RANGKAIAN AYAM BRAND IKAN SARDIN & MACKEREL LEBIH BEST!

RANGKAIAN AYAM BRAND IKAN SARDIN & MACKEREL LEBIH BEST!|Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Ikan seperti sardin, mackerel dan salmon adalah antara protein haiwan yang paling sihat yang anda boleh sertakan dalam diet harian.

Adakah anda menggemari ikan yang bernutrisi ini tetapi tiada masa, kurang berkemahiran, dan tidak yakin untuk membersihkan, dan menyediakannya untuk dimakan?

Jadi anda tiada beza dengan kami – kita geng! 

TIN AYAM BRAND

Alternatifnya adalah dengan membuka salah satu tin daripada rangkaian Ayam Brand™. Sama ada Ikan Sardin dalam Sos Tomato atau Ikan Mackerel dalam Sos Tomato.

Ini adalah cara yang mudah dan lazat untuk menambahkan pengambilan ikan yang sihat ke dalam diet anda.

SEGAR KE WALAU DALAM TIN?

Selalunya timbul persoalan mengenai kandungan nutrisi bagi sardin dan mackerel dalam tin berbanding ikan sardin dan ikan mackerel segar.

Sesetengah orang lebih suka makan secara segar manakala ada yang suka makan ikan dalam tin.

Rumusan kajian yang dibuat oleh penyelidik diatas mengenai kandungan nutrisi dan ketidakhadiran bahan aditif dan bahan pengawet dalam Ayam Brand™ .

Selamat untuk mengambil produk makanan dalam tin yang menggantikan masakan rumah yang segar tanpa menjejaskan kandungan nutrisinya”.


Seperti semua produk Ayam Brand™, produk ini juga tidak ditambah dengan monosodium glutamat (MSG) untuk mengekalkan rasa natural ikan sardin dan ikan mackerel yang berkualiti.


FAEDAH PEMAKANAN

Sardin dan mackerel merupakan sumber omega-3 semulajadi yang sangat baik. Omega-3 merupakan asid lemak penting yang mesti kita dapatkan daripada makanan kerana badan tidak mensintesisnya, tetapi memerlukannya untuk kesihatan yang baik.

OMEGA -3

Antara manfaat kesihatan omega-3 ialah menggalakkan perkembangan otak, mengurangkan kemerosotan mental berkaitan dengan usia, dan Penyakit Alzheimer serta mengurangkan faktor risiko penyakit jantung.

Selain itu, sardin dan mackerel juga membekalkan tubuh dengan nutrien lain yang penting seperti mineral dan vitamin B.

PROTEIN

Protein adalah blok binaan penting bagi tulang, otot, rawan dan kulit. Rambut dan kuku kebanyakannya terdiri daripada protein.

Badan kita menggunakan protein untuk membina dan membaiki tisu, mengoksigenkan darah, menghasilkan enzim yang membantu penghadaman, membina sel baharu dan bahan kimia badan serta mengawal hormon kita.

Ikan termasuk sardin dan mackerel tinggi dalam kandungan protein. Daripada kajian tersebut, didapati bahawa Ayam Brand™ Ikan Sardin dalam Sos Tomato mempunyai 2.1 kali lebih protein berbanding sardin tempatan yang dimasak sendiri.

Manakala Ayam Brand™ Ikan Mackerel dalam Sos Tomato mengandungi 1.5 kali lebih protein daripada hidangan yang setara dengan mackerel yang ditangkap sendiri.

Sardin dan mackerel dalam tin yang berkualiti menawarkan lebih banyak protein dalam setiap hidangan berbanding ikan yang segar.

KALSIUM

Badan kita memerlukan kalsium untuk membina dan menyokong tulang yang kuat. Jantung, otot dan saraf kita juga memerlukan kalsium untuk berfungsi dengan baik.

Sesetengah kajian menyarankan bahawa kalsium, bersama dengan vitamin D, mungkin mempunyai manfaat yang tidak terhad kepada kesihatan tulang sahaja.

Tetapi juga berkemungkinan dapat mengelak risiko kanser, kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Kajian menunjukkan bahawa Ayam Brand™ Ikan Mackerel atau Ikan Sardin mempunyai kandungan kalsium 10 hingga 15 kali lebih tinggi berbanding mackerel dan sardin yang segar atau yang dimasak sendiri.

CADANGAN HIDANGAN

Ayam Brand™ Ikan Sardin dalam Sos Tomato dan Ikan Mackarel dalam Sos Tomato sedia untuk dimakan terus dari tin.

Rasanya sedap dan amat sesuai dimakan dengan nasi, roti atau mi. Buat hidangan seimbang dengan menambahkannya ke dalam salad.

Terdapat banyak pilihan untuk diterokai dengan produk yang sihat, lazat, mudah, bebas MSG dan bahan pengawet ini.

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge