KARNIVAL VIKIDS DI ALAMANDA, APA YANG BEST?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Adakah anak anda mempunyai kad keahlian VIKIDS? Kalau ada ini berita baik untuk anda.

KARNIVAL VIKIDS

Ruang legar utama bakal menjalani transformasi yang menjanjikan kemeriahan dan kegembiraan suasana yang selaras dengan tema sesi cuti persekolahan.

Ahli VIKids layak menerima sekeping pas karnival yang boleh digunakan untuk meneroka kepelbagaian aktiviti. Setiap perkarangan ruang legar utama Alamanda mempunyai tema tersendiri.

Setiap ahli VIKids akan menerima satu Pas Karnival yang boleh ditebus untuk setiap hari, selagi stok masih ada. Tebusan pas juga adalah terhad untuk dua ahli VIKids untuk setiap keluarga sehari.

KARNIVAL VIKIDS DI ALAMANDA

PAS KARNIVAL VIKIDS

Melalui Pas Karnival VIKIDs, kanak-kanak berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki karusel, “kiddie rides” . Ada juga permainan lain untuk bermain seperti arked dan taman tema – bola keranjang dan juga aktiviti cat muka dan tangan.

Setiap Pas Karnival akan di label setelah ahli VIKids melengkapkan aktiviti-aktiviti di karnival. Kemudian perlu diserahkan kepada kaunter servis untuk mendapatkan peluang memenangi hadiah di “Wheel of Prizes”.

KARNIVAL VIKIDS DI ALAMANDA

Karnival VIKids bakal dimeriahkan dan disambut dengan keriangan berganda. Terutama sekali pada hujung minggu dimana pelbagai persembahan yang menghiburkan akan dipertontonkan.

Para pengunjung kecil akan dihiburkan dengan persembahan akrobatik, pertunjukkan silap mata. Selain dari aktiviti ukiran belon yang bakal di bentuk kepada pelbagai jenis objek dan haiwan.

KARNIVAL YANG DITUNGGU-TUNGGU

“Alamanda sinonim sebagai pusat beli-belah keluarga yang senantiasa mendukung kesejahteraan dalam kelompok komuniti.

Pertubuhan Kelab VIKids membawa objektif untuk memberi ruang kepada anak kecil untuk menjalankan aktiviti sihat sambil menimba ilmu.

TAHUN 2020 CUMA SEMPAT 5 HARI

Ekoran sekatan yang disebabkan oleh Covid-19, pihak kami terpaksa menamatkan tempoh karnival VIKids yang terakhir dijalankan pada 2020 yang lalu selepas 5 hari.

Karnival yang sememangnya ditunggu-tunggu ini akan diadakan dengan sambutan meriah yang berganda yang mana kesemua pengunjung kanak-kanak akan menjalankan aktiviti yang disediakan dalam suasana sebuah karnival.

KARNIVAL VIKIDS DI ALAMANDA

Karnival kali ini dilihat sebagai hari yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga memandangkan kehadiran musim cuti persekolahan.

Simbolik dengan suasana ini, saya yakin para pengunjung boleh menjadikan detik bersama keluarga di karnival ini akan menjadi satu detik yang tidak akan dilupakan,” 

-Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

PELBAGAI AKTIVITI UNTUK SEMUA

Selain daripada kepelbagaian aktiviti menarik, kanak-kanak juga akan mendapat gula-gula kapas yang akan diedarkan secara percuma. Terdapat banyak hadiah yang sedia untuk dibawa pulang.

Kanak-kanak juga berpeluang untuk memenangi hadiah yang berbentuk set alat seni, mainan lembut dan Pas “Superkidz Day” juga gula-gula kapas.

KARNIVAL VIKIDS DI ALAMANDA

Melalui pembelian minima yang bernilai RM300 ke atas yang boleh dibuat di mana-mana kedai terpilih, ibu bapa boleh membuat tebusan hadiah kejutan untuk anak-anak mereka. Tebusan adalah terhad untuk satu pembeli setiap hari, selagi stok masih ada.

KEAHLIAN VIKIDS PERCUMA?

Jika belum mempunyai keahlian jangan risau. Belanja dengan nilai serendah RM50 melalui mana-mana dua resit di kedai- kedai terpilih di Pusat Beli Belah Alamanda Putrajaya. Keahlian adalah percuma.

KARNIVAL VIKIDS DI ALAMANDA

Keahlian VIKids terbuka untuk kanak-kanak yang berusia 5 sehingga 12 tahun. Jom meriahkan Karnival ini di Pusat Beli-Belah Alamanda.

Website| Contact : 03-8888 8882

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge