JAMAL ABDILLAH LIVE IN CONCERT, APA YANG BEST?

JAMAL ABDILLAH LIVE IN CONCERT, APA YANG BEST?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Peminat Abang Jamal Abdillah angkat tangan sikit!

JAMAL ABDILLAH LIVE IN CONCERT

Bakal dijadual berlangsung pada 9 September 2023 akan diadakan di Plenary Hall, KL Convention Centre.

Akan menjadi sebuah konsert istimewa dengan persembahan dan ‘sesuatu’ yang telah direncana untuk dilaksanakan pada malam tersebut.

DATO’ JAMAL ABDILLAH

Nilai figura legenda seperti Dato’ Jamal Abdillah tidak akan pernah susut. Datanglah beribu pendatang baharu, kedudukan Jamal Abdillah pada mata peminatnya tidak juga akan tergoyah.

Lantaran itu tidak hairan bagaimana karier Jamal Abdillah dalam bidang seni suara sama ada menghasilkan single baharu atau menerima jemputan persembahan masih mendapat permintaan tinggi.

Baca: Nama Anak Lelaki

BUKA LEMBARAN 2023

Ini termasuklah apabila Jamal Abdillah, 64, membuka lembaran suku tahun kedua 2023 menerusi buah tangan yang sangat ditunggu seluruh peminatnya.

Penghibur kesayangan ini akan bertentang mata, beramah mesra.

Tentulah mengisi dahaga peminat terhadap penampilannya di pentas berskala besar menerusi Jamal Abdillah Live In Concert.

PERCAYA PADA PESONA & KREDIBILITI

Tidak gentar menganjurkan Jamal Abdillah Live In Concert kerana percaya kepada pesona dan kredibiliti penghibur tersebut yang sentiasa ‘bersinar’.

“Mungkin ada yang bertanya mengapa Jamal Abdillah?

Dan jawapan saya mengapa tidak Jamal Abdillah adalah satu jenama yang cukup kuat dalam industri muzik tempatan.

Seorang figura yang sinarnya tidak pernah padam.

VOKAL LELAKI

Karakter serta pesona Jamal Abdillah itu sendiri sudah cukup kuat untuk menarik peminat datang dan tidak pernah jemu untuk melihat persembahan beliau.

 Itu belum lagi beliau melantunkan vokal ‘lelakinya’ dengan lagu—lagu malar segar seperti Azura atau Di Sudut Kamar Hatiku.

MOMEN MANIS UNTUK PEMINAT

Saya optimis Jamal Abdillah Live In Concert akan menjadi sebuah konsert yang gemilang dan menjadi satu lagi momen manis buat peminat semua,”

-selaku penganjur, Pengarah Urusan Shiraz Projects, Shirazdeen Karim atau lebih dikenali sebagai Shiraz.

TERIMA KASIH & SYUKUR

Sementara itu Jamal Abdillah melahirkan rasa syukur kerana penganjur tempatan masih percaya malah terus menganjurkan banyak persembahan buat artis serta penyanyi lokal melakukan persembahan.

INSIATIF BAGUS

Melihat penganjuran Jamal Abdillah Live In Concert sebagai sebuah inisiatif bagus daripada Shiraz Projects dalam memastikan momentum ‘meraikan muzik’ sentiasa berada pada graf yang baik.

Juara Bintang RTM 1979 tersebut memberi jaminan peminat akan berpuas hati dengan persembahan daripadanya.

KALI INI SKALA YANG LEBIH BESAR

“Saya tertarik untuk melaksanakan Jamal Abdillah Live In Concert kerana konsep yang dipersembahkan dan bagaimana saya boleh berinteraksi dengan peminat dalam suasana atau skala yang lebih besar.

“Hal ini kerana saya biasanya terbabit dengan persembahan korporat tapi bila melakukan konsert tentulah ia akan dikuatkan bersama barisan pemuzik.

Susunan semula lagu-lagu yang dipilih serta persembahan saya juga perlulah mencapai piawaian konsert seperti yang diharapkan.”

“Dan untuk melihat semua itu, kita jumpa di sana pada 9 September ini di Plenary Hall, KLCC,”

-ujar Jamal Abdillah.

HARGA TIKET

Untuk peminat, tiket serendah RM255 (Silver), RM355 (gold), RM495 (Pla5num), RM595(Diamond) dan pemegang 5ket Meet & Greet (RM995) boleh mula mendapatkan tiket bermula 2 Ogos 2023.

Website | Contact +603 8605 0196

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge