MENU OISHII JEPUN TERBARU DARI MARRYBROWN, AWESOME! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Anda peminat makanan segera? Jika ye pasti anda pernah dengar akan Marrybrown.
KEMPEN AROUND THE WOR;D
Marrybrown, rangkaian makanan segera Halal tempatan terbesar yang mana Marrybrown kini mempunyai 500 buah restoran di 16 buah negara di Malaysia.
Kini membawa peminatnya pada hidangan yang cukup istimewa yang sememangnya ‘something different’ bersempena dengan kempen Around the World’.
Kali ini diinspirasikan dari negara matahari terbit, Jepun!- Jepun ialah destinasi keempat hidangan bertemakan Marrybrown’s Around the World
Kenalkan menu terbaharu mereka Marrybrown Oishii Jepun. Dilancarkan pada 23 Jun 2022.
Didatangkan dengan sos Teriyaki yang rasanya manis-manis memikat dengan kepedasan wasabi. Ianya “sesuatu yang berbeza” untuk rakyat Malaysia namun tetap memikat selera.
Warna roti (bun) berwana merah jambu. Air minuman baru diperkenalkan iaitu air Sakura Fizz. Pastinya terkenang keindahan pokok bunga sakura.
PILIH MANA YANG NAK
2 KETUL AYAM OISHII
2 ketul Marrybrown’s Crispy Chicken di hidangkan bersama potato wedges dan air Sakura Fizz. Dan juga sos teriyaki + wasabi. Harga yang ditawarkan bermula dari RM20.50.
OISHII RICE BOWL
Set ini didatangkan bersama potongan Marrybrown’s Crispy Chicken diselaputi sos teriyaki Wasabi, nasi dan air Sakura Fizz. Harga bermula dari RM12.90
MARRYBROWN’S OISHII BOX MEAL
Teringin burger dan ayam. Ambil set ini yang didatangkan bersama Oishii Burger, 1 ketul Marrybrown’s Crispy Chicken , Potato Wedges dan air Sakura Fizz. Ditawarkan pada harga bermula RM23.90
BURGER MARRYBROWN OISHII
Set burger Oishii bersama Potato Wedges dan air Sakura Fizz. Ahem. Roti (bun) warna merah jambu yang sangat comel. Harga ditawarkan bermula dari RM15.30
Jepun mempunyai pelbagai jenis makanan lazat yang menyelerakan untuk memikat hati anda. Ciri-ciri makanan Jepun boleh dikatakan hampir serupa dengan masakan Malaysia.
Dimana kedua-duanya sedap, segar, lengkap dan unik bagi setiap hidangan. Itulah sebabnya rakyat Malaysia mudah menerima makanan Jepun.
Berasa amat selesa dengan hidangan dari negara matahari terbit itu. Menu Oishii Japan yang unik namun sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia.
Website | Participating Outlets | Instagram | Facebook | Applikasi MB