Kerjasama Tiga-Hala Antara Membantu Seni Kreatif Tempatan Menembusi Ruang Komersil. Kini Converse MY memperkasa seniman muda.
CONVERSE MY
Jumaat 28hb Februari ini menyaksikan pelancaran Creative Exploration, sebuah aktivasi jenama untuk Converse MY di bawah kempen LOVE, CHUCK sedunia.
Majlis pelancaran ini dirasmikan oleh tetamu kehormat YBhg. Datuk Seri Shamsul Iskandar, Setiausaha Politik Kanan YAB Perdana Menteri Malaysia.
KERJASAMA TIGA PIHAK
Aktivasi ini melibatkan kerjasama besar antara tiga pihak – Converse MY (pengurusan jenama Converse untuk pasaran
Malaysia), Balai Seni Negara (peneraju bidang seni visual negara dan wakil komuniti seni visual tempatan). Serta UiTM dan MIA (wakil fakulti seni kreatif dari institusi-institusi pengajian tinggi negara).
LOVE, CHUCK
Adalah sebuah kempen aktif sepanjang tahun untuk merapatkan jurang antara jenama dan budaya melalui di serata dunia. Kempen ini menjana kreativiti pengurusan pasaran tempatan Converse untuk bergiat dalam aktivasi-aktivasi yang melibatkan penggerak- penggerak budaya di negara masing-masing.
CREATIVE EXPLORATION
Adalah antara usaha utama pasaran Converse MY (Malaysia) untuk kempen LOVE, CHUCK sepanjang 2025. Aktivasi ini menyaksikan Converse MY, Balai Seni Negara.
Serta UiTM dan MIA menggembleng tenaga untuk membina sebuah platform mampan yang mampu meraikan semangat kemandirian dalam membangun budaya seni akar umbi untuk seni kreatif tempatan.
HASILKAN KARYA SENI DENGAN KASUT CHUCK TAYLOR
Dalam aktivasi ini, pelajar-pelajar terpilih dari UiTM dan MIA bakal menghasilkan karya-kerya seni dengan kasut Chuck Taylor sebagai bahan utama.
Karya-karya ini akan dipamerkan di Art Depot, Balai Seni Negara dari 28hb Feb – 12hb April, sebelum karya-karya terpilih diperagakan di cawangan-cawangan utama Converse di sekitar Lembah Klang.
SUAI-KENAL BALAI SENI NEGARA
Creative Exploration membantu memberi pendedahan awal kepada pengamalan dan aplikasi seni dalam ruang fesyen komersil untuk pelajar-pelajar yang terlibat. Ia juga membantu
mereka bersuai-kenal dengan Balai Seni Negara (peneraju seni visual negara) dan komuniti pengamal seni tempatan secara amnya.
Ini secara tak langsung turut menempatkan Balai Seni
Negara sebagai sebuah lokasi acara dan kegiatan yang baik, meningkatkan lagi reputasinya sebagai rakan kerjasama yang strategik dalam seni kontemporari Malaysia.
CIPTA BAKAT BARU
Selain dari itu, aktivasi Creative Exploration ini juga turut memasarkan UiTM dan MIA institusi- institusi pengajian tinggi yang prolifik dan berdaya saing dalam mencipta bakat-bakat baharu untuk industri seni kreatif tempatan.
Penglibatan mereka adalah bukti komitmen mereka dalam menjalin hubungan kerjasama mampan dan berlanjutan dengan pelbagai pihak dalam memenuhi amanah mereka sebagai pendidik
PELUANG MENARIK BAKAT BARU
“Creative Exploration ini adalah satu contoh kegiatan yang kami raikan. Ia adalah satu peluang yang unik dan menarik untuk pelajar-pelajar kami mengembang sayap dan bakat mereka.
Ada banyak lagi yang boleh kita terokai dan cuba melalui aktivasi-aktivasi seperti ini, dan kami berharap yang kerjasama ini tak akan berakhir di sini saja,”
-kongsi Dr. Shaliza binti Mohd Shariff, Ketua Pengajian Seni Reka dari Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM.
SIAPA DR.SHALIZA
Beliau adalah salah seorang wakil yang penting dari UiTM dalam kerjasama ini. Kata-kata Dr Shaliza di atas turut meluahkan hasrat besar aktivasi Creative Exploration dan
Converse MY.
Menjadikan aktvasi ini suatu usaha yang berterusan dan mampan, mampu menarik penglibatan dari ramai lagi pihak-pihak yang berkongsi hala tuju dan matlamat yang sama untuk membina sebuah platform yang boleh membentuk generasi seni kreatif tempatan yang lebih berdaya saing.