FILEM MUSYRIK BAKAL BOX-OFFICE IKUT JEJAK MAT KILAU, BEST!

FILEM MUSYRIK BAKAL BOX-OFFICE IKUT JEJAK MAT KILAU, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bakal ikut jejak filem Mat Kilau?

Kejayaan filem ‘box office’, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof berjaya mengutip RM39.2 juta dalam tempoh sepuluh hari tayangan. Menjadi penanda aras kepada industri perfileman negara.

Filem epik Melayu terbitan Studio Kembara Sdn Bhd itu seakan memberikan sinar baharu kepada industri perfileman yang merudum.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan selama dua tahun.

MUSYRIK

Kejayaan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan membuktikan filem tempatan mampu pergi lebih jauh ke peringkat antarabangsa.

“Terima kasih penonton tempatan. Filem Malaysia memang berkualiti untuk menarik penonton ke pawagam.

“Walaupun pasaran kita kecil, ‘output’ kita besar berbanding dengan filem Hollywood atau Bollywood,”

-kata penerbit filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! S Baldev

BERIKAN KARYA TERBAIK

S Baldev berkata, pembikin filem tempatan memang bekerja keras untuk memberikan karya terbaik untuk penonton.

“Justeru, saya sangat berharap kerajaan beri perhatian sewajarnya dengan membantu membawa filem tempatan ke peringkat global,”

-ujarnya lagi..

Mengenai filem baharu bergenre seram Musyrik – Api Neraka Menantimu!, mesej ingin disampaikan dalam filem terbitannya sama seperti Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.

BINA KUATAN DALAMAN DAN KEIMANAN

“Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan membangkitkan martabat orang Melayu.

Musyrik – Api Neraka Menantimu! pula membina kekuatan dalaman dan meningkatkan keimanan seseorang daripada memilih jalan salah kerana api neraka akan menanti.

“Walaupun saya bukan beragama Islam, saya berminat untuk mempelajari mengenai agama lain dan percaya Tuhan hanya satu.

“Malah, pasukan produksi kami juga buat kajian secara mendalam termasuk bertemu ustaz demi merealisasikan filem ini,” katanya.

SASARAN KUTIPAN?

Hanya menyerahkan kepada penonton untuk menilai hasilnya. Semua orang tanpa mengira agama dan bangsa boleh menonton filem ini. Ia sesuai untuk tontonan seluruh masyarakat,” katanya.

Menampilkan barisan pelakon popular seperti Ariel Zafrel, Ruhainies dan Ashraf Muslim selaku teraju utamanya.

Selain itu, ia turut dibarisi pelakon, Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi.

Bakal ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 7 Julai ini.

FILEM LAIN YANG BAKAL DITAYANGKAN

Antara senarai filem tempatan lain yang bakal ditayangkan di pawagam mengikut Skim Wajib Tayang termasuklah Bintang Hatiku pada 28 Julai ini, Jerangkung Dalam Almari (4 Ogos), Air Force The Movie: Selagi Bernyawa (25 Ogos) dan Anak Rimau (1 September).

Tidak ketinggalan, filem Juang (8 September), Ada Hantu 2 (15 September), Zaara (22 September), Rasuk dan Biko (29 September) dan banyak lagi.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge