BRICK PARKOUR ASIAN TOUR 2023, APA YANG BEST?

BRICK PARKOUR ASIAN TOUR 2023, APA YANG BEST?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Brick Parkour tu apa? Kalau di sini nampak macam ada laluan /halangan untuk melengkapkan sesuatu ‘course’ atau cabaran.

BRICK PARKOUR ASIAN TOUR 2023

Ianya adalah sebuah pertandingan ketangkasan atau kecepatan peserta dalam menghadapi halangan- halangan yang ada.

Halangan ini berada didalam kawasan pertandingan bagi peserta untuk melengkapkan ‘course’ atau cabaran dalam masa 45 minit

Samaada berlari sambil membuat ‘flip’ tanpa mengguna sebarang peralatan dalam tempoh yang ditetapkan .

AEON MALL SHAH ALAM

Untuk tahun 2023, pusat membeli-belah Aeon Mall Shah Alam menjadi lokasi pertama bagi pertandingan ini. Pertandingan Brick Parkour 2023 ini adalah pertama seumpamanya diadakan di Asia

15 Ogos 2023 yang lalu menyaksikan dua kumpulan terpilih bagi Pertandingan Local vs World Speed yang diadakan di ruang legar aras bawah pusat beli-belah Aeon Mall Shah Alam.

PEMENANG UNTUK BRICK PARKOUR ASIAN TOUR 2023

Peserta dari Malaysia, Muhammad Naqib Abu Bakar telah menjadi Juara diikuti oleh peserta dari Singapura, Koh Chen Pin .

Tempat ketiga menjadi milik Muhammad Faiz Saifulrahman dari Malaysia. Tahniah dari kami

PERTANDINGAN LOCAL VS. WORLD SPEED

Bagi pihak Local, ia diwakili oleh Muhammad Naqib Abu Bakar dari Malaysia, Koh Chen Pin serta Gwen dari Singapura.

Manakala Wakil Antarabangsa pula diwakili oleh Stephanie Zitis dari Australia, Caryl Cordt Moeller dari Switzerland dan Javier Rodriguez dari Mexico.

SIAPA MENANG

Ia telah dimenangi oleh Wakil Antarabangsa yang menunjukan ketangkasan mereka melepasi kesemua halangan dalam masa yang tercepat.

Kelihatan Timbalan Menteri, Kementerian Belia dan Sukan, Y.Bhg Adam Ali dan tetamu jemputan khas iaitu Ketua Pegawai Eksekutif, Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG), Morinari Watanabe.

Juga Ketua Pegawai Eksekutif, Persekutuan Gimnastik Malaysia, Dato Tan Gin Soon, Setiausaha Pertama, Konsulat Jepun Malaysia, Daisuke Takakashi serta Timbalan Pengarah Urusan AEON Malaysia, Naoya Okada hadir.

Selain itu, atlet-atlet Parkour tempatan dan antarabangsa seperti Jerman, Jepun serta Filipina turut serta kelihatan pada hari pertandingan.

PROMOSI SUKAN PARKOUR

Bakal meningkatkan promosi sukan parkour di pusat beli-belah AEON seluruh negeri. Ini dalam usaha mereka memperkenalkan kehidupan gaya sihat kepada komuniti-komuniti persekitaran.

Mana tak sukan ini bukan saja dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran pertahanan diri, tetapi juga membantu individu dalam yang dalam kesulitan melepasi halangan yang ada di hadapan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge