KLINIK NUR RAISHA TAWAR RAWATAN AESTETIK, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Masing-masing inginkan wajah yang cantik dan kelihatan anggun senantiasa.

Bagaimana jika ada cacat cela atau parut yang boleh mengganggu sedikit sebanyak dalam kehidupan.

Dengan adanya sebab ini, ramai yang mencari-cari dan tercari-cari rawatan aesetetik untuk membantu mengurangkan/ menghilangkan mahupun memperbaikinya.

Tahukah anda yang di luar sana memang banyak klinik- klinik mahupun spa yang membuat rawatan aestetik?

Jadi pastikan anda mendapat rawatan di klinik yang betul dan bertauliah. Sebut pasal bertauliah ini KP ingin kongsikan berita untuk anda semua.

KLINIK NUR RAISHA

Tahniah buat Klinik Nur Raisha diatas pembukaan cawangan klinik yang ke-2 berlokasi di Publika, Solaris Dutamas. Klinik beroperasi setiap hari kecuali hari khamis bermula dari 9 pagi hingga 6 petang

Bukan baru di bidang ini rupanya sudah lebih 5 tahun beroperasi dimana cawangan pertama terletak di Puncak Alam.

Sememangnya disini bukan sahaja menawarkan pelbagai rawatan aestetik tetapi juga menawarkan kesihatan am. Semua urusan di sini dikendalikan oleh doktor bertauliah yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini.

RUANG SELESA DAN PINK!

Anda peminat pink? Jika ye ini bakal membuat anda rasa gembira. Dari jauh kelihatan warna pink pasti takkan sesat.

Warna yang sejuk mata memandang dan jua ruang untuk menunggu mahupun menerima rawatan sangat luas dan selesa.

RAWATAN AESTETIK

Antara rawatan yang ada di sini seperti

  • Perut
  • Jerawat
  • Pigmentasi
  • Turun Berat Badan
  • Muka OxyGeneo 3 dalam 1

Untuk laser pula seperti

  • Keratosis & Ketuat
  • Tahi Lalat
  • Xanthelasma
  • Threadlift

ADA KOLABORASI KE UNTUK PRODUK YANG DIGUNAKAN

Jika anda membuat rawatan di sini, produk-produk yang digunakan terutama sekali penjagaan wajah adalah dari jenama sendiri. Dihasilkan daripada formulasi hasil penyelidikan dari doktor yang hebat.

Mana taknya, hasil menunjukkan ia dapat membantu dalam mempercepatkan proses rawatan aestetik yang dibuat oleh para pelanggan.

MESIN YANG DIGUNAKAN?

Dalam sibuk bertanya tentang rawatan, terselit juga perasaan ingin tahu tentang mesin yang bakal digunakan. Dikatakan setiap rawatan disini menggunakan peralatan berteknologi tinggi.

Ada yang dibawa khas dari Korea dan juga Amerika Syarikat. Waa… ini memang memberi jaminan untuk memastikan perkhidmatan yang terbaik buat para pelanggan.

Dari teknologi terkini dan terbaru laser digunakan untuk lebih pantas, selamat dan penting kurang rasa sakit.

HARGA MAMPU MILIK KE?

Pasti bila diaju tentang rawatan aestetik ini, perkara pertama diminda adalah harga. Adakah harganya mampu milik atau boleh cecah ribuan untuk satu-satu rawatan.

Di Klinik Nur Raisha, caj yang dikenakan dari RM 200 keatas bergantung kepada jenis masalah kulit yang dihadapi mahupun rawatan yang dilakukan.

Tiada ‘hidden charges’ disini, semua harga termasuk dengan konsultasi doktor dan rawatan.

SIAPA DISEBALIK KLINIK NUR RAISHA

Diasaskan oleh Dr. Wan Hidayu binti Wan Ahmad. Mempunyai ijazah dalam bidang perubatan daripada Universiti Malaya pada tahun 2011. Pernah berkhidmat di Hospital Sungai Buloh dan juga Pusat Darah Negara.

Klinik ini telah mula beroperasi pada tahun 2017. Pasti ada tertanya apa signifikasi nama Nur Raisha? Sebenarnya nama Nur Raisha diambil sempena dengan nama anak perempuannya.

MEMPUNYAI KELAYAKAN DALAM AESTETIK

Melanjutkan pelajaran hingga ke Diploma Aesthetic Medicine dari America Academy of Aesthetic Medicine, Amerika. Selain itu juga Dr. Wan mempunyai pengalaman dalam bidang kecantikan

Terutama sekali pakar dalam membuat rawatan jerawat, laser untuk rawatan parut, filler dan juga thread lifting.

Dengan bercita-cita untuk memperkembangkan lagi rawatan aestetik ini ke setiap negara, secara tidak langsung membuka peluang untuk lebih ramai usahawan untuk berkolaborasi.

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge