Skip to content

Recent Posts

  • RASYID IKATAN TERLARANG JADI HERO PENONTON | ALIF HADI KONGSI PLOT TWIST
  • AMWAY MALAYSIA CELEBRATES 50 YEARS OF EMPOWERING HEALTH, WELLNES & ENTREPRENEURSHIP!
  • OMODA | JAECOO MALAYSIA, TEMPAHAN JAECOO J5 EV KINI RASMI DIBUKA!
  • WORLD’S FIRST CERTIFIED STINGLESS BEE HONEY LAUNCH!
  • HIJJAZ KEMBALI MENGUBAT RINDU PEMINAT, TERBAIK!

Most Used Categories

  • EVENT (1,070)
  • MUSIC (620)
  • FOOD (504)
  • PRODUCT (458)
  • MOVIE/TEATER (343)
  • GADJET (329)
  • TERKINI (434)
  • ENTERTAINMENT (338)
  • BUSINESS (176)
  • TRAVEL (126)
Skip to content

LIFESTYLE | EVENT| TRAVEL | FOOD | ENTERTAIMENT | REVIEW

Subscribe
  • TERKINI
    • NEWS
    • EVENT
  • BUSINESS
    • PROSPEKTUS
  • AUTOMOBILE
    • MOTOKAR
    • MOTORBIKE
  • ENTERTAINMENT
    • KONSERT
    • MUSIC
    • DRAMA TV
    • MOVIE/TEATER
    • PROGRAM TV
    • TELEFILEM
  • GADJET
    • SAMSUNG
    • HUAWEI
  • LIFESTYLE
    • FOOD
    • FESYEN
    • BEAUTY
    • PRODUCT
    • TIPS
    • MASAK MASAK
    • TRAVEL
  • SUKAN
  • Home
  • EVENT
  • Sunway Pyramid Sambut Tahun Baru Cina Tema ”Bank of Fortune”

Sunway Pyramid Sambut Tahun Baru Cina Tema ”Bank of Fortune”

Nannie IsaJanuary 4, 2020January 6, 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sunway Pyramid Sambut Tahun Baru Cina Tema ”Bank of Fortune” – Sempena Tahun Baharu Cina ini, amati rahmat kelimpahan rezeki, kebahagiaan, kekayaan dan tuah di Sunway Malls menerusi pelbagai perhentian yang didirikan untuk mengalu-alukan kemurnian musim perayaan ini. Setiap pusat beli-belah akan meraikan aspek sambutan Tahun Baharu Cina yang berlainan, membariskan pelbagai elemen tradisional seperti emas (melambangkan Kekayaan), beras (melambangkan Kelimpahan Rezeki), labu botol atau húlu (melambangkan Tuah) dan bebola beras pulut atau tang yuan (melambangkan Kebahagiaan).

“Di Sunway Malls, kami teruja untuk meraikan Tahun Baharu Cina 2020 yang bakal membuka tirai dasawarsa yang makmur dan harmoni untuk semua. Tahun ini, kami meraikan elemen-elemen tradisional tersendiri yang dekat di hati seperti simbol tuah, kekayaan, kebahagiaan, dan kemakmuran sempena tahun baharu ini. Tradisi ini melambangkan kemurnian dan limpahan keberkatan yang ingin dikongsikan oleh kami semua di Sunway Malls buat komuniti kami sama ada yang dekat mahupun jauh, dan berhimpun bersama dengan semangat perayaan tahun baharu,”

-ujar HC Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks.

Pelancaran sambutan Tahun Baharu Cina ini dirasmikan oleh HC Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks; Kevin Tan, Ketua Pegawai Operasi Sunway Malls; KS Wong, Pengurus Besar Kanan Sunway Malls; Eric Tee, Pengurus Besar Pemajakan, Sunway Pyramid; Phang Sau Lian, Pengurus Besar Sunway Velocity Mall; Danny Lee, Pengurus Besar Sunway Putra Mall; Chai Wen Yew, Pengurus Besar Sunway Carnival Mall; Albert Cheok, Pembantu Pengurus Besar Sunway Giza Mall; dan Allan Tay, Pembantu Pengurus Besar Sunway Citrine Hub serta Sunway Big Box Retail Park.

Untuk merangkap pelancaran rasmi ini, wakil-wakil berkenaan telah menarik sehelai kain merah khas untuk merungkaikan plat nama setiap satu Pusat Beli-Belah Sunway, disusuli dengan penurunan belon emas berserta persembahan dram Cina tradisional. Perayaan tersebut disinambungkan dengan pelbagai aktiviti yang melambangkan unsur-unsur Cina tradisional yang unik seperti sesi merasa snek, kaligrafi Cina dan banyak lagi.

PERHENTIAN KERAHMATAN DI RANGKAIAN PUSAT BELI-BELAH SUNWAY

Perhentian Kekayaan di Sunway Pyramid

Sinonim dengan warna diraja, Sunway Pyramid mengenakan tema emas bergemerlapan dengan Perhentian Kekayaan (Bank of Fortune) untuk mengalu-alukan unsur kemakmuran, ia akan diberi nafas mulai 27 Disember 2019 hingga 9 Februari 2020. Ketika sambutan tahun baharu, emas lazimnya dihadiahkan kepada insan tersayang, ia melambangkan keberkatan dalam bentuk kekayaan dan tuah.

Dapatkan barangan keperluan Tahun Baharu Cina anda di lebih 1,000 outlet dan amati perjalanan bersejarah perbankan Cina tradisional, dikenali sebagai “Journey of Prosperity”, untuk berpeluang memenangi pelbagai hadiah. Para pembeli-belah yang membelanjakan RM3,000 dalam 3 resit boleh menyertai permainan “Golden Rush” untuk berpeluang memenangi syiling emas oleh SK Jewellery.

Bukan itu sahaja, peminat tarian singa dapat menikmati persembahan yang akan disajikan pada setiap hujung minggu, jam 3 petang. Pembeli-belah juga boleh mengunjungi pelbagai booth termasuk Touch ‘n’ Go e-Wallet Booth, Nescafé Gold, Kiehl’s, kaligrafi tradisional, pakaian tradisional dan banyak lagi. Pembeli-belah yang membelanjakan RM300 dalam 2 resit (RM200 bagi pemegang Kad Kredit Visa Citi) boleh menebus Ang Pow “All-Season Prosperity”, manakala pembeli-belah yang membelanjakan RM1,000 dalam 3 resit (RM900 bagi pemegang Kad Kredit Visa Citi) boleh menebus Set Teko Teh ‘Fortune’, sementara stok masih ada.

Perhentian Kekayaan di Sunway Big Box Retail Park & Sunway Citrine Hub

Amati Perhentian Kekayaan (Bank of Fortune) di Sunway Big Box Retail Park dan Sunway Citrine Hub. Ambil gambar bersama dekor bunga-bungaan dan syiling perayaan emas yang bertemakan Tahun Baharu Cina, sertai bengkel-bengkel istimewa yang menyeronokkan, serta bertemu dengan Dewa Kemakmuran untuk mendapatkan rahmat pada tahun baharu ini!

Kunjungi Sunway Big Box Retail Park pada setiap hujung minggu mulai 4 Januari hingga 2 Februari 2020 untuk menyaksikan Persembahan Tarian Singa Akrobatik atau sertai Empat Cabaran Unik untuk menangkap ‘Nian’ (binatang legenda) di Sunway Citrine Hub pada 18 dan 19 Januari.

Belanjakan RM88 untuk menebus Ang Pow “Sunway Malls All-Season Prosperity” atau RM388 untuk set “Fortune Bowls” di Sunway Big Box Retail Park dan Sunway Citrine Hub. Nantikan perkembangan lanjut daripada platform-platform media sosial Sunway Malls berkenaan dengan perayaan Tahun Baharu Cina, pelbagai jenis aktiviti, tawaran dan banyak lagi.

Kami dari Sunway Malls ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina 2020! Untuk maklumat lanjut layari

Website: Sunway Pyramid



Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
sunway pyramid, Tahun Baru Cina, Tahun Baru Cina 2020

Post navigation

Previous: Shell FuelSave Diesel Euro 5 Terbaru Dari Shell Malaysia
Next: Julie’s Love Letters, Sambutan Klasik Tahun Baru Cina

Related Posts

Pembelian tiket boleh dibuat melalui Ticket2U For You Nourul.

FOR YOU NOURUL DI ZEPP KL JANJI KEJUTAN, LAGU IKONIK BERI NAFAS BARU

May 13, 2026May 13, 2026 Nannie Isa

INTERNATIONAL HEALTHCARE WEEK 2025, APA YANG BEST!

June 2, 2025September 5, 2025 Nannie Isa
PTTI CIPTA DUA REKOD MALAYSIA BOOK OF RECORDS

PTTI CIPTA DUA REKOD MALAYSIA BOOK OF RECORDS UNTUK SPM 2024

June 2, 2025September 5, 2025 Nannie Isa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CONTACT ME

For any collaboration or invitations can contact at kitepunye2018@gmail.com

YOUTUBE KITEPUNYE

Subscribe

ⒸNannie Isa | KITEPUNYE DOT COM [003016049-T] |

Copyright All Rights Reserved | Theme: BlockWP by Candid Themes.
Manage Consent
To provide the best experiences, we use technologies like cookies to store and/or access device information. Consenting to these technologies will allow us to process data such as browsing behavior or unique IDs on this site. Not consenting or withdrawing consent, may adversely affect certain features and functions.
Functional Always active
The technical storage or access is strictly necessary for the legitimate purpose of enabling the use of a specific service explicitly requested by the subscriber or user, or for the sole purpose of carrying out the transmission of a communication over an electronic communications network.
Preferences
The technical storage or access is necessary for the legitimate purpose of storing preferences that are not requested by the subscriber or user.
Statistics
The technical storage or access that is used exclusively for statistical purposes. The technical storage or access that is used exclusively for anonymous statistical purposes. Without a subpoena, voluntary compliance on the part of your Internet Service Provider, or additional records from a third party, information stored or retrieved for this purpose alone cannot usually be used to identify you.
Marketing
The technical storage or access is required to create user profiles to send advertising, or to track the user on a website or across several websites for similar marketing purposes.
  • Manage options
  • Manage services
  • Manage {vendor_count} vendors
  • Read more about these purposes
View preferences
  • {title}
  • {title}
  • {title}