Walaupun baru saja enam hari berpuasa tapi masing-masing sibuk dengan persiapan untuk Hari Raya bukan? Apa kata jom tengok apa yang ada di Marks & Spencer (M&S).
MARKS & SPENCER (M&S)
Sempena Raya ini, Marks & Spencer (M&S) menyambut semangat perayaan dengan rangkaian eksklusif fesyen yang bergaya namun sopan, hamper yang penuh makna, serta hidangan lazat—dicipta untuk menyatukan seluruh keluarga dengan gaya yang mempesona. Koleksi khas ini bukan sahaja meraikan tradisi, tetapi turut mencipta momen bermakna bersama insan tersayang, menjadikan setiap detik Raya lebih istimewa dan bergaya.
FESYEN
GAYA DISULAM KESELESAAN
Dari gaun longgar hingga padanan versatil yang direka untuk memudahkan anda bergaya, M&S menawarkan fesyen yang bukan sahaja menawan tetapi juga selesa dipakai. Pilihan ideal untuk perjumpaan keluarga dan mengunjungi rumah terbuka.
BAJU SATIN OMBRE
Menampilkan potongan yang anggun dengan fabrik ringan, memastikan anda kekal bergaya dan selesa sepanjang hari.
KEMEJA JACQUARD
Untuk penampilan yang lebih elegan, Kemeja Jacquard yang dipadankan dengan Seluar Satin Wide Kaki Lebar adalah kombinasi yang kemas namun santai. Membolehkan anda menikmati setiap detik istimewa bersama insan tersayang.
KEANGGUNAN DALAM SETIAP LANGKAH
Nyatakan gaya anda Raya ini dengan padanan elegan yang menggabungkan sentuhan moden dan pesona abadi. Blaus Precious dan Skirt Precious merupakan padanan elegan dengan tekstur floral putih tona atas tona, menambahkan dimensi dan sofistikasi.
BLAUS & SKIRT PRECIOUS
Direka dengan teliti, set ini menghadirkan keseimbangan antara keanggunan dan keselesaan—sesuai untuk diraikan bersama insan tersayang, sama ada dalam suasana intim atau kemeriahan rumah terbuka.
BLAUS & SKIRT PLISSE
Untuk siluet yang lebih ringan dan beralun, Blaus Plissé dan Skirt Plissé menawarkan pergerakan anggun dengan fabrik sifon. Tersedia dalam warna gading dan akua lembut, padanan serba boleh ini membawa pesona lembut persis bidadari ke dalam perayaan anda, memastikan anda melangkah ke setiap keraian dengan penuh keyakinan dan keselesaan.
BERAYA DALAM KEHARMONIAN
Dakap keriangan ketika bersama melalui koleksi busana yang memastikan anda dan insan tersayang tampil siap menawan sepanjang Raya.
LINEN GRANDAD
Kemeja Linen Grandad yang dipadankan dengan Chinos Linen Potongan Biasa mencipta gaya segak dan santai, menjadikannya pilihan versatil untuk pelbagai acara.
Untuk penampilan yang lebih menonjol, Seluar Palazzo Satin menawarkan potongan yang elegan dengan alunan fabrik yang lembut. Dipadankan dengan Leher Slash Polos yang minimalis, kombinasi ini memancarkan pesona sofistikasi—sempurna untuk setiap sambutan Raya.
GAUN PLISSE
Sementara itu, si kecil boleh menari riang dalam Gaun Plissé, rekaan bertekstur indah yang melambangkan keceriaan dan kemeriahan Hari Raya.
BUAH TANGAN UNTUK TETAMU
PEMBERIAN HAMPER
Selain daripada koleksi fesyen bergaya, sambutan Raya tidak lengkap tanpa kegembiraan dalam memberi bingkisan dan berkongsi juadah bersama yang tersayang. M&S memeriahkan perayaan anda dengan pelbagai pilihan hamper dan hidangan istimewa!
HADIAH ISTIMEWA
Disusun dengan penuh teliti, hamper ini adalah hadiah teristimewa untuk menyebarkan kegembiraan kepada keluarga dan rakan. Direka untuk melengkapi kemeriahan Raya, ia sesuai untuk seluruh keluarga. Sama ada untuk ahli keluarga, sahabat, atau rakan sekerja, hamper ini menjadi tanda kasih dan keikhlasan yang bermakna.
Tersedia dalam pelbagai pilihan, hamper eksklusif ini ditawarkan pada harga antara RM219 hingga RM899 dan boleh didapati di kedai serta dalam talian di www.mnshamper.com.
SANTAPAN RAYA
GABUNGAN PADU ANTARA
Raikan Raya dengan gabungan padu antara kemudahan dan keenakan melalui pilihan hidangan lazat serta berkualiti:
● Sup Krim Cendawan – Sup berkrim dan kaya dengan cendawan bumi yang dimasak perlahan hingga empuk, memberikan permulaan yang hangat dan menyelerakan untuk hidangan Raya anda.
● Sup Kacang Pea dan Pudina – Gabungan kacang pea segar dan pudina aromatik dengan crème fraîche yang lembut, menghasilkan sup ringan namun penuh rasa, membangkitkan selera dan memberi tenaga sepanjang perayaan.
● Sup Lentil dan Tomato Berempah – Sup menyelerakan dan mengenyangkan, menggabungkan rasa kaya kacang dal dengan kehangatan tomato serta rempah aromatik.
● Teh Uncang Strawberi and Raspberi – Pilihan ideal untuk berehat atau menyajikan minuman segar kepada tetamu, teh ini menambahkan sentuhan buah-buahan ringan pada kemeriahan Raya anda.
● Teh Uncang Lemon and Halia – Campuran sitrus yang menyegarkan dengan kehangatan halia, teh ini memberikan ketenangan serta penutup yang melegakan untuk pertemuan bersama.
● Kopi Kisar Colombia – Nikmati kelembutan rasa kopi kami dengan nota karamel dan blackcurrant—pilihan ideal untuk permulaan pagi yang bertenaga atau hidangan selepas makan.
DETIK MANIS, DIKONGSI BERSAMA
Lengkapkan sambutan Raya anda dengan sajian lazat yang boleh dinikmati kala berbual mesra dan gelak tawa bersama insan tersayang. Dengan pelbagai pilihan snek yang diperbuat dengan penuh kepakaran, jadikan Raya kali ini lebih istimewa.
SELEKSI COKLAT DAN BISKUT
Dengan seleksi coklat, biskut, dan kudapan yang menggoda dari M&S—kini tersedia di kedai dan dalam talian.
● Biskut Belgium – Pelbagai pilihan biskut mentega rangup yang cukup sempurna dinikmati bersama secawan teh hangat.
● Pelbagai Coklat Belgium – Coklat mewah dengan tekstur berkrim yang cair dalam mulut, memberikan pengalaman rasa yang benar-benar memuaskan.
● Cornflake Coklat Kecil – Rangup kepingan jagung bersalut coklat lazat yang menambah kelainan pada meja snek Raya—sesuai untuk dinikmati oleh kanak-kanak dan dewasa.
● Pelbagai Truffle Swiss – Koleksi truffle Swiss yang lembut dan berkrim, pasti menambahkan sentuhan istimewa pada perayaan anda.
Dengan M&S, alami gabungan sempurna antara kemudahan, gaya, dan kepelbagaian untuk sambutan Raya yang benar-benar bermakna.