VITAGEN Raikan 40 Tahun Menjuarai Penjagaan Sistem Penghadaman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

VITAGEN Raikan 40 Tahun Menjuarai Penjagaan Sistem Penghadaman| Vitagen adalah minuman susu kultur pertama . Ianya juga minuman susu pertama di Malaysia dan baru -baru ini telah menyambut ulangtahun ke 40 dengan meriahnya. VITAGEN, minuman susu kultur pertama dan No. 1 Malaysia, sudah sinonim dengan rakyat Malaysia. VITAGEN menyambut ulang tahun ke-40 nya tahun ini dengan mengadakan aktiviti sepanjang tahun dengan kempen baru ‘ (Sistem penghadaman yang lebih baik bermula dengan VITAGEN). Kempen ini adalah inisiatif lanjutan VITAGEN yang bermula sejak 2014 lagi dalam usaha mendidik dan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan penghadaman.

Vitagen 40 Tahun

Jenama minuman susu kultur ikonik ini telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan keluarga seharian selama 12 tahun dan rakyat Malaysia selama 40 tahun. VITAGEN mengandungi berbilion-bilion bakteria baik di dalam kultur Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus casei yang hidup dan aktif.  Formulasi ini membantu penyerapan nutrien daripada makanan dan merangsang sistem imunisasi yang lebih kuat. Minuman susu kultur ini bukan untuk kanak-kanak bahkan orang dewasa juga boleh turut menikmatinya.

Terdapat berbilion bakteria baik dalam VITAGEN

VITAGEN meningkatkan usahanya untuk mempromosikan kesihatan sistem penghadaman yang baik kepada rakyat Malaysia menerusi kempen-kempen dan aktiviti yang berterusan. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan sistem penghadaman yang baik serta membentuk gaya hidup sihat.

Kempen Susu Kultur VITAGEN Raikan 40 Tahun

VITAGEN Raikan 40 Tahun jelas menunjukkan hubungan positif di antara kesihatan sistem penghadaman yang baik dengan kesihatan keseluruhan menerusi tiga (3) aspek penting iaitu tahap imunisasi lebih baik, fikiran semakin jelas / kepekaan mental yang lebih tajam dan mood yang lebih seimbang. VITAGEN Malaysia telah mengatur pelbagai rancangan yang menarik dengan pelbagai acara dan aktiviti yang akan dilaksanakan dan disokong oleh penyelidikan yang mengesahkan bahawa kesihatan sistem penghadaman dapat menambah baik kesihatan secara keseluruhannya

“Untuk berhubung dengan generasi muda pada era digital ini, VITAGEN kini beralih kepada strategi yang menerapkan lebih unsur multimedia interaktif yang akan dibawa menjelajah ke seluruh negara bersama aktiviti-aktiviti yang akan mengajak orang ramai untuk meneroka sistem penghadaman manusia. Sebagai pakar kesihatan sistem penghadaman, VITAGEN percaya kesihatan yang baik bermula dari dalam,”

jelas Encik Poh Eng Lip, selaku Pengurus Besar VITAGEN

Untuk maklumat lanjut tentang Vitagen jangan lupa layari

Website Vitagen : http://www.vitagen.com.my/

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge