MISTER POTATO X CHA EUN WOO MEMANG BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Suka ‘chips’ dari Mister Potato? Suka artis K-pop Cha Eun Woo? Kalau kite gabungkan bagaimana, teruja?
MISTER POTATO X CHA EUN WOO
Artis K-pop Cha Eun-Woo telah dipilih sebagai duta jenama terbaharu Mister Potato dalam kempen terkini yang dilancarkan hari ini.
Kerjasama serantau terbaharu ini – Mister Potato x Cha Eun-Woo. Ianya sebahagian daripada kempen sambutan ulang tahun ke-30 Mister Potato sehingga pertengahan Ogos 2022.
APA YANG ISTIMEWA
Kempen ini bakal menyaksikan nama dan imej atau gambar bintang ini dipaparkan pada pembungkusan kerepek kentang, bahan di tempat jualan.
Juga paparan dagangan jenama Mister Potato di Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia dan Thailand sepanjang tempoh akan datang.
CENDERHATI TERHAD
Mister Potato akan melancarkan cenderahati edisi terhad yang boleh ditebus di kedai dan menerusi aktiviti yang diadakan. Hadiahkan cenderahati yang ditandatangani secara eksklusif di negara-negara yang tersenarai di atas.
TERUJA DENGAN CHA EUN-WOO
“Mister Potato dengan sukacitanya mengalu-alukan penyertaan Cha Eun-Woo dalam keluarga kami, dan kami teruja untuk bekerjasama dengan pemuda yang dinamik ini.
Cha memang disukai oleh peminat kerana pelbagai bakatnya dan beliau membawa tenaga dan keceriaan ke dalam seni lakonan dan juga nyanyian di pentas.
Selain itu, dengan gaya hidup yang aktif dan cita rasanya yang luar biasa, Cha menjadi pilihan duta jenama yang paling sesuai bagi kami,”
-kata Pierre Pang, Pengarah Eksekutif Kumpulan MAMEE-Double Decker.
ULANGTAHUN KE-30
“Ulang tahun ke-30 kami mengingatkan setiap detik yang menarik dan menyeronokkan yang ditempuhi jenama kegemaran ramai ini . Kami terhutang budi kepada pengguna kerana kesetiaan dan sokongan mereka selama ini.
Kami tetap komited untuk menjadi sebuah syarikat yang berani dan inovatif dan terus merangka pelbagai rancangan menarik pada masa depan,”
-tambahnya.
CHA EUN-WOO
Cha Eun-Woo, yang merupakan anggota kumpulan penyanyi lelaki Korea iaitu Astro. Mempunyai bilangan peminat dan pengikut setia yang ramai di pasaran utama di serata Asia Tenggara.
Pakatan antara Mister Potato dan bintang berbakat ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pengguna makanan snek yang muda.
Agar berusaha mengejar impian dan cita-cita mereka sebagaimana artis pujaan mereka menerusi muzik dan hiburan Korea.
THE RIDICULOUS MIX
Kempen Mister Potato x Cha Eun-Woo baharu mempersembahkan “The Ridiculous Mix”. Memaparkan kaedah unik Cha mencampurkan aneka perisa dan tekstur kerepek kentang Mister Potato yang sedia ada.
Ini untuk pengalaman menikmati kerepek kentang yang lain daripada yang lain. Bakal muncul dalam tiga video Mister Potato “Ridiculous Mix” yang disiarkan di halaman rasmi Mister Potato di pelbagai saluran media sosial.
CARA NIKMATINYA
Satu video menunjukkan Cha mencampur kerepek kentang Mister Potato Crisps perisa Ubi Keledek dan perisa Asli.
Sementara dalam satu lagi video beliau menggabungkan dua tekstur berlainan iaitu kerepek kentang hiris Mister Potato Crisps perisa Barbeku. Gabungkan dengan Mister Potato Syok Wave Chips perisa Ayam Goreng Berapi yang pedas.
GELOMBANG KOREA
Kita semua pernah mendengar tentang Gelombang Korea.
Kini Mister Potato memberi peluang kepada pengguna dan peminat budaya pop Korea Selatan untuk menikmati keenakan rasa Mister Potato Jinjja Syok.
Bagi mencerminkan “Gelombang Korea”, Jinjja Syok menggandingkan kerepek kentang potongan beralun dengan perisa umami misteri untuk pengalaman yang benar-benar unik.
“Jinjja” dalam bahasa Korea bermaksud “benar-benar”, manakala “syok” dalam bahasa santai Malaysia antara lain bermaksud “menarik hati”.
Pek edisi terhad ini dengan imej Cha akan dijual dalam set pek 65g pada harga runcit RM2.90.