GEROBOK BIRU GEGAK GEMPITA RAYA 2025: APA YANG BEST!

Gerobok Biru Gegak Gempita Raya 2025: Festival Raya terbesar dan terlama di Malaysia.

GEROBOK BIRU GEGAK GEMPITA RAYA 2025

Pasti ramai yang tercari-cari untuk persiapan raya kan? Lelagi yang masih sibuk berkerja hingga larut malam dan mungkin tidak kesampaian untuk ke ‘outlet’ atau kedai untuk membeli. Ini berita baik untuk anda ye!

FESTIVAL JUALAN RAYA

Festival jualan raya paling dinanti-nantikan, Gerobok Biru Gegak Gempita Raya, bakal berlangsung di WTC Kuala Lumpur dari 14 hingga 24 Mac 2025. Selama 11 hari dan 196 jam, acara ini bukan sekadar pameran jualan.

Tetapi satu pengalaman penuh warna-warni yang menggabungkan festival raya dan festival makanan dalam satu acara besar-besaran dimana tagline yang mereka tekankan “Shopping Awal Tak Kalut”. 

BAKAL MASUK MALAYSIA BOOK OF RECORDS

Dengan pencapaian yang bakal tercipta dalam Malaysia Book of Records sebagai festival raya terpanjang dan terlama di Malaysia, Gerobok Biru Gegak Gempita Raya menjanjikan pengalaman membeli-belah yang luar biasa buat pengunjung.

Pelbagai tarikan istimewa telah dirancang, termasuk cabutan bertuah harian dengan lebih 300 gold coin serta hadiah utama berupa sebuah kereta elektrik (EV Car) yang pastinya akan menarik perhatian ramai. 

PERSEMBAHAN ARTIS PUN ADA

Lebih daripada sekadar tempat membeli-belah, festival ini juga akan dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan setiap malam, memastikan suasana lebih meriah dan penuh hiburan.

RASA FUSION FOOD FESTIVAL

Selain itu, 80 booth makanan eksklusif dari Rasa Fusion Food Festival akan menawarkan pelbagai juadah enak bagi memeriahkan suasana Ramadan, menjadikannya festival pertama yang menggabungkan pameran raya dan festival makanan dalam bulan puasa. 

APA YANG BEZA DARI FESTIVAL YANG LAIN

Keunikan festival ini diperkukuhkan dengan adanya live booth percuma bagi vendor terpilih serta sesi podcast harian sepanjang acara, yang akan membincangkan pelbagai topik menarik berkaitan persiapan raya dan trend terkini.

Acara ini juga akan dimeriahkan dengan kehadiran jenama terkenal seperti Prima Valet dengan barisan duta-duta mereka. Serta selebriti dan influencer terkenal seperti Ashraf Muslim, Kak KM, Emy Takal, Ifik Takal, Bella Hanna, Aisyah Rahim, Nurul Ellyna, Iddin Ramli

Juga beberapa food influencers lain yang bakal menjadi daya penarik tambahan kepada festival ini. 

Pihak penganjur Mivas City Sdn Bhd bersama rakan strategik akan berkongsi lebih lanjut mengenai pelbagai aktiviti dan kejutan menarik yang bakal berlangsung sepanjang festival ini. 

BUKAN FESTIVAL BIASA

Gerobok Biru Gegak Gempita Raya bukan sekadar festival biasa, tetapi satu platform yang mengangkat keunikan budaya, gaya hidup dan tradisi rakyat Malaysia dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dengan pelbagai pilihan fesyen raya, biskut tradisional, gajet dan telco, dekorasi rumah, produk kecantikan serta banyak lagi, pengunjung pasti akan menemui segala keperluan mereka di bawah satu bumbung. 

Acara ini mendapat sokongan daripada WTC Kuala Lumpur sebagai Official Venue, Specta sebagai Strategic Partner, Rasa Fusion Food Festival sebagai Official Food Festival, Ombak Exclusive sebagai Official Printing Partner serta VNM Studio sebagai Official Media Partner. 

Email : sales.gerobokbiru@gmail.com | Instagram : @gerobokbiru 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge