Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

PROGRAM CUCI MASJID KOLABORASI KOPETRO & SENIMAN | Program Cuci Masjid! Sejak dari penularan kerana COVID19 banyak aktiviti dihadkan untuk mengelakkan berleluasa. Termasuk program atau kempen amal.

PROGRAM CUCI MASJID

Alhamdulilah untuk kali ini diberi kesempatan untuk menyambung kembali program cuci masjid. Memandangkan sekarang bulan Ramadan cara norma baru, banyak perkara perlu dititikberatkan,

Antaranya, kebersihan di rumah Allah. Rumah Allah yang ini wajib kite pelihara & ambil berat terutama dalam kebersihan. Pastinya di bulan Ramadan, berterawih antara satu aktiviti yang akan dijalankan di masjid.

KOLABORASI KOPETRO & SENIMAN

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) berkolaborasi dengan Persatuan Seniman Malaysia untuk menjayakan program CSR (Customer Service Responsibility) di Masjid Al-Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur.


Program dijalankan bagi menyantuni Masjid Al-Hidayah dalam menyediakan ruang ibadat yang bersih dan selesa. Buat para qariah masjid yang bakal menunaikan solat sunat terawih sempena bulan Ramadan .

SUMBANGAN KOPETRO

KOPETRO juga memberi sumbangan kepada Masjid Al-Hidayah sempena dengan Program Cuci Masjid. KOPETRO juga prihatin dengan kebajikan ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia yang banyak terkesan dengan pandemik Covid-19.

Jadi KOPETRO juga berbesar hati berkongsi rezeki bersama ahli-ahli Seniman. Semoga Ramadan kali ini akan lebih ceria buat insan-insan seni. Insan seni yang banyak menyumbangkan bakat dan keringat mereka dalam menghiburkan hati masyarakat.

Sumbangan telah disampaikan oleh Datuk Haji Abdul Razak Hussain kepada En. Zed Zaidi, selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia. KOPETRO juga menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai. Ada juga makanan sejuk beku jenama LengQuas kepada 50 ahli Persatuan Seniman Malaysia. 

KV CLEAN

Dengan khidmat pembersihan dan disinfeksi KVCLEAN, servis daripada KOPETRO ini dijamin berkesan. Mampu untuk menghapuskan 99% virus dengan menggunakan bahan bukan toksik yang selamat dan bebas alkohol. 

PUASRAYA PROMO

Sempena Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, KVCLEAN menawarkan servis pembersihan rumah serendah RM90 untuk 3 jam manakala servis disinfeksi pula hanya RM258 untuk satu sesi.

Dapatkan promosi berbaloi-baloi PuasRaya daripada KV Clean bermula 1 April sehingga 31 May. Nak mudah? Hubungi KVClean je di 013-399678

Untuk informasi lanjut, boleh layari

KOPETRO Website | Facebook | Instagram

LENGQUAS – Website | Facebook | Instagram

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge