IBU TENGAH PANTANG TRAUMA EMPAT HARI MERINGKUK DALAM LOKAP!

IBU TENGAH PANTANG TRAUMA EMPAT HARI MERINGKUK DALAM LOKAP!| Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera. Apa sebenarnya terjadi?

Angkara salah faham, kaki ibu baru bersalin jadi kebas setelah empat hari disumbat dalam lokap.

IBU TENGAH PANTANG TRAUMA

Gara-gara salah faham antara pihak berkuasa, seorang ibu yang tengah pantang mengalami trauma.

Terpaksa meringkuk di dalam lokap selama empat hari atas dakwaan jenayah pihak lain.

BARU DIBEBASKAN

Liew Jin Yih atau dikenali sebagai Nichole, 25. Dia baru sahaja dibebaskan pada 7 September lalu.

Empat hari direman kerana didakwa melakukan penganiayaan terhadap pembantu rumah warga Kemboja, Sok Vann Chandy, 28.

15-20 POLIS SERBU

Menurut Nichole, dianggarkan seramai 15 hingga 20 anggota polis menyerbu rumah ibunya di Taman Sri Jempol.

“Ibu orang pertama yang menyedari kehadiran pihak polis.

Terus mengejutkan semua ahli keluarga yang sudah pun tidur pada waktu mereka datang lebih kurang jam 11.30 malam.

“Selepas pintu dibuka, kami terkejut, melihat terdapat sepasukan anggota polis.

Lengkap beruniform berada di pekarangan rumah ibu.

DITAHAN REMAN

“Paling mengejutkan, saya ditahan reman setelah ada laporan berlaku penderaan terhadap pembantu rumah saya,”

-dedah Nichole ditemui dalam satu sidang media di Bandar Bukit Puchong, baru-baru ini.

TIADA KETERANGAN DIAMBIL

Namun sedikit mencurigakan sepanjang empat hari tempoh reman berlalu.

Tiada seorang pun anggota yang mengambil keterangan daripadanya sebagai prosedur soal siasat.

“Sebelum ini mereka beritahu bahawa penahanan saya adalah di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

“Sedia maklum, ia satu jenayah berat dan besar. Jadi, kenapa polis langsung tidak menyoal siasat saya?”

-getusnya keliru.

KHIDMAT PEGUAM

Usai dibebaskan, keluarga serta kenalannya telah mendapatkan khidmat peguam untuk merujuk kes dihadapi Nichole.

Beberapa pihak berwajib bagi mendapatkan penjelasan sebenar asbab dia ditahan.

CHANDY BUAT LAPORAN POLIS?

Selepas beberapa hari kes itu dipanjangkan, hasil penelitian mendedahkan rupa-rupanya laporan terhadap majikan terdahulu dibuat.

Amah berusia 28 tahun, Chandy bertugas di rumah Nichole di Puchong.

KONDISI LEMAH SELEPAS BERSALIN

Nichole yang mengakui kakinya sering berasa kebas akibat kesejukan tidur pada setiap malam.

Apatah lagi kondisi tubuhnya yang masih lemah selepas bersalin.

ENGGAN MENUDING JARI

Bagaimanapun enggan menuding jari menyalahkan sebarang pihak.

“Saya masih terkejut, nak pejam mata pun payah masa nak tidur.

Kerana masih teringat pengalaman duduk dalam lokap.

“Saya suarakan hal ini bukan untuk menuntut keadilan dengan menyabitkan pihak-pihak tertentu.

Sebaliknya sekadar memberi peringatan agar kejadian seumpama ini tidak berulang lagi kepada sesiapa,”

-tegasnya.

Pun begitu, Nichole menerangkan, hal tersebut masih lagi dipertimbangkan untuk dibawa ke muka pengadilan ataupun sebaliknya.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge