RIVER OF LIFE FUN RUN 2023 -LARIAN IMPIAN KITA BERSAMA, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Setiap individu memerlukan bekalan air yang bersih serta berkualiti, dan ini bermula dari sumber air yang tidak dicemari dan dipelihara.
Sungai menjadi antara sumber utama, bekalan air dapat disalurkan kepada pengguna dan menjadi tanggungjawab bersama untuk memelihara dan memastikan sungai tidak dicemari.
Selain kebersihan, keindahan sungai juga perlu dijaga setiap masa bagi mengekalkan kecantikannya. Bekalan air bersih dapat memberikan jaminan terhadap kesihatan tubuh badan.
RIVER OF LIFE FUN RUN 2023
Selain air yang bersih, amalan gaya hidup yang sihat juga menjadi penyumbang utama kepada kesihatan.
Menyedari kepentingannya, Zamara Biz dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia berganding bahu menganjurkan River OF Life Fun Run 2023 (ROLFR23).
Selari dengan matlamat untuk memperkukuhkan kesedaran dalam kalangan masyarakat.
Penganjuran ROLFR23 dapat menjadi platform membina perpaduan dan persefahaman bagi mencapai tujuan tersebut.
KONSEP RIVER OF LIFE FUN RUN 2023
Mengambil tempatnya buat kali pertama meraikan dan menginspirasikan kira-kira 200 peserta.
Termasuk pengamal media terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, agama dan bangsa di Dataran Bandaraya Kuala Lumpur.
BERKONGSI INFORMASI
Adalah menjadi aspirasi penganjur, dijangka 500 peserta dan pengunjung yang mengambil bahagian dalam larian ini.
Berkongsi pengalaman dan informasi melalui platform media sosial sebagai satu usaha berterusan memperkasa tanggungjawab sosial dan akauntabiliti dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Turut berlangsung, acara ‘KL Car Free Morning’ yang bermula dari jam 7:00 pagi to 9:00 pagi di sekitar ibu kota.
Ini juga merupakan satu lagi usaha pihak penganjur untuk memastikan udara bersih dan segar serta melatih tingkah laku berjalan kaki sebagai satu usaha yang boleh di jadikan amalan.
KEMPEN IMPIAN KITA BERSAMA
Menerusi satu kempen “Impian KIta bersama”, keterlibatan, sumbangan dan komunikasi di antara pelbagai pihak amat penting dalam memastikan kelestarian sungai di Kuala Lumpur sentiasa terpelihara.
ZAMARA BIZ
Dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia mempersembahkan kempen ‘Impian Kita Bersama’.
Sebagai landasan menuju kemajuan, perpaduan dan kemakmuran secara kolaboratif dan kreatif menerusi empat asas utama.
Iaitu Bandar Alam, Bersatu dan Bersama, Tanggungjawab dan Akauntabiliti, Gaya Hidup Sihat serta Keterlibatan, Sumbangan dan Komunikasi.
KELESTARIAN ALAMI
Matlamat utama penganjuran adalah untuk memberikan sumbangan aktif kepada Sustainable Development Goals (SDGs).
Ke arah Bandar Alami menjelang tahun 2050 selepas Malaysia menyatakan komitmennya untuk menjadi sebuah negara bebas karbon.
Inisiatif ini diusahakan dalam mempromosikan kelestarian di samping meningkatkan kerjasama dalam negeri bagi memastikan usaha ini di peringkat global tercapai.
GAYA HIDUP SIHAT
Larian sejauh 6.5 kilometer menjanjikan satu pemandangan yang berbeza, selain sungai, keindahan dan keunikan bandar Kuala Lumpur yang pastinya menjadi tarikan utama.
Pengalaman seperti ini dapat mengeratkan lagi perpaduan bukan sahaja dalam kalangan perserta, malah turut mempengaruhi perubahan perlakuan.
Sokongan pengamal media turut mengambil bahagian memberi impak besar terhadap ke arah membangun dan mengekalkan Kuala Lumpur sebagai nadi utama pengerak kemajuan negara.
PENGURUSAN SUMBER
Kerja-kerja pemuliharaan dan penyelenggaraan sentiasa digerakkan oleh pihak berkenaan bagi memastikan kelestarian sungai sentiasa terpelihara.
Adalah menjadi tanggungjawab dan akauntabiliti masyarakat Malaysia membangunkan kelestarian sungai, Kuala Lumpur.
Khususnya untuk berswafoto dan berkongsi setiap saat yang dilalui bersamadiraikan dan dikongsi secara kreatif sebagai panduan bukan sahaja kepada masyarakat malaysia.
Juga kepada pelancong-pelancong yang merancang Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan.
BERSATU DAN BERSAMA
Pemandangan, sinaran matahari dan udara bersih mempengaruhi gaya hidup sihat.
Pameran dan informasi menjadi satu lagi usaha yang digerakkan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat informasi yang berkaitan.
Sebagai satu langkah memberikan kesedaran dan pendidikan kepada masayarakat Malaysia serta memastikan idea-idea utama dan warisan River Of Life akan berterusan dan dapat dikekalkan.