DURIAN & CULTURAL FEST 2022 RUGI SIAPA TAK JOIN, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Jika anda minat durian mungkin ini berita baik buat anda. Nak makan buffet durian sambal berhibur? Ini untuk anda
DURIAN & CULTURAL FEST 2022
Terbaru Durian & Cultural Fest 2022 telah diadakan selama dua hari pada 16 & 17 Julai 2022. Lokasi kali ini bertempat di Piazza Tingkat 3 Pavillion Bukit Jalil. Ia diadakan sempena meraikan budaya dan pelancongan Malaysia melalui salah satu faktor iaitu makanan.
PERASMIAN BERSAMA
.Majlis perasmian telah dilaksanakan oleh YBrs. Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof, Pengarah Kanan, Domestik & Acara Pelancongan Malaysia.
Ia sebagai sokongan kepada jenama Dking yang berusaha bersama-sama memartabatkan buah tempatan terutama durian didalam pelancongan Malaysia.
“Malaysia’s International Durian & Culture Fest 2022 adalah contoh utama tarikan pelancong untuk penduduk tempatan dan warga asing untuk melawat ibu negara Malaysia.
Nikmati pelbagai jenis durian, buah-buahan tropika dan makanan tempatan yang ditawarkan oleh Malaysia.”
-kata YBrs. Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof.
Kehadiran beliau menunjukkan sokongan pada Dking agar meneruskan kejayaan mereka dalam membangkitkan pelancongan Malaysia.
MISI DKING
Dari awal ialah untuk “membuatkan semua orang menyukai durian’. Bukan hanya sebagai buah tetapi juga dalam hidangan mahupun pemanis mulut.
Menanti dengan penuh harapan agar satu hari nanti secara reality Hari Durian dikenali sebagai hari rasmi untuk durian di Malaysia.
BUFFET DURIAN.
Nama pun buffet jadi anda boleh nikmati durian sebanyak mana yang ada suka. Durian yang ditawarkan adalah XO, Udang Merah, Hor Lor dan lain-lain. Nak Musang King pun ada juga cuma harganya berlainan
- Tarikh : 16 dan 17 Julai 2022
- Harga adalah RM 88 seorang
- Tempoh masa : 1 jam
- Lokasi: Piazza, Level 3, Pavilion Bukit Jalil
CULTURAL FEST 2022
Kalau sebelumnya berkongsi tentang durian kali ini tertumpu pada kebudayaan. Sambil menikmati durian, anda boleh juga menikmati hidangan buah tropika dari Nature Farm.
Ada juga kuih-kuih nyonya tradisional oleh Aroma Nyonya. Nak lagi?
Pertunjukan fesyen oleh Miss Kebaya Malaysia diketuai oleh Nicole Fe Lynne dan Jessica Loo yang terkenal dengan persembahan violin.
KONGSI PENGASAS DKING
“Kami percaya festival ini berfungsi sebagai representasi kepelbagaian Malaysia yang disatukan oleh makanan yang unik dan lazat. Sambil kami berusaha untuk menyumbang untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga makanan Asia Tenggara.
Kami bukan sahaja berharap dapat memainkan peranan penting dalam memamerkan budaya dan tarikan pelancong kami. Tetapi juga berharap pengunjung akan digalakkan untuk merasai pengalaman Malaysia apabila mencuba makanan kami”
-kata Encik Leron Yee, Pengasas Dking.
Malaysia’s International Durian & Culture Fest 2022 merupakan satu acara oleh Dking untuk menaikkan semangat rakyat Malaysia dan negara untuk masa hadapan.
Website|