STYLOFEST MEGA RAYA 73 TANPA HENTI, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Nak membeli – belah untuk persiapan raya tahun ini pasti tidak ada masalah. Sebab apa? Sebab ada festival yang beroperasi 24 jam .

STYLOFEST MEGA RAYA

Bertemakan #SyurgaShoppingKita, ia akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) atau lebih dikenali sebagai PWTC.

Menyenaraikan lebih 400 gerai jualan yang terdiri daripada pelbagai produk serta keperluan pengunjung terutamanya barangan bagi meraikan Aidil Fitri.

MENANGI CABUTAN BERTUAH

Stylofest Mega Raya 2023 juga turut memberi peluang kepada mereka yang hadir untuk memenangi cabutan bertuah bernilai RM100,000. Termasuk lebih 1,000 baucer membeli-belah selama tiga hari penganjurannya.

FESTIVAL UNTUK PERSIAPAN RAYA

Selebriti serba boleh, Didie Alias yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Didies Entertainment & Management juga pemilik francais festival terbesar Stylofest Mega Raya 2023.

Festival ini sangat sesuai untuk dikunjungi oleh seisi keluarga untuk mendapatkan pelbagai keperluan satu keluarga bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Selain daripada menganjurkan sebuah festival yang meriah, selesa dan padat dengan aktiviti dan tawaran diskaun hebat kepada pengunjung.

ia telah menjadi prinsip dan keutamaan kami sejak 7 tahun yang lalu untuk memberikan keutamaan kepada para usahawan.

Bagi memastikan para usahawan dapat menjalakan aktivti jualan dengan penuh rancak dan menguntungkan.

ADA TAPAK RAHMAH?

“Kami juga menyokong dan menyahut cadangan kerajaan dengan memperkenalkan “Tapak Rahmah” .

Ini untuk membantu usahawan-usahawan kecil terutama yang baru berniaga dengan menawarkan harga tapak serendah RM2,500”

PELBAGAI RAKAN KOLABORASI

Mendapat penyertaan pelbagai jenama popular antaranya Watson, Ella Furniture, Bulan Bintang, Elrah Executive, Hijabista Hub, Minaz.

Ada juga Alha Alfa, Simply Siti, Supersunday dan banyak lagi selain daripada penglibatan UniKL sebagai rakan kolaborasi acara berkenaan.

“Objektif utama penganjuran Stylofest Mega Raya 2023 tidak lain ialah untuk merancakkan lagi ekonomi negara dan tidak ketinggalan meningkatkan ekonomi para usahawan tempatan yang mengambil bahagian.

Dalam masa yang sama, inilah peluang keemasan kepada para pengunjung untuk menikmati pembelian harga mampu milik.

Dan tawaran hebat bagi setiap produk yang ada di jual sini, selain dapat beriadah bersama keluarga sepanjang 73 jam karnival ini diadakan,”

PRODUK KEPERLUAN SEISI KELUARGA

Stylofest Mega Raya 2023 bakal mengetengahkan produk keperluan seisi keluarga bagi menyambut lebaran. Antaranya seperti pakaian, beg, aksesori, minyak wangi, kosmetik, perkakas rumah dan elektrik dan kuih raya.

Tidak ketinggalan juga barangan keperluan dapur, ruang tamu serta dekorasi, produk mandian dan kenderaan.

STYLO KIDSZONE

Lokasi khas yang disediakan khusus buat kanak-kanak bermain sebagai kemudahan tambahan buat ibu-bapa membeli-belah. Tanpa risau dan selamat untuk meninggalkan anak masing-masing di zon berkenaan.

STYLOFOODIE

Gerai makanan dan minuman di kawasan tempat meletak kereta PWTC. Mendapat penyertaan barisan usahawan yang bukan sahaja dari Semenanjung tanah air.

Malahan juga dari Sabah dan Sarawak bagi memeriahkan lagi penganjuran tahun ini,”

ARTIS YANG TERLIBAT

Antaranya, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ustaz Ebit Lew, Ella, Ustaz Syamsul Debat, Dato’ Sri Aliff Syukri, Datin Sri Shahida, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, Adira.

Nama seperti Puteri Sarah, Dato Fizz Fairuz, Jue Aziz, Aidil Aziz, Mark Adam, Mawar Rashid, Zul Huzaimy dan Zaki Yamani.

Turut mengambil bahagian, Rozita Che Wan, Zain Saidin, Syamel, Ernie Zakri, Wawa Zainal, Aeril Zafril, Watie Ozlynn, Johan Raja Lawak.

Pasangan Aidil Aziz, Fasha Sandha, Nad Zainal, Ungku Ismail, Ayda Jebat, Nabil Mahir, Ayie Floor 88, Along Cham dan Zalif Sidek.

Tidak ketinggalan, Anne Abdullah, Angah Raja Lawak, Nubhan, Ieda Moin, Mark Adam, Fikry Ibrahim, Imam Muda Asyraf, dan Liza Abdullah.

SEISI RAMAH MESRA BERSAMA USTAZ

Harapan semoga penganjuran Stylofest Mega Raya 2023 dapat memberi peluang kepada saya berkongsi rezeki bersama rakan selebriti, usahawan.

Serta membantu meningkatkan ekonomi semua pihak yang menyertai festival ini,”

Selain gerai jualan, turut diadakan beberapa aktiviti menarik untuk para pengunjung antaranya majlis berbuka puasa bersama anak yatim.

Sesi ramah mesra bersama Ustaz Ebit Lew dan Ustaz Syamsul Debat, pemberian duit raya, keluarga bertuah raya dan banyak lagi.

Satu unit gerai jualan di StyloFest Mega Raya 2023 boleh didapati pada harga serendah RM3,500, RM4,500, RM5,500 serta harga premium mengikut pada lokasi tapak gerai.

Contact: 010-2199144| Email | Facebook|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge