Pasar Krismas Jerman Sempena Krismas di Sunway Pyramid

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pasar Krismas Jerman Sempena Krismas di Sunway Pyramid ~Fröhliche Weihnachten!Mulai 22 November hingga 29 Disember ini, para pembeli-belah di Sunway Pyramid akan disambut dengan pelbagai aktiviti dan tawaran beli-belah yang menarik! Tahun ini, Sunway Pyramid menyambut musim perayaan kali ini dengan Pasar Krismas Jerman. Diilhamkan oleh Pasar Krismas Dresden, iaitu pasar Krismas yang tertua di Jerman, juga dikenali sebagai “Striezelmarkt”—kunjungidataran pusat beli-belah ini dengan melalui gerbang pasar yang tradisional dan singgah keAltmarkt Square, di mana pasar berkenaan terletakdandikelilingi oleh bangunan Jerman serta dekor tradisional.

Di tengah-tengah dataran ini, sebuah Piramid Krismas setinggi 36 kaki didirikan, ia mempamerkan ukiran arca-arca Jerman di setiap aras.Sempena bulan yang meriah ini, setiap Pusat Beli-Belah Sunway (Sunway Malls) akan membuat sambutan dengan pasar Krismas yang unik berasal dari negara-negara di seluruh Eropah seperti Finland, Austria, Perancis dan Poland.

“Krismas merupakan waktu keramaian yang membawa kita bersama dalam sebuah suasana yang penuh dengan keceriaan dan kesyukuran. Tahun ini, kami berasa teruja untuk memperkenalkan Pasar Krismas Jerman dan kami mengunjurkan sekalung penghargaan kepada rakan-rakan kongsi kami dari Dewan Perdagangan dan Industri Malaysia-Jerman (MGCC) atas peranan mereka sebagai badan penasihat. Kami berharap komuniti kami dapat diserikan dengan kemeriahan pasar Krismas yang unik ini, diilhamkan oleh salah sebuah acara tumpuan dunia pada musim perayaan ini,”

-kata HC Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks.

Untuk merealisasikan elemen-elemen Jerman yang sebenar di dataran pusat beli-belah ini, Pasar Krismas Jerman dilancarkan menerusi kolaborasi bersama Dewan Perdagangan dan Industri Malaysia-Jerman yang telah berkhidmat sebagai badan penasihat rasmi bagi acara berkenaan. Sepanjang satu minggu mulai 29 November hingga 1 Disember, pembeli-belah dapat menikmati lebih banyak aktiviti keramaian dengan Krismas Jerman yang dibuka pada hujung minggu untuk semua! Nikmati juadah Jerman yang lazat, dapatkanhadiah perayaan dan sertai aktiviti-aktiviti Krismas yang menyeronokkan.

Pembeli-belah boleh melengkapkan e-pasport Krismas khas mereka menerusi lima aktiviti berbeza. Ia meliputi “Santa Ring Toss”, “Snowball Drop”, “Allianz Christmas Booth”, “Market Photo Booth” dan “The Great Christmas Pyramid”. Dengan melengkapkan sekurang-kurangnya tiga daripada lima aktiviti berkenaan akan melayakkan anda untuk menerima ganjaran, termasuk satu entri bagi peraduan cabutan bertuah untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang menarik.Pada hujung minggu, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Santa Klaus yang akan menyerikan lagi musim perayaan ini pada jam 1 petang dan 3 petang.

Pembeli-belah juga dapat mengamati salji rintik di dataran perayaan tersebut pada jam 1petang, 3 petang, 5 petangdan 7 petang. Acara istimewa ini akan berlangsung pada setiap hari Sabtu dan Ahad mulai 22 November hingga 25 Disember.Anda ingin membuahkan lebih banyak kenangan istimewa dan membawa pulang bersama anda sebahagian daripada keunikan Krismas Jerman? Sertai bengkel-bengkel menarik yang akan turut dianjurkan di sini. Uji kemahiran anda di pelbagai bengkel Krismas yang dijadualkan setiap hujung minggu mulai 22 November hingga 29 Disember dan belajar cara untuk menghasilkan Bintang Jerman, Kereta Gelongsor Santa atau Binokular Santa sempena musim perayaan ini.

.Rakan-rakan kongsi Sunway Malls juga akan turut sertadengan booth mereka sendiri di ruang dataran berkenaan, antaranya ialah “Allianz Christmas Booth”, “Touch ‘n’ Go Redemption and Game Booth” serta “Citibank Acquisition Booth”.Untuk menambah rencah kemeriahan, pembeli-belah yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM400(RM300 bagi Pemegang Kad Kredit Citibank Visa) dalam dua resit dapat menebus Pembalut Hadiah Furoshiki Sunway Malls yang eksklusif.

Amalkan gaya hidup lestari dengan menggunakannya sebagai alternatif bagi pembalut hadiah konvensional;bukan itu sahaja, pembalut berkenaan juga boleh digunakan semula untuk pelbagai acara yang lain! Ketahui cara untuk menggunakan pembalut hadiah khas ini dengan melayari https://sunwaypyramid.com/scarf. Di samping itu, pembeli-belah yang membelanjakan RM800 (RM700 bagi Pemegang Kad Kredit Citibank Visa) dalam tiga resit dapat menebus Set Hadiah Krismas daripada The Body Shop.

Nantikan perkembangan lanjut daripada Sunway Pyramid di media sosial atau layari www.sunwaypyramid.com/GreatChristmasMarket/ hubungi 03-7494 3100.Ikuti perkembangan daripada Pusat Beli-Belah Sunway di platform media sosial yang berikut:Facebook Sunway Pyramid –www.facebook.com/sunwaypyramid



1 Comment

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *