Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
#HPPNK 2017 – Ayam Ketawa, Lembu Sado & Bermacam-macam Lagi.. Haa.. ada ke ayam ketawa? Mana boleh ayam ketawa !!! Masing- masing buat lawak ke ? Lembu sado ! Apa yang dimaksudkan dengan lembu sado ? Berketul-ketul ke muscle nya tu . Haa.. Inilah yang KP nak share dengan anda semua . Kalau anda tak kemana hari Sabtu & Ahad minggu ini apa kata anda singgah di #HPPNK.
#HPPNK 2017 atau lebih dikenali dengan Hari Peladang, Peternak & Nelayan Kebangsaan sedang berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) Serdang Selangor selama 4 hari dari 28 September 2017 hingga 1 Oktober 2017. #HPPNK 2017 adalah diantara acara yang diadakan setiap tahun untuk meraikan mereka yang menyumbang dalam kehidupan seharian dalam menghasilkan produk yang berkualiti untuk anda semua. Yang menarik di sini adalah pelbagai produk dipamerkan, dikongsikan , di beri informasi dan juga ada penjualan produk untuk mereka yang berminat untuk mendapatkannya.
Apabila di beri peluang untuk turut serta bersama kengkawan yang lain ke #HPPNK 2017 bak kata pepatah “Besar tapak tangan , nyiru ditadahkan “.. Haa Faham ke tak .. kalau tak silalah google ye. Sewal jam 830 pagi KP dan kengkawan terpacak di MAEPS, Serdang . Tak sabar nak menerokai #HPPNK 2017 yang pertama kali KP menjejak kaki. Untuk tahun ini tema adalah Makanan Kita , Masa Depan Kita yang bakal memberi pendedahan, mahupun pengkongsian Menerokai Dunia Makanan dari Ladang mahupun Lautan . Sesuatu yang menarik buat penggemar makanan terutamanya .
Ini adalah peta untuk booth-booth di #HPPNK 2017 untuk para pengunjung yang datang . Dari peta ini boleh anda merancang kemana lokasi yang anda ingin tuju agar tidak miss satu pun sebelum pulang
- Dewan A – jualan dan pameran produk asas tani, makanan laut, pavilion negeri-negeri, demo oleh chef terkenal spt Chef Zam, Chef Ismail, Chef Fazley, Chef cilik Danish Harraz, Chef Ezani, Chef Naem
- Dewan B – teknologi dan peralatan ternakan di ekspo Livestock Malaysia
- Dewan D – Surau, ATM, Khamis malam: Forum Perdana Ehwal Islam, Jumaat: solat Jumaat, Sabtu & Ahad: pengalaman makan 4 cara berbeza di Food Feast
- Dewan D Ground Floor – Empayar Makanan dengan 401 menu lazat dari seluruh negara
- Laman Tiba – Jualan buah-buahan, bunga-bungaan, anak pokok, pameran ternakan & petting zoo, pameran jentera mekanisasi pertanian, karavan tani, perkhidmatan kerajaan Mobile CTC
- Boulevard – Centre Stage program hiburan dan artis terkenal Ramli Sarip, Yabang, Aiman Tino, Hattan, Eka Sharif, daging kambing & unta segar, kiosk wagon makanan
KP mulakan dulu dengan Dewan B – Teknologi dan peralatan ternakan di ekspo Livestock Malaysia. Di ekspo ini memenyediakan produk hasil kajian dan penyelidikan untuk menjadi satu bahan baru dari sumber alam oleh badan koporate dan kerajaan. Sempat singgah di Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebagai pit stop yang pertama. Apa yang menarik di sini adalah sarang burung walit
Kalau sarang burung bukanlah kali pertama mendengarnya tetapi bila di beri peluang untuk mencuba air hasil sarang burung walit sesuatu sangat. Sebuah peluang yang tidak dilepaskan dan kebetulan sewaktu KP singgah , akak ini baru sahaja menyediakan air sarang burung walit yang ala ala rasa macam sup sczehuan. Ingatkan ini sahaja rasanya rupanya ada juga rasa manis.
Sempat lagi KP singgah dan merasa produk dari Chekoley dimana ianya adalah produk tempatan dari anak tempatan . Chekoley mengeluarkan produk- produk yang premium diantaranya Sosej , Daging burger dan juga bebola daging. Sambil membelek produk ini sambil tu tangan pun sempat merasa. Kelainan pada daging mereka dimana ianya segar, frozen dan amat mudah dimasak. Penggemar makanan western mahupun daging,mungkin boleh cuba produk baru ini
Dewan D – Pelbagai aktiviti di adakan mulai 28 September hingga 1 Oktober 2017.
Bermula dari Khamis malam Jumaat, pengkongsian melalui Forum Perdana Ehwal Islam buat para pengunjung. Mereka terdiri dari Ustaz Mohd Hariri Bin Mohd Daud selaku moderator, YB Sr Datuk Hj Md Alwi ( Pengerus KADA) dan juga Ustaz Haslin Bollywood yang bakal berkongsi mengenai Rezeki 9/10Bagi Sabtu & Ahad untuk 2 hari yang terakhir, kelainan kali ini adalah para pengunjung dapat mencuba hidangan makanan yang berbeza di Food Feast, Bukan satu atau 2 tetapi 4 hidangan yang berbeza terdiri daripada
- Seafood Galore – hidangan ala ala shell out –
- Authentic Malay Buffet – hidangan makanan melayu . Kelainannya adalah para pengunjung bakal menikmati hidangan dengan cara tradisi melayu iaitu duduk bersila cara kampung
- Fresh Water Catch – ikan air tawar . Pastinya hidangan yang ditunggu-tunggu dan mendapat sambutan terhangat dimana ianya adalah segar dan untuk peminat ikan air tawar
- Western Mediterranean – Hidangan ala barat . Ada juga disediakan untuk mereka yang meminati hidangan barat .
Pastinya pengalaman yang dialami dan hidangan yang dinikmati di sini menjanjikan kelainan, dimana ianya unik dari cara hidangan masakan dan konsep Food Feast ,
Ha… Macam mana?? Betul ke tak ayam nie ketawa !!! Ada juga ayam yang lain di sini especially yang ini comel nya.
Selain dari ayam ada juga binatang lain seperti
Di sini juga sempat KP dan kengkawan menikmati hidangan raja buah , pastinya anda semua tahu apakah itu raja buah . Puas hati menikmati buah-buahan di sini kerana ianya segar dan mengamalkan konsep pilih-bayar -makan. Tak percaya jom layan apa yang ada disini yang sempat KP rakamkan
Hidangan yang sempat KP dan kengkawan nikmati sewaktu di sini . Alhamdulilah rejeki kami untuk merasa sorang sikit kan .
Durian D24 yang ada di sini memang terbaik. Isinya manis bila dikopek di buka . Tak sabar nak rasa !!!! Harga ikut timbang buah ye .
Pisang goreng cheese antara yang ada disini buat anak -anak sesuai sangat
Muka keseronokan sebab dapat ken-durian di sini . Oh ya sebelum terlupa KP sebenarnya di area Fruits & Florals Kingdom.
Amboi masing-masing enjoy giler wei dok ken-durian di sini ..
Meja yang paling WIN sebab memang seronok tengok kengkawan makan suap menyuap .. haaa . .sapa tu .. RAHSIA
Pisang di sini ada beberapa hidangan dan kerepek pisang di sini dibawa khas dari Sabah
Pisang goreng makan cicah sambal kicap . Memang terbaik weii
Dah makan pastinya dahaga kan . Tak lengkap jika tanpa minuman . So kat sini pun ada , Shake Mangga – rasa buah mangga yang asli . Kalau beli pastinya nak lagi buat mereka yang menggemari shake perisa buah
Juicy bucket . 1st time dengar cam juice dalam bucket . Camna rupanya apa pula isinya dan harga pula bawah RM 10 . Mesti menarikkan
inilah dia kengkawanku . Yang mangga adalah Big Bucket dan yang buah naga or dragon fruit adalah small bucket . siap dengan payung yang comel ala-ala di tepi pantai . Comel dan berbaloi OK untuk beli
Kelapa bakar pun ada kat sini . Bak kata orang -orang tua .. macam -macam ada . Duduk di sini insyallah semua boleh dinikmati hanya berada di satu lokasi
Jualan buah-buahan, bunga-bungaan,
Dalam banyak-banyak yang ada yang ini menarik hati KP dimana dikatakan yang ianya baja hantu . Pelbagai baja di jual di sini termasuk anak-anak pokok, bunga-bungaan dan sebagainya. Kalau nak cari racun perosak serangga seperti tikus, lipas, semut dan sebagainya pun ada di jual di sini
Antara baja yang di jual … Bila kita ingin membeli mungkin ada perasaan ragu-ragu bukan bagaimana ingin menjaga agar jadi sempurna dari segi pembajaan atau tumbuhan menjadi dengan suburnya- abang-abang mahupun akak-akak di sini pasti membantu dengan rela hati . Pelbagai tips di kongsi buat para pengunjung
Penat berjalan dari hujung ke hujung dah sampai penghujungnya Dewan A – jualan dan pameran produk asas tani, makanan laut, pavilion negeri-negeri, demo oleh chef terkenal spt Chef Zam, Chef Ismail, Chef Fazley, Chef cilik Danish Harraz, Chef Ezani, Chef Naem
Haa.. kat sini memang KP boleh duduk dan ronda lebih dari 2 jam . Pelbagai perkongsian dari pelbagai produk yang pernah di dengar dan baru dengar bila di sini, Memang betul kata rata-rata pengunjung yang hadir setiap tahun ada kelainan , pelbagai maklumat di kongsi bersama terutam sekali dalam bidang teknologi dan makanan. Kalau nak cerita tak habis dalam satu entri jadi di antara yang sempat KP singgah
NAFAS – Pertubuhan Peladang Kebangsaan . 13 peranan pertubuhan peladang yang dikongsi bersama
Demonstrasi dan perkongsian tentang jagung bijian menarik perhatian para pengunjung
Yang ini jagung sebelum di masak atau di rebus
Kalau nak tanam pokok atau tumbuhan sendiri di rumah pun boleh. Baja hanya di jual RM 2 sepeket
Pilih yang mana nak , almost semua pokok adalah . yang menarik perhatian of course jagung dan lobak
Malaysia Seafood & Fishery Products
ini pula Jabatan Perikanan Malaysia, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT
Tahukah anda yang ikan keli pun dah dikormesialkan seperti sambal keli dan keli masak lemak
Sempat juga melihat demo masakan dari Chef Korporat Pacific West iaitu Chef Garry Edson dan Chef MC Leong menyajikan hidangan mereka yang telah memenangi anugerah Innovasi 2017 dari Seafood Excellence Global
iaitu Udang Kuro (Kuro Prawns).
Nak ketupat palas ada lemang ada . Kalau yang ngidam mai sini beli
Tak lengkap kalau tanpa rendang kan .. yang ini rendang tok .. rendang ayam ada rendang daging ada ,nak serunding pun ada
Booth yang ini antara yang ramai pengunjung sewaktu KP sedang ronda ronda di sini . Sate Ikan Pak Su Enterprise . Dia bukan sate ikan sahaja ada juga..
Ikan bilis pilihan orang ramai. Rupanya ikan bilis pun ada pelbagai pilihan ingatkan satu jenis. mahu ambil masa 1-2jam untuk belajar tentang perbezaan ikan bilis ini
Antara pavillion yang sempat ambil , rupanya pavillion bukan satu negeri tau lebih dari 6 pavillion ada. So faham-faham ajerlah ye
Kalau tahun lepas jumpa di MAHA tahun nie berjumpa kembali di #HPPNK 2017 kali ini . Abg Man antara yang join booth #HPPNK 2017. Air nanas, Jeli nanas, roti nanas dan penting buah nanas. Ini semua boleh dapatkan di booth ini . Air nanas ny amemang WIN tau. Nanas madu ini memberi pelbagai kebaikan seperti mengandungi vitamin C , vitamin B complex dan antioksidan yang tinggi . Dan yang penting tidak pedihkan lidah ..
Terima kasih ye kerana menerima kunjungan kami
Ikon nanas terbesar dalam Hall A
antara The Malaysia Book Of Recrd. – Larges Simultaneous Chillies Harvesting in a Day . Mesti anda semua pun tak tahu kan
“Selamat datang ke Orkid & Hasil Pertanian Unik ”
Kalau kat rumah ada tempat boleh gantung orkid nie sure dah beli . Ya Allah cantik nya warna dan bunga orkid yang ada di sini ,
Singgah Agro Bazar jap tengok apa yang ada . Kalau produk produk yang ada bukan semua boleh terus di makan .. jadi dengan adanya agro bazaar dapat membantu usahawan -usahawan yang ada untuk menghasilkan produk dari produk utama hinggalah ke produk terus makan . Agro Bazaar ini adalah di antara usahama pihak MOA sendiri
Agrobazaar juga mengikuti perkembangan terkini dengan menawarkan pembelian secara atas talian (online) dengan menggunakan aplikasi imbasan barcode, sungguh mudah dan menyenangkan. Untuk maklumat lanjut anda boleh melawat laman web www.agrobazaar.com.my
Ini antara produk yang dihasilkan oleh para usahawan – Kopi Badang
Hmm ..ikan tuna. Macam pernah dengar kebiasaanya dalam tin . Siap dimakan untuk di buat sandwich. Tapi pernah dengar tak satay tuna. kalau baca entry di MAHA tahun lepas ada KP kongsikan . Dengan isi ikan yang mampat, disaluti dengan rempah dan rasa yang sedap. Ini adalah salah satu makanan berasaskan protein yang sihat senang dan mudah di masak
Haa ,. banyakkan perkongsian dalam satu entri .. masih ada satu lagi booth belum cerita sebelum kita kasi penutup