Sensodyne Clinical White Dilancar di Malaysia: Revolusi Pemutihan Gigi Tanpa Kompromi Sensitiviti.
SENSODYNE CLINICAL WHITE
Jenama penjagaan oral terkenal, Sensodyne, secara rasmi melancarkan produk premium terbaharunya, Sensodyne Clinical White, di Malaysia — memperkenalkan standard baharu dalam dunia pemutihan gigi tanpa menjejaskan keselesaan pengguna.

Dilancarkan oleh Haleon Malaysia, produk ini direka khas untuk menangani dilema utama pengguna: mendapatkan senyuman lebih putih tanpa risiko sensitiviti gigi. Majlis pelancaran yang berlangsung di Edenmill menampilkan pendekatan “science-meets-beauty”, memperlihatkan bagaimana inovasi ini berfungsi secara klinikal dan selamat untuk enamel.
TEKNOLOGI KLINIKAL
PUTIH LEBIH CERAH, TANPA RASA NGILU
Sensodyne Clinical White tampil dengan formulasi dwi-tindakan yang terbukti secara klinikal dimana Memutihkan gigi sehingga 2 tona dalam 8 minggu, memberi perlindungan sensitiviti 24/7 dan teknologi low-abrasive & enamel-safe. Menurut kajian, ramai pengguna sering terpaksa memilih antara gigi putih atau keselesaan — namun produk ini menghapuskan kompromi tersebut.
PAKAR PERGIGIAN SOKONG PENDEKATAN BERASASKAN SAINS
Pakar pergigian estetik, Dr Dylan Ong, menjelaskan bahawa sesetengah produk whitening boleh merosakkan enamel dan meningkatkan sensitiviti.

“Apabila enamel terhakis, rangsangan seperti minuman panas atau sejuk boleh menyebabkan ketidakselesaan. Oleh itu, penting untuk memilih produk yang melindungi enamel sambil memutihkan gigi,” katanya.
Ini menjadikan Sensodyne Clinical White sebagai pilihan lebih selamat untuk penggunaan harian.
DUA VARIAN KHUSUS UNTUK KEPERLUAN BERBEZA
Produk ini hadir dengan dua varian utama:
STAIN PROTECTOR
✔ 7x lebih berkesan menanggalkan kotoran
✔ Sesuai untuk pengguna kopi, teh atau tembakau
ENAMEL STRENGTHENING
✔Melindungi enamel sebelum & selepas rawatan whitening
✔ Mengurangkan risiko sensitiviti

TREND KESIHATAN MULUT RAKYAT MALAYSIA SEMAKIN MENINGKAT
Menurut kajian Kantar 2025:
✔ 58% rakyat Malaysia mengalami sensitiviti gigi
✔ 39% berdepan masalah perubahan warna gigi
✔ 44% mengalami kedua-dua masalah serentak
Data ini menunjukkan keperluan mendesak untuk solusi yang menggabungkan pemutihan dan perlindungan sensitiviti — yang kini ditawarkan oleh Sensodyne Clinical White.
KEMPEN ‘NO COMPROMISE’ PERKUKUH KEYAKINAN PENGGUNA
Pelancaran ini turut disokong oleh kempen “No Compromise with Sensodyne Clinical White”, menekankan bahawa pengguna tidak lagi perlu memilih antara kecantikan dan keselesaan. Melalui demonstrasi langsung seperti ujian kesan kopi dan aktiviti interaktif, pengguna dapat melihat sendiri keberkesanan produk ini dalam menanggalkan kotoran sambil melindungi gigi.

LANGKAH BARU DALAM PENJAGAAN ORAL HARIAN
Dengan gabungan teknologi klinikal, perlindungan enamel dan hasil pemutihan yang terbukti, Sensodyne Clinical White menetapkan penanda aras baharu dalam kategori ubat gigi whitening di Malaysia. Produk ini sesuai untuk mereka yang mahukan senyuman lebih cerah — tanpa rasa ngilu dan tanpa kompromi.
