SITI KHADIJAH KERJASAMA DENGAN UKM UNTUK ATMA 2023, BEST!

SITI KHADIJAH KERJASAMA DENGAN UKM UNTUK ATMA 2023, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Siti Khadijah antara pengeluar busana muslimah dan telekung yang menjadi pilihan ramai kini melangkah setapak lagi.

SITI KHADIJAH

Bermula pada 2009 ditubuhkan dan kini mempunyai lebih dari 40 buah butik. BUkan sahaja di Malaysia termasuk di seberang-Indonesia. Senantiasa menambah baik dan mencari idea yang terbaru untuk memberi lebih pilihan.

KERJASAMA BARU DENGAN UKM

Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd menjalin kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kerjasama ini bakal merealisasikan koleksi ATMA yang bakal berada di pasaran awal tahun 2023.

KOLABORASI BERSAMA ATMA

Kolaborasi terkini antara Siti Khadijah dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA). Ini bertujuan untuk mengetengahkan koleksi corak tradisional Melayu.

Ini adalah langkah tepat bagi memastikan kelestarian manuskrip Melayu masih lagi wujud dan terjaga. Terutama sekali buat generasi baharu agar dapat mengenali, mengkaji dan memahami peninggalan nenek moyang sebelum ini.

REKAAN ATMA

Dikatakan rekaan koleksi ATMA ini dapat menjadi penanda ara baru dalam rekaan busana telekung. Di inspirasi dari corak serta motif manuskrip-manuskrip yang terdapat di ATMA.

Selain itu juga meraikan kepelbagaian budaya khususnya tamadun Melayu yang pernah dipandang tinggi dimata dunia suatu ketika dahulu.

Koleksi ATMA yang bakal ada dipasaran pada awal tahun 2023 nanti, bakal menampilkan tiga jenis label iaitu White Label, Maroon Label dan Black Label.

Setiap koleksi yang dihasilkan dipastikan dapat memenuhi keperluan penggun dengan harga yang berpatutan bersesuaian dengan kehendak pasaran semasa.

PERLESENAN?

Siti Khadijah bersetuju untuk menerima perlesenan bagi penggunaan dan pengkomersialan corak-corak hiasan Melayu tradisional ke dalam produk yang bakal dihasilkan.

Produk yang dilesenkan adalah berkaitan corak-corak hiasan Melayu tradisional bersumberkan alam semulajadi yang diekstrak ke dalam bentuk digital.

Pengambilan corak-corak hiasan Melayu tradisional ini akan diterapkan ke dalam produk-produk keluaran Siti Khadijah terutamanya telekung wanita.

DARI PIHAK SITI KHADIJAH

“Dalam usaha ini, UKM wajar dipuji kerana mengangkat kepentingan sains sosial dalam industri ini dan nilai-nilai kebudayaan dapat dihidupkan melalui corak Alam Melayu.

Melalui Institut Alam dan Tamadun Melayu atau ATMA, Siti Khadijah bekerjasama dalam mengetengahkan koleksi corak tradisional Melayu.

Selain meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman masyarakat untuk memelihara khazanah negara yang kian dilupakan,”

-Mohammad Munzir Aminuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah

BAGI UKM!

Usaha untuk mengetengahkan corak dari khazanah seni Alam Melayu ini dapat memperkasa jati diri sebagai Keluarga Malaysia sejajar dengan Naratif Watan UKM. 

“Semoga corak yang dilesenkan ini menjadi satu permulaan bagi pengkomersialan dan penggunaan. Moga lebih banyak lagi corak seni warisan Alam Melayu pada masa akan datang agar tidak dilupakan oleh generasi akan datang,”

-Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani katanya. Menurutnya, terdapat banyak lagi corak hiasan Alam Melayu yang menarik dan mempunyai nilai tinggi untuk dikomersialkan

DOKUMEN PERJANJIAN

Majlis penyerahan dokumen perjanjian telah berlangsung di Anjung Digital Smart Selangor, Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, UKM antara Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM).

Dijayakan oleh Pengerusi UKM Technology Sdn. Bhd. selaku wakil INOVASI@UKM, Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Wahab bin Mohammad dan Yang Berusaha Encik Mohammad Munzir bin Aminuddin selaku CEO Siti Khadijah.

Bersaksikan Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal bin Mujani, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UKM.

WARISAN TERJAGA!

TS. Dr. Ros Mahwati Ahmad Zakaria dari ATMA sempat berkongsi antara corak-corak yang dianggap sebagai warisan Seni Alam Melayu Tradisional.

Bagi beliau, hasil kajian ini amat penting bagi memastikan warisan terjaga. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas dengan harapan anak muda masa kini dapat menghayatinya

Semoga kerjasama dan kolaborasi ini selari dengan visi memberi lebih pilihan koleksi telekung sambil mengangkat warisan seni Melayu tradisional ke persada antarabangsa.

Website  |  Instagram  |  Facebook  

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge