RAIKAN RAMADAN BERSAMA MARKS & SPENCER, PASTI BEST!

RAIKAN RAMADAN BERSAMA MARKS & SPENCER, PASTI BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sempena bulan Ramadan, Marks & Spencer (M&S) telah melancarkan kempen terbaharu mereka; satu penghormatan kepada nilai kebersamaan dan kegembiraan.

KEMPEN RAMADAN MARKS & SPENCER

Memaparkan para pelakon dan ibu, Juliana Evans dan Tasha Shilla menggayakan persalinan lebaran dan menikmati pelbagai juadah yang lazat bersama-sama insan tersayang.

Menyaksikan penyatuan mereka pada musim Aidilfitri ini apabila Juliana Evans dan keluarga menyambut kedatangan Tasha Shilla dan keluarga ke rumahnya, dan bersama menikmati pilihan premium M&S.

Kempen ini meraikan semangat musim lebaran dan menggalakkan penonton untuk utamakan meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga dan rakan taulan.

TAWARAN PREMIUM

Memperkenalkan rangkaian tawaran premium, M&S ingin menambahkan keceriaan Hari Raya
anda dengan makanan yang menyelerakan, pencuci mulut yang lazat, dan pakaian yang elegan.

Koleksi Raya M&S dipenuhi dengan khazanah yang menyeronokkan. Menanti untuk ditemukan oleh mereka yang ingin menciptakan kenangan manis yang akan diingati selama-selamanya.

GABUNGAN GAYA ANGGUN DAN SELESA

Koleksi fesyen Ramadan M&S sesuai untuk seisi keluarga, tanpa mengorbankan gaya dan
keselesaan.

Hari Raya ini, serlahkan gaya fesyen anda seperti Juliana dan Tasha dengan corak terang dan
warna yang ceria.

Gaya yang sederhana namun tak lapuk dek zaman sungguh versatil. Namun tetap anggun dan sofistikated – sesuai untuk pemakaian dari siang ke malam dengan begitu mudah.

KHAS UNTUK WANITA

Rangkaian pakaian wanita termasuk blaus yang chic serta gaun midi dan maxi yang mengalir,
boleh didapati dalam warna biru lembut, fuchsia, dan hijau damai.

Dihiasi pula dengan bahagian pinggang labuh, bahu puff kembung dan lengan gaya manset, rekaan fesyen ini menyerlahkan lagi keayuan dan kewanitaan si pemakai.

UNTUK LELAKI

Koleksi pakaian lelaki M&S menampilkan baju-baju yang wajib ada dalam koleksi pakaian anda,
seperti seluar chino dan kemeja Oxford 100% kapas.

Untuk penampilan yang ringkas pula, rangkaian linen M&S menyediakan baju kemeja yang diperbuat khas daripada fabrik tulen, kolar klasik dan plaket butang tersembunyi agar tampak segak.

Bagi yang mahukan gaya yang kasual, kasut trainer dan loafer Marks & Spencer adalah pilihan terbaik untuk rupa yang kemas dan tampan.

ANAK-ANAK PUN ADA

Menampilkan personaliti anak-anak dengan koleksi pakaian kanak-kanak M&S. Kanak-kanak
perempuan bergerak selesa dalam gaun bercorak bunga dan skirt beropol-ropol yang menawan.

Manakala kanak-kanak lelaki boleh bermain dalam pelbagai baju kapas ciri jalur dan bersulam,
yang dipadankan dengan seluar pendek chino kapas.

Bermula dari 7 sehingga 24 April, pembeli boleh menunjuk gaya hebat dengan harga yang
berpatutan melalui promosi Spend and Save Marks & Spencer.

Nikmati potongan RM50 untuk setiap perbelanjaan RM350, serta diskaun RM100 untuk setiap perbelanjaan RM600.

SELEKSI WAJIB HARI RAYA

Jamulah tetamu anda dengan biskut klasik Marks & Spencer, yang amat sesuai disajikan dengan teh atau kopi. Banyak pilihan boleh didapati seperti Digestive Biscuits, Rich Tea Biscuits dan Almond Biscuits.

Mix and match beraneka jenis pilihan ideal untuk tetamu anda. Dengan pembelian tiga atau lebih pek biskut berkualiti tinggi ini, dapat 15%.

Snek dan pencuci mulut daripada Marks & Spencer tentunya menjadi kegemaran ramai. Cheese
Twist, Redcurrant Puff dan Belgian Chocolates.

Dibuat dengan bahan-bahan premium dengan penuh teliti bagi memastikan pengalaman yang lazat dan memuaskan dalam setiap gigitan.

MINI BITES SEDAP

Sama ada anda melayan tetamu atau mencari hidangan istimewa untuk diri sendiri, produk
kegemaran ini pasti menarik perhatian anda.

Mini bites Marks & Spencer seperti Chocolate Brownie, Chocolate & Orange dan Chocolate Cornflakes, yang dijamin dapat mengukir senyuman di wajah tetamu anda.

Dengan promosi beli dua pada harga RM57 (mix and match), tetamu anda tentunya akan puas hati dengan pilihan pelbagai perisa yang menarik.

BERKAT BERKONGSI REZEKI

M&S menawarkan set hamper yang dipilih susun khas dengan pelbagai item kegemaran ramai dimana para pembeli boleh pilih antara 7 pilihan hamper.

Seperti Festive Treat, Raya Selection, Fancy Treats, Luxurious Selections, Extravagant Selections, Lavish Indulgence atau Delightful Opulence.

Hamper ini berharga antara RM199 dan RM999. Hamper edisi terhad ini boleh dibeli secara dalam talian MNS Hamper serta di stor M&S seluruh negara bermula 22 Mac.

SPIN AND WIN

Sempena Hari Raya ini, M&S Suria KLCC melancarkan peraduan Spin and Win bermula 7 sehingga 16 April. Pelanggan perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM280 dalam satu resit berpeluang memutar roda untuk memenangi pelbagai hadiah dan tawaran yang menarik.

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge