‘Let’s Get Real’ Dari Libresse Ada Kebenarannya, Tak Percaya ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

“Let’s Get Real” dari Libresse ada kebenarannya apabila berbicara tentang tuala wanita atau pun lebih dikenali sebagai ‘pad’.Tak percaya tetapi itulah hakikatnya dimana setiap pendapat yang dikongsikan ada sebabnya. Apa kata kalau anda turut sama membaca pengkongsian diantara panel-panel yang hadir pada hari tersebut

‘Let’s Get Real’ Dari Libresse Ada Kebenarannya, Tak Percaya ?

Menjadi kebiasaan dimana sewaktu individu wanita mengalami haid atau period, perkara pertama yang dilakukan adalah untuk mengelak memakai pakaian berwarna cerah terutama sekali warna putih. tetapi iklan tentang tuala wanita yang dimainkan di layar tv menunjukkan berlainan. Adakah ini yang sebenarnya diingini oleh wanita diluar sana? Mengapakah ianya tidak realisitik ataupun menunjukkan keadaan yang sebenar. Dari kajian yang di buat 9 dari 10 setuju iklan yang ditayangkan tidak realistik dan menyembunyikan sesuatu ‘Let’s Get Real’ Dari Libresse Ada Kebenarannya, Tak Percaya ?

Libresse® telah melancarkan kempen ‘Let’s Get Real’ untuk meningkatkan kesedaran dan mencetuskan pemikiran wanita untuk berfikir semula, apakah yang digambarkan sebagai “realiti” dalam iklan tuala wanita serta pengalaman haid mereka. Kempen ini juga membuka ruang untuk melenyapkan mitos bahawa haid adalah topik yang tabu. Libresse juga mengambil inisiatif untuk menjana beberapa siri undian dalam talian yang telah menarik lebih daripada 5,000 responden, menonjolkan pandangan telus pengguna yang mengakui adanya cabaran dan kesukaran yang dihadapi oleh wanita semasa haid.

Para panel yang hadir adalah Adibah Noor, Vlogger popular Shazreen Fazlynda dan Petrina Thong seorang peggembara telah berkongsi pendapat tentang ini.

“Setiap wanita mengalami pengalaman tersendiri semasa haid – sementara sesetengah wanita tidak terjejas lansung, kebanyakan wanita mengalami sesuatu. Jadi ia lebih elok sekiranya iklan lebih relevan. Apabila kita berasa penat, sakit dan mengalami kekejangan serta tidak lena tidur, takkan kita berasa ceria dan bertenaga. Walaupun kita tidak membiarkan ia menjadi halangan, tetapi waktu kedatangan haid memang tidak seronok. Jadi kenapa ia mesti digambarkan sebegitu?”

Kata Adibah Noor, pengacara tersohor & penyanyi

“Saya tidak pernah mempersoalkan iklan barangan penjagaan wanita sebelum ini, tetapi sekarang setelah bermula memahami, saya sedar bahawa apa yang dipaparkan jauh berbeza dengan realiti. Sebagai seorang ibu, saya selalu mengejar masa di antara sesi pengambaran dan mesyuarat sambil membawa bayi setiap hari, walaupun sedang mengalami kekejangan atau kepenatan.”

Lain pula kata Shazreen Fazlynda.

Dek kerana kempen ini , Shazreen telah menghasilkan video yang disasarkan untuk menghidupkan mesej ‘Let’s Get Real’.

Dari survey yang di buat untuk mendapatkan jawapan tentang kempen “Let’s Get Real”, setujukah anda dengan iklan yang ditanyangkan dimana sewaktu haid anda
• Meloncat dengan keriangan – 78 peratus berkata mereka “berasa teramat penat dan tidak mahu bergerak langsung”;
• Memilih untuk berpakaian putih – 78 peratus berkata “tidak”, serta kebanyakan (98 peratus) berkata mereka berasa “tersangat malu atau sekurang-kurangnya berasa rendah diri bila terkena tompokan darah”;
• Merasa keinginan bersosial – lebih daripada separuh responden lebih suka bersendiri ataupun bersama teman karib pada waktu ini;
• Membuat senaman serius? Lebih daripada separuh responden (55 peratus) memilih untuk membuat aktiviti ringan atau langsung tidak membuat apa-apa jenis senaman;
• Tidur lena – lapan daripada 10 wanita melaporkan tidur tidak lena disebabkan ketidakselesaan.

‘Let’s Get Real’ Dari Libresse Ada Kebenarannya, Tak Percaya ?

Kemudian seperti dalam iklan adakah memang perlu ditonjolkan watak seperti di bawah didalam setiap iklan tuala wanita

 Gadis berketawa, menari atau meloncat dengan riang

 Gadis berpakaian putih atau bewarna pastel

 Gadis bangun pagi dengan ceria dan riang

 Gadis yang sangat aktif bersukan

“Saya memang percaya dalam persoalan dan pemecahan kelaziman, dan usaha Libresse untuk meningkatkan kesedaran tentang iklan tuala wanita amat mengagumkan – kita patut berfikir semula terhadap pengiklanan haid dan menyedari samada ia adalah realistik atau tidak.”

berkata Petrina Thong

Adakah Kita Bersedia Untuk Kebenaran?

Walaupun wanita mengetahui bagaimana mengatasi ketidakselesaan semasa haid, sembilan daripada 10 wanita bersetuju bahawa iklan tuala wanita perlulah lebih realistik.

Apatah lagi, Faye Yong, Pengarah Pemasaran Asia Tenggara (Barangan Penjagaan Wanita), Kumpulan Vinda, menyatakan bahawa pengguna Asia kini lebih pandai menilai dan memilih jenama yang mereka menggunakan.

‘Let’s Get Real’ Dari Libresse Ada Kebenarannya, Tak Percaya ?

Suarakan pengalaman haid anda bersama Libresse® dan sokongi kempen ‘Let’s Get Real’ untuk memulakan gambaran yang jujur dan tepat tentang apa yang dilalui oleh wanita.

‘Let’s Get Real’ Dari Libresse Ada Kebenarannya, Tak Percaya ?

Apakah pendapat anda tentang iklan tuala wanita?

Adakah anda rasa perkara sebenar patut ditunjukkan sewaktu mengalami haid?

Apakah yang sebenarnya anda rasai ketika melalui waktu tersebut?

·

Jika anda ada mesej yang ingin dikongsi bersama wanita -wanita lain apa kata kongsikan di

Facebook Libresse : http://www.facebook.com/LibresseMalaysia

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge