SUBANG PARADE MERDEKA FIESTA ADA FESYEN SHOW, MEMANG BEST!

SUBANG PARADE MERDEKA FIESTA ADA FESYEN SHOW, MEMANG BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bahang kemerdekaan dah makin dekat, mana taknya tinggal lagi kurang dari 3 hari sahaja.

SUBANG PARADE MERDEKA FIESTA

Pertunjukan fesyen sulung yang menampilkan pereka tempatan diadakan sempena Subang Parade Merdeka Fiesta. Pelancaran diserikan dengan kehadiran YAM tengku Temenggong Perlis Dato’ Seri DiRaja Syed Amir Abidin Jamalulail.

Turut hadir juga YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati dan Johari Shukri bin Jamil – Ketua Pegawai Eksekutif Hektar REIT.

PEREKA FESYEN ANTARABANGSA

Acara pembukaan bagi pertunjukan fesyen kali ini menyaksikan barisan fesyen yang diperkenalkan oleh pereka tempatan. Antaranya Calvin Thoo, Thoods, Deez, My Syakirin, Tengku Kery, ByTwoo dan Bujins.

CALVIN THOO

Siapa saja yang tidak kenal dengan pereka fesyen yang ini. Minatnya terhadap fabrik halus dan sulaman rumit baju kurung moden . Diraikan kerana pengkhususannya dalam pakaian tradisional dan keratan.

Mempamerkan juga barIsan fesyan istimewanya yang mengingatkan penonton yang hadir tentang semangat Merdeka.

Buka setakat pertunjukan fesyen di Paris, Australia, China, Thailand jua Indonesia tetapi juga mereka bentuk untuk Keluarga Diraja Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor dan Perlis.

‘Inspirasi saya untuk barisan fesyen hari ini adalah ekspresi bebas tradisi bertemu abad ke-21. Tetap memikat dan mengingatkan zaman dahulu’.

ANTARA FESYEN YANG SEMPAT DIRAKAM

DARI CALVIN THOO

REKAAN MIROL JONIT

BUJINS

TOODS

AKTIVITI SEMPENA KERMERDEKAAN

‘Sebagai penaja dan rakyat Malaysia yang bangga, Subang Parade berbesar hati untuk mempersembahkan Fiesta Merdeka dan Pertunjukan Fesyen Batik, Tenun dan Songket.

Kami amat berbangga mempamerkan budaya kita dan yang terbaik dari Malaysia. Tidak sabar untuk bekerjasama dengan bakat tempatan. Bakal menjadikan pusat membeli-belah kami kembali meriah dengan aktiviti dan acara menarik.’

-kata Ketua Pegawai Eksekutif Hektar REIT, Johari Shukri

BILA DIANJURKAN?

Bermula dari 27 Ogos hingga 31 Ogos 2022, antara aktiviti yang ada pertunjukan fesyen, persembahan oleh selebriti tempatan termasuk bazar yang menampilkan barangan buatan dan keluaran tempatan.

Ada juga demonstrasi memasak makanan tempatan, ‘petting zoo’ untuk anak-anak agar dapat menghabiskan masa bersama.

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge