ALAMANDA CERIAKAN AIDILFITRI DENGAN ANAK RUMAH BAKTI AL-KAUSAR, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Keceriaan sambutan Hari Raya Kumpulan Syarikat Suria KLCC berlanjutan ke Alamanda, Putrajaya.
ALAMANDA
Kini, Alamanda meraikan lebih dari 30 orang anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik dari Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi .
Aktiviti bermula dengan membeli-belah persiapan Hari Raya pada 21 April 2022. Ini sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR).
ANAK RUMAH BAKTI AL-KAUSAR
Kanak-kanak yang berusia antara 6 hingga 17 tahun itu tiba bersama Pengerusi Rumah Bakti Al-Kausar, Haji Razali Haji Basri serta Timbalan Pengerusi, Abu Bakar Abdul Rafar. Disambut mesra Pengurus Besar Pusat Beli Belah Alamanda, Pang Sook Fong.
Pihak pengurusan Alamanda kemudiannya membawa kanak-kanak tersebut membeli-belah sepasang kasut raya dan sut baju raya.
Mereka kemudiannya dibawa ke Centre Court di mana pusat beli-belah itu telah mencipta semula dekorasi kampung à la “Raya di Dusun Atuk”. Dihiburkan dengan persembahan Hari Raya Zapin.
SUMBANGAN BARANGAN HARI RAYA
Majlis menjadi lebih bermakna apabila rakan niaga Alamanda turut menyumbangkan barangan Hari Raya kepada kanak-kanak itu. Selepas ucapan alu-aluannya, Pang ditemani oleh rakan niaga Alamanda seperti Gene Martino, Qutn Cotton dan Dunkin’ Donuts.
Di mana kanak-kanak tersebut diberikan duit raya, persalinan baju raya daripada Gene Martino, persalinan baju raya daripada Qutn Cotton dan sekotak donat dari Dunkin’ Donuts.
Semasa berbuka puasa, anak-anak yatim tersebut tidak dapat menahan kegembiraan serta kesyukuran kerana dibenarkan memilih apa sahaja yang mereka mahu dari menu di Secret Recipe.
PERANAN PENTING MENYOKONG MASYARAKAT
“Sebagai satu-satunya pusat membeli-belah di Putrajaya, kami menyedari keperluan untuk memainkan peranan penting dalam melibatkan diri. Selain menyokong masyarakat secara aktif, terutamanya kanak-kanak yang tidak bernasib baik.
Walaupun beraya di samping rakan-rakan dan keluarga adalah penting, kita mesti sentiasa mengingati bahawa tidak ramai yang mempunyai keistimewaan ini.
Sehubungan itu, kami berbesar hati untuk berkongsi kemeriahan Hari Raya bersama anak-anak Rumah Bakti Al-Kausar.”
-Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien
BUAT RUMAH BAKTI AL-KAUSAR
“Sebagai penjaga kepada anak-anak, kami berterima kasih kepada Pusat Beli Belah Alamanda kerana telah memberikan kegembiraan kepada anak-anak ini. Juga memberi mereka peluang menyambut bulan Syawal dengan penuh kegembiraan.
Layanan istimewa daripada pihak Alamanda ini begitu bermakna untuk kami terutama kepada kanak-kanak ini.”
-Pengerusi Rumah Bakti Al-Kausar, Haji Razali Haji Basri
Rumah Bakti Al-Kausar ialah rumah kebajikan yang diasaskan pada tahun 2011 yang menyediakan tempat perlindungan kepada kanak-kanak yang memerlukan terutamanya anak yatim. Rumah itu kini menempatkan 36 kanak-kanak.