JADIKAN HALAL PILIHAN UTAMA ANDA, PASTINYA AWESOME! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kewujudan produk makanan Halal dari perusahaan mikro kecil dan sederhana kini seperti cendawan tumbuh. Pelbagai produk boleh didapati dengan senang.
Sebut sahaja nak produk seperti sos atau kicap, kopi atau teh mahupun makanan. Ada juga barangan basah seperti mi, roti canai dan sebagainya. Eh tahu tak yang kini ada kempen yang sedang berlangsung.
JADIKAN HALAL PILIHAN UTAMA ANDA
Terbaru kempen ‘Jadikan Halal Pilihan Utama Anda’ anjuran Halal Development Corporation Berhad (HDC) berlangsung dari April hingga Julai 2022.
Ianya diwujudkan untuk meraikan 500 usahawan Halal dari sektor Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS) terutamanya.
Kempen ini adalah diantara program di bawah inisiatif Bajet 2022 yang mendapat kerjasama dari pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Ia jua menerusi agensinya HDS dan Kementerian Kewangan (MOF) menerusi Unit Pelaksanaan dan Kpprdinasi Stimulis Ekonomi Antara Nasional (LAKSANA).
Pelancaran kempen telah disempurnakan oleh YBhd, Datuk Lokman Hakim Ali- Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Turut hadir YBrs, Encik Hairol Ariffein Sahari- Ketua Pegawai Eksekutif HDC serta wakil-wakil pengurusan tertinggi MITI dan rakan strategik.
SASARAN KEMPEN
Dengan adanya kempen ini dapat membantu pertumbuhan industri Halal ke tahap yang lebih tinggi. Untuk PMKS pula, mensasarkan peningkatan penjualan purata syarikat halal antara 20%-30% semasa kempen berlangsung.
KERJASAMA ANTARA LULU HYPERMARKET
Kempen terbagi kepada dua kategori iaitu Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PMKS di pasaraya atau hypermarket. Untuk kali ini, HDC menjalinkan kerjasama dengan LuLu International Group dan Lotus’s Store (Malaysia) Sdn Bhd,
LuLu Hypermarket bermula sejak April dimana pelbagai pilihan produk makanan dari usahawan PKMS ada di sini sempena kempen ‘Jadikan Halal Pilihan Utama Anda’.
PRODUK HALAL PMKS ADA KE?
Lihat sendiri dimana bukan setakat produk masakan, bahan kering malah barang basah pun ada. Jadi senang dan mudah untuk pengguna tanpa perlu ada rasa was-was tentang halal atau tidak.
Lihat sendiri produk-produk PMKS yang ada.
KATEGORI KEDUA
Program Penjenamaan Digital Produk Halal PMKS akan melibatkan kerjasama dengan food Panda Malaysia. Bakal bermula pada 1 Jun hingga 31 Julai melalui platform secara dalam talian dan logistik.
Pelbagai promosi ditawarkan dengan harapan dapat menaikkan prestasi jualan, mengatasi isu jurang visibliti produk Halal tempatan dan luar negara. Selain itu juga dapat meningkatkan kapasiti dan keupayaan pengeluaran produk halal tempatan.
Ingat ‘Jadikan Halal Sebagai Pilihan Utama Anda’ dan semoga kempen ini mampu membantu pengguna diluar sana untuk senantiasa menyokong produk PMKS. Meningkatkan produktiviti produk Halal terutamanya.
Walaupun dengan kehadiran pandemik Covid19 dan kini dalam fasa endemik, kite boleh buktikan pada semua kepentingan industri Halal dalam kehidpuan seharian. Tidak kira ekonomi mahupun diri sendiri.