QEWCOMM 10TH ANNIVERSARY GALA NIGHT x CHARITY CONCERT, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Konsert amal yang bakal diadakan untuk mereka yang memerlukan.
QEWCOMM
Qew Communications Sdn. Bhd (QewComm) bakal menganjurkan satu konsert amal. Konsert diberi nama “Qew Communications Sdn Bhd 10 Years Anniversary Gala Night X Charity Concert”.
Anjuran ini bersempena dengan 10tahun penubuhan QewComm. Konsert ini juga diadakan sempena untuk mengumpulkan dana. Bakal diserahkan kepada badan kebajikan yang terpilih.
10TH ANNIVERSARY GALA NIGHT x CHARITY CONCERT
Konsert gilang gemilang ini bakal diadakan di The Westin Hotel pada 17 Mac 2023 bermula pada jam 8 malam sehingga 11 malam.
Konsert ini bertujuan untuk mengumpulkan dana yang bakal disalurkan kepada badan kebajikan yang telah dipilih.
Antara badan kebajikan tersebut seperti Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Pertubuhan Kebajikan Niq Ehsan Malaysia (PKNEM), dan Persatuan Karyawan Malaysia (Solidariti for Iskandar Spring) atau lebih dikenali sebagai Karyawan.
Setiap badan kebajikan yang dipilih ini mempunyai satu agenda yang sama iaitu membantu golongan yang memerlukan, kata Datin Nor Rahizahwati.
GANDINGAN ARTIS MANTAP
Selain itu, QewComm juga menjanjikan gandingan artis yang mantap pada malam konsert tersebut.
Antara artis undangan yang dijemput adalah Dato Khadijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, Dato Awie, Dayang Nurfaizah, dan Ella.
Datin Nor Rahizahwati berkata, pasti ramai yang merindui gandingan Dato Khadijah dan Datuk Ramli Sarip untuk disatukan semula di atas satu pentas berprestij ini.
WAKIL PEMUZIK ADA JUGA
Di samping itu, terdapat juga pemuzik yang mewakili ‘Solidariti for Iskandar Spring’ iaitu Syafiq Farhain, Ameng Spring, Umarul Iklim, dan Belle Fatah.
Mereka Semua akan diiringi oleh pemuzik professional tanahair iaitu Ritz Metalasia, Helmi, Ude Wahid, Ujang Exist, Robot dan lain-lain.
VVIP YANG BAKAL HADIRI
Di samping itu, pada malam tersebut juga beberapa VVIP, menteri dan timbalan menteri turut dijemput untuk menghadiri majlis ini.
Diantaranya ialah Dato Sri Hajjah Nancy Binti Haji Shukri (Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat), YB Tuan Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil (Menteri Komunikasi dan Digital).
Ada juga YB Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) dan YB Tuan Steven Sim Chee Keong (Timbalan Menteri Kewangan II).
HARAPAN UNTUK KONSERT AMAL
Akhir kata, QewComm berharap konsert ini bakal mendapat sambutan yang hangat. Konsert yang dianjurkan ini merupakan satu (1) konsert amal yang setiap pembeliannya akan disalurkan ke badan kebajikan yang telah dipilih.