TAARANA SCHOOL SAMBUT HARI KANTIN DENGAN KANAK-KANAK KHAS, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bilakah hari terakhir ke Hari Kantin Sekolah?

TAARANA SCHOOL

Sebuah sekolah khas untuk pelajar-pelajar berkeperluan pendidikan khas, dalam erti kata lain [Special Needs].

Di sini, bukan saja Taarana tetapi bergabung dengan RYTHM Foundation untuk mencipta sesuatu yang istimewa buat pelajar disini.

Melibatkan diri dengan komuniti neurodiverse dalam usaha untuk memastikan masyarakat lebih memahami kanak-kanak berkeperluan khas.

TAARANA SCHOOL

KENAPA HARI KANTIN

Pertama kali dianjurkan sejak Taarana School dibuka pada 2010. Antara langkah pertama untuk membuka minda masyarakat dimana mereka wujud.

Memberi peluang untuk setiap pelajar memahami dan menghadapi situasi apabila berjumpa dengan orang luar.

TAARANA SCHOOL
TAARANA SCHOOL

Selain itu juga mengajar pelajar berkeperluan khas ini untuk berdikari.

Yang penting konsep membeli dan menjual sempena Hari Kantin diperkenalkan walaupun hanya menggunakan kupon dan bukan wang sebenar.

SIAPA TERLIBAT

Untuk Hari Kantin kali ini, bukan saja pelajar berumur dari 9 hingga 12 tahun tetapi juga penglibatan yang lain.

Antaranya guru-guru, ibu-bapa dan juga kakitangan QI Group Malaysia.

TAARANA SCHOOL
TAARANA SCHOOL

Sandwich telur, Grilled Cheese Sandwich, buah-buahan, air kotak dan air mangga antara hidangan yang dijual.

Ada juga jualan tumbuhan dan barangan kraf/seni yang dibuat sendiri oleh pelajar seperti lilin, alas cawan mahupun lukisan.

KONGSI DR S.SUNITHA

‘Kami telah mendedahkan konsep Inoney didalam kelas yang ada. Dengan konsep ini, pelajar dapat memahami dan didedahkan dengan konsep pertukaran wang.

Seminggu sebelum program berlangsung, guru telah mengadakan ‘role play’ bagi memastikan bersedia dari segi mental mahupun fizikal.

TAARANA SCHOOL

Semestinya para pelajar ini teruja untuk Hari Kantin ini.”

-Pengetua Taarana School

MASING-MASING MEMPUNYAI CARA TERSENDIRI

‘Setiap pelajar adalah diri mereka sendiri dimana mempunyai minat dan kebolehan berbeza. Lain cara pembelajaran dan berfikir.

Setiap individu wajib dihormati dan mempunyai hak untuk sama-sama berada didalam komuniti tidak kira keadaan bagaimana.

Hari Kantin adalah suatu yang istimewa dan tidak dapat dilupakan bagi semua di Taarana School”

-kata Datin Sri Umayal Eswaran, Pengerusi RYTHM Foundation.

RYTHM FOUNDATION

“Kami senantiasa percaya bahawa setiap kanak-kanak di sini adalah sangat istimewa dan inspirasi kepada semua kakitangan.

Taarana tidak akan berjaya tanpa sokongan dan keyakinan ibu bapa terhadap sekolah dan guru-gur kami.

TAARANA SCHOOL

Program Hari Kantin ini antara cara untuk mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan mahupun kakitangan yang ada. Ini adalah penghargaan yang tidak dapat dibalas buat mereka

Tenaga pengajar yang berdedikasi dalam menunjukkan kasih sayang dan komitmen buat pelajar setiap hari .

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS TAARANA

Untuk Program Pendidikan Khas Taarana yang ada bermula dari 4 hingga 18 tahun bagi yang mempunyai:
– Attention Deficit Disorder [ADD]
– Attention Deficit Hyperactivity Disorder [ADHD]
– Autism Spectrum Disorder [ASD}
– Developmental Coordination DIsorder [DCD] or Dyspraxia
– Down Syndrome
– Global Development Delays

Menurut RYTHM Foundation, penubuhan Taarana adalah bagi mengenal pasti keperluan juga memberi sokongan kepada pelajar ini.

TAARANA SCHOOL

Keperluan pembelajaran khas bukan saja untuk pelajar tetapi juga untuk keluarga mereka.

Dengan Taarana, RYTHM Foundation berharap dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan berkeperluan khas.

Dapat juga mengubah sikap serta amalan yang berkaitan dengan kanak-kanak luar biasa.

KEDUANYA MEMAINKAN PERANAN PENTING

Betul! Taarana dan RYTHM Foundation keduanya memainkan peranan penting. Memenuhi Matlamat Pembangunan Lestari [SDG] 4 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Memastikan pendidikan berkualiti inklusif dan saksama serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua.

TAARANA SCHOOL

Pelbagai program di Taarana School adalah:

Early Intervention Programme [EIP]
Early Transition Programme [ETP]
Academic 1 & Academic 2
Targeted Intervention Programme [TIP]

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge