TERBITAN SULUNG CEF ANNETTE – WHAT TO COOK LAAA… !| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Anda minat memasak? Pernah tak anda sampai tak tahu nak masak apa? Mungkin ini boleh bantu anda.

CEF ANNETTE

Telah diketahui bahawa memang sejak dari bangku sekolah lagi Cef Annette atau lebih senang dipanggil Cef Nette lebih suka memasak makanannya sendiri.

Ketika berusia dalam linkungan 20-an Cef Nette akan menjadi tukang masak tetap bagi setiap pengembaraan bersama rakan-rakannya.

Cef Nette yang sudah arif dalam selok- belok masakan, sentiasa memastikan citarasa rakan-rakannya dipenuhi.

Gaya masakan Cef Nette yang mudah dan ringkas, serta terbit dari lubuk hatinya, dapat dirasai dalam masakannya bagi keluarga dan rakan-rakannya.

BEZA BUKU MASAKAN INI DENGAN YANG LAIN

Apa yang membezakan buku masakan Cef Nette daripada yang lain ialah resipinya yang ringkas lagi lazat.

Citarasa makanan ini terbit dari kegemaran Cef Nette untuk memasak, selera makanan yang dibentuk dari pengembaraanya .

Digabungkan dengan bakatnya sebagai perumus resipi baharu dan penggaya makanan.

Hidangan istimewa yang direka khas oleh Cef Nette sendiri iaitu Telor Keropok Zaleha, Telur Kukus Celia, Nina’s Beef Bolognese, Ayam Serai and Almond Crumble.

RESIPI MUDAH NAMUN UNIK


Cef Annette berkata bahawa beliau berhasrat supaya setiap hari, lebih ramai orang dapat mengembangkan minat mereka untuk memasak. Serta mampu menyediakan dapur Asia Tenggara yang ringkas.

Hasratnya ini berasaskan kepercayaan dan falsafah dirinya bahawa setiap orang mempunyai keupayaan semula jadi untuk memasak.

“Memasak adalah mudah dan saya ingin membina perasaan cinta bagi memasak hidangan yang enak, sihat dan ringkas kepada orang ramai” 

WARISAN TURUN TEMURUN

Cef Nette juga percaya bahawa sebahagian besar daripada warisan turun temurun rakyat Malaysia ditanam dan diwarisi dari generasi ke generasi melalui masakan.

Beliau berhasrat untuk memelihara dan memupuk warisan masakan Malaysia yang unik dan pelbagai, melalui bukunya.

Selain itu, juga berharap resipinya yang ringkas dan mudah dapat membantu menyelesaikan dilema mereka yang sibuk untuk hidangkan kepada keluarga dan kenalan mereka.

WHAT TO COOK LAAA..

Tajuk bukunya “What To Cook Laaa..” sangat tepat dengan keadaaan di Malaysia kerana kebanyakannya akan selalu bertanya ‘Apa Nak Makan Laaa” dan “Di mana Nak Makan Laaa’” .

Buku “What To Cook Laaa..” diterbitkan oleh MPH Group Publishing dan sudah berada di pasaran di semua Kedai Buku MPH dan secara dalam talian.

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge