Syahadah Musim Ke 12 Bakal Bertemu Kembali di Ramadan 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Rancangan Syahadah memasuki tahun ke 12 tahun in idan bakal beraksi dan ditanyangkan kembali di saluran TV1 dan TV2. Bertemakan “Raikan Nur Islam” pastinya mendapat sambutan para penonton yang setia menanti rancangan dokumentari yang dimulakan sejak tahun 2005 lagi. Untuk pengetahuan semua rancangan ini di terbitkan oleh Unit Majalah Dan Dokumentari (UMD) RTM. 

Alhamdulilah, tajaan masih diterima walaupun memasuki tahun ke 12 dimana telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Tajaan Syahadah 2017 di Wisma TV Angkasapuri baru-baru ini.  – Tajaan kos produksi dan tajaan hadiah kuiz mingguan dan utama yang berjumlah RM246,000.00 (Kos Produksi – RM200,000.00, Tajaan Hadiah – RM46,000.00) oleh pihak EZ Group yang diwakili oleh SYarikat EZ Qurban, EZ Kembara, Ainon Kaman dan Asianic kepada RTM

Ainon Kaman

Ez Qurban dan EZ Kembara

Asianic Halal

Rancangan Syahadah Ke 12

Tahun ini Syahadah telah mendapat tajaan untuk ke Maghribi (Morocco ) dan juga asimilasi budaya saudara baru kita iaitu (mualaf). Produksi di Maghribi diketuai oleh Rosli Mohd Nordin dan terbitan di Malaysia pula diketuai oleh Mohd Ridzuan Mohd Anuar. Sebanyak 30 episod bakal ditayangkan dan bertemu para peminat yang setia menanti rancangan ini mulai 25 Mei 2017

Perkongsian Syahadah di Selamat Pagi Malaysia

Rancangan Syahadah Ke 12 di Malaysia & Maghribi

Untuk kali ini bakal di kongsi mengenai kisah saudara baru kita (mualaf) di Malaysia dimana bakal berkongsi tentang suka duka kehidupan ikon dakwah saudara kita iaitu Ustaz Mohd Farid Ravi, Ustaz Fiordaus Wong atau lebih dikenali sebagai Bro Firdaus, Adam Corrie  dan Muhamad Roger Arnold. Bukan setakat pengkosian ini tetapi juga di paparkan tentang keunikan senibina masjid di Malaysia. Antaranya adalah masjid Zahir di Kedah, Masjid Cina di Melaka dan Masjid India di Kuala Lumpur..

Untuk lokasi Maghribi, ianya akan ditayangkan selama 15 episod memfokuskan tentang kehidupan rakyat Maghribi yang kurang mendapat pendedah di negara ini. Antara yang bakal dikongsikan dari Maghribi bagaimana peranan kedutaan Malaysia di Rabat menjadi ejen kepada kedua buah negara – Malaysia dan Maghribi dalam menjaliankan hubungan 2 hala dalam pelbagai dimensi. Selain itu, Syahadah juga bakal menyusuri dan menerokai bagaimana keadaan umat Islam di Maghribi menjalani ibadah puasa mereka.  Ciri- ciri keunikan seni dan budaya mereka seperti seni binaan masjid, bangunan lama, menara, kota, makanan muzik, dan  persembahan tradisi juga akan di paparkan dalam 15 episod ini.

Syahadah pada kali ini juga bakal menyiarkan mengenai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta yang membantu umat Islam yang kurang bernasib baik untuk mereka meneruskan survival kehidupan harian mereka. Antara NGO yang bakal diketengahkan adalah EZ Qurban, Persatuan Orang Buta Malaysia, Islamic Relief dan Aman Palestin.
Jangan lupa menonton rancangan ‘Syahadah’ musim ke 12 yang bertemakan “Raikan Nur Islam” , Setiap Hari sepanjang bulan Ramadan di TV1 dan TV2. Syahadah 2017 juga boleh tonton menerusi myklik.rtm.gov.my & aplikasi RTM Mobile.

Jadual Tayangan Syahadah 2017

TV1 – 6.00 Petang, 9.30 Malam & 5.30 pagi setiap hari

TV2 – 7.00 Malam & 10.00 Malam setiap hari

Ataupun anda boleh layari di

Website RTM : myklik.rtm.gov.my

Facebook RTM : https://www.facebook.com/RadioTelevisyenMalaysia/

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge