosaur. Adakah anda mampu mencari semuanya?

DINO HAUNTING

Sedia, bidik, tembak! Uji bidikan anda dengan permainan menembak di taman tema kembara.

BALLPIT INTERAKTIF

Siapa tidak suka ball pit yang menarik! Keistimewaan ball pit kami ialah ianya datang bersama skrin interaktif yang menggalakkan anda melontar bola ke arah gol di skrin.

GELONGSOR KERIANGAN

This little fun slide will see your kids going up and down multiple times! Gelongsor Keriangan yang membuatkan anak anda tidak berhenti bermain!

TIKET

Tiket Hari Minggu dan Hujung Minggu boleh di didapati dengan  diskaun 50% pada 8 dan 9 Ogos 2022 dengan menggunakan kod promosi DINO8.

Pengunjung juga boleh menikmati diskaun 50% untuk Pas 1-Hari pada Hari Minggu dengan pembelian minimum sebanyak 4 tiket menggunakan kod promosi DINO50.

Sah sehingga 31 Ogos 2022. Tiket boleh digunakan serta merta atau pada tarikh yang berlainan.

Sila pastikan anda manfaatkan promosi ini dengan menempah tiket anda dengan awal supaya dapat menikmati pengalaman jurassic yang luar biasa.

*Tiket sah sehingga 31 Ogos 2022

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge