TAHNIAH PEMENANG KEMPEN JOM CUTI SAKAN ANJURAN KOPETRO, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

KEMPEN JOM CUTI SAKAN

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) melalui anak syarikatnya, KOPETRO Travel meraikan pemenang kempen Jom Cuti Sakan di Ketumbar by Rathnor, Megan Avenue II, di sini.

Sejumlah 29 orang pembeli bertuah terpilih sebagai pemenang kempen yang telah berlangsung pada 1 Mac sehingga 30 Jun yang lalu.

“Jom Cuti Sakan adalah satu jenama di bawah KOPETRO Travel yang menawarkan pelbagai promosi percutian hebat untuk pelanggan.

Melalui kempen terbaharu ini, KOPETRO Travel telah berjaya menjana jualan sebanyak RM3 juta sepanjang tempoh kempen,”

MEMASUKI EDISI KEDUA

Jom Cuti Sakan yang telah memasuki edisi keduanya ini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan dan telah menjana pendapatan yang baik untuk syarikat.

kata Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah,

TAHNIAH BUAT PEMENANG

Para pemenang telah dijemput hadir ke majlis ini untuk mencabut sendiri pelbagai hadiah berupa pakej percutian dan pelancongan bernilai lebih RM30,000.

ANTARA HADIAH YANG DIMENANGI

Jom Cuti Sakan menawarkan peluang untuk pelanggan memenangi pelbagai hadiah menarik apabila mereka berbelanja sebanyak RM1,500.

Atau lebih bagi mana-mana pakej pelancongan yang ditawarkan KOPETRO Travel.

Mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai sepanjang tempoh kempen dengan hampir 300 pelanggan layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.

PAKEJ PERCUTIAN

Antara hadiah menarik yang dibawa pulang oleh pemenang termasuklah pakej percutian ke Bali, Indonesia selama 3 hari 2 malam.

Termasuk juga pakej pelancongan ke Ho Chi Minh, Vietnam selama 3 hari 2 malam, tiket ke taman tema Sunway Lagoon dan juga pakej-pakej lokasi ikonik yang lain.

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KEPADA KOPETRO

Majlis penyampaian hadiah ini diadakan bagi menghargai pelanggan-pelanggan yang telah memberi sokongan kepada koperasi tersebut.

Tidak kira dengan mendapatkan pakej pelancongan mahupun servis yang lain melalui KOPETRO Travel.

“KOPETRO sentiasa mencari inisiatif untuk menyumbang kepada ekonomi negara menerusi industri pelancongan.

Melalui kempen Jom Cuti Sakan dan majlis penyampaian hadiah ini, kami komited untuk memberikan pengalaman percutian terbaik kepada pelanggan kami.

Dalam masa sama, menghargai segala sokongan yang diberikan oleh mereka,” 

-kongsi Pengerusi KOPETRO, Roslan Abdul Rahim.

SIAPA KOPETRO TRAVEL?

Tambah Roslan, yang juga merupakan Pengerusi Federasi Koperasi Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan Malaysia Berhad (Fedcoop).

KOPETRO Travel, yang merupakan salah satu syarikat di bawah Fedcoop, sentiasa menjaga hubungan baik di antara koperasi.

Bekerjasama untuk meluaskan lagi perniagaan di dalam industri pelancongan dengan menawarkan pakej-pakej yang menarik dan berbaloi untuk dilanggan.

KERJASAMA BERSAMA PETRONAS SHOP

“Melalui kerjasama bersama PETRONAS Shop, produk KOPETRO kini boleh didapati di laman sesawang PETRONAS Shop.

Kami yakin produk KOPETRO yang ditawarkan di PETRONAS Shop ini akan memberi akses mudah kepada Anggota KOPETRO dan orang ramai.

Boleh dapatkan pakej pelancongan KOPETRO di atas talian, tanpa perlu menggunakan perkhidmatan di kaunter,” 

Website PETRONAS SHOP | Website KOPETRO TRAVEL| Contact : 03-21641577 019-2577847

KOPETRO Travel juga telah berjaya dilantik sebagai salah satu agensi pelancongan di bawah agensi antarabangsa iaitu ‘The Advantage Global Network’.

Penyertaan ini sekaligus membolehkan para pelanggan KOPETRO Travel mendapatkan pelbagai perkhidmatan pelancongan di seluruh dunia.

Selain itu, syarikat ini juga merupakan agensi di bawah International Air Transport Association (IATA) yang diakreditasi.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge