REVIEW FILEM MUSYRIK MEMANG SCARY WEI!! |Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ingat apa yang berlaku terima dengan redha jangan sekali syirik!
Dalam kehidupan kite memang pelbagai dugaan dan cabaran bakal di lalui. Tetapi ada yang terlalu mengikut sikap amarah dalam diri. Ada pula lebih mengikut nafsu tanpa mempedulikan tentang orang lain. Kerana bangga dengan diri sendiri.
Apa rasanya bila melihat seseorang yang lebih berjaya? Pasti ada cemburu dan iri hati bukan. Mulalah menyimpan dendam dan sanggup berbuat apa saja.
Pedulikan jika ada yang membencinya asalkan apa yang diinginkan dapat. Ada pula yang menderita akibat perbuatan ini hingga mengakibatkan nyawa melayang.
MUSYRIK API NERAKA MENANTIMU
Berkisahkan kehidupan Aril (Aeril) sekeluarga. Mempunyai isteri bernama Wati(Aishah Ilias) dan tinggal bersama anak perempuannya bernama Puteri. Aril sebenarnya seorang duda dab tridak mempunya anak dalam perkahwinan sebelum.
BEKAS ISTERI BENGANG
Bekas isteri Aril berkali datang ke Aril untuk menerimanya kembali. Dengan sombong Aril menolak. Alasan yang diberikan hingga menceraikannya adalah sebab dia tidak dapat memberi cahaya mata.
Kerana dihalau dengan cara sombong dan tanpa rasa kesian, bekas isteri Aril bertindak membalas dendam. Berjumpa dengan Tok Dukun dengan harapan menghancurkan Aril dan keluarganya.
Dia ingin Aril rasakan apa yang dirasakan. Dari sini lah bermila segala episode mistik satu demi satu.
SUARA HALUS?
Hari demi hari Aril selalu mendengar suara halus teritamata sekali suara halu meminta untuk membunuh satu-satu anak perempuannya.
Dalam pergaduhan untuk menyelamatkan Puteri, Wati telah terbunuh tanpa sengaja oleh Aril. Yang menyedihkan lagi, Wati ditanam dikawasan rumahnya saja tanpa pengebumian yang sempurna
ROH WATI KEMBALI BETUL KE?
Yang menjadi seram apabila Puteri masih dapat melihat ibunya Wati walau kekadang sedar yang ibunya selalu hilang.
Ada satu scene yang Puteri Tanya adakah ibunya sudah mati kerana wajah yang pucat. Tapi dibalas dengan jangan percaya cakap orang lain.
Roh Wati yang ingin membalas dendam mula berlegar-legar tidak kira waktu dan ketika. Ada masa memasuki badan Puteri hingga dia berubah menjadi pemarah.
SIAPA FARAH?
Kehadiran adik Aril, Farah mengembangkan watak Puteri dalam filem ini. Farah memang rapat dengan keluarga Aril dan sayang pada Puteri. Bila Farah tinggal bersama dalam rumah Aril, sikap Puteri makin menjadi-jadi.
Selain dari seorang pemarah, Puteri sesuka hati keluar malam. Ini membuatkan Farah pelik dengan sikapnya hinggalah tiba gangguan demi gangguan yang dialaminya.
Adakah ini cuba khayalanya saja? Walaupun perasaan takut masih ada tapi tidak pernah dia tinggalkan Puteri sendirian.
Gangguan demi gangguan yang dialami membuatkan dia rasa pelik dan berasa ada yang tidak kena dengan rumah ini.
Bila bertanya pada Aril dimanakah Wati, jawapan yang diberi pulang ke kampong. Hakikatnya Wati sudah tiada.
Pernah sekali Farah mengikuti Puteri keluar malam yang sebenarnya dirasuk ibunya Wati ke buaian di belakang rumah tempat dia selalu bermain. Bermain dan bercakap seorang diri.
USTAZ DAN FARAH
Tidak disangka hanya kerana pelanggaran yang tidak disangka membawa pertemuan antara ustaz dan Farah. Hanya kerana bertekak didalam kereta dengan Puteri kerana tidak mahu ke hospital memberi peluang untuk Farah.
Walaupun percaya dengan tidak percaya, Farah meminta bantuan dari Ustaz untuk membantu dalam perkara mistik yang dialami. Tidak sanggup mengalami lagi apa yang dialami. Terutama bila tentang Puteri.
Ustaz cuba membantu untuk menghuraikan gangguan yang dialami dan rupanya ia bukan perkara mudah. Ianya adalah gangguan yang dihantar oleh bekas isteri Aril untuk membalas dendam.
Gangguan demi gangguan cuba diusir tetapi amat kuat hinggakan Syaitan yang menganggu dalam kehidupan Aril mengamuk dan marah. Ustaz dan Yazid rakannya berkali-kali tercedera akibat ini.
Apa terjadi akhirnya kenalah tonton sendiri. Bagaimana sesorang itu boleh jadi Musyrik?
REVIEW
Dalam kehidupan kite ini amalkan apa yang sepatutnya. Seperti yang dikongsikan oleh Ustaz dimana AlQuran yang dibaca setiap hari dapat membantu dalam kehidupan. Insyallah dengan solat juga ia dapat membantu hati yang runsing kepad tenang.
Tidak perlu berfikir tentang jalan cerita ini kerana ianya adalah ‘straight forward’. Senang memahami dan ada plot menakutkan. Ada ketika ‘jump scare’ yang tak sangka akan ada.
Senantiasa ingat apa yang kite lakukan pada orang lain akan kembali pada kite seperti hukum karma. Adakah kena pada diri kite sendiri atau pada orang yang kite sayang.
Setiap apa yang dilakukan dengan cara yang halal pasti dapat keberkatan. Maaf memaafi lah seandainya ada berlaku pertelingkahan dan bukannya memalukan diri sesorang itu.
Sikap marah yang tidak dapat dikawal menyebabkan ingin balas dendam. Secara tidak langsung mulalah melakukan perkara syrik yang dibenci oleh Allah.
INGINKAN LEBIH
Pengakhiran filem ini jika dapat dikembangkan watak roh Wati, Farah , Puteri dan Ustaz pastinya ia lebih memuaskan hati.
Terutama pada mayat Wati adakah sesiapa menjumpainya? Puteri pula bolehkan dia menerima kematian ibunya! Bagaimana pekerja Aril yang mati dan bekas isterinya?
Apapun masih sempat untuk kembali ke jalan yang benar , jalan bertaubat kerana bila anda Musyrik – Api Nerakan menatimu sebenarnya!