Watsons Plus Lot 10 Kini Dibuka! Ada 17,000 Produk, ZUS COFFEE & Macam-Macam Servis Menarik
Kalau korang jenis suka habiskan masa cuci mata sambil cari produk skincare, makeup atau barang penjagaan diri, ada satu tempat baharu yang boleh masuk dalam senarai jalan-jalan korang di Bukit Bintang!
WATSONS PLUS
Watsons Plus di Isetan Lot 10 kini dibuka sebagai cawangan Watsons ke-888 di Malaysia, sekali gus menjadi kedai kesihatan dan kecantikan terbesar negara. Dengan keluasan lebih 18,000 kaki persegi, memang banyak benda boleh diteroka di sini.

Lebih menarik, Watsons Plus bukan sekadar tempat beli skincare dan barangan penjagaan diri. Korang juga boleh jumpa pelbagai produk gaya hidup, makanan tempatan, servis kecantikan, ruang mesra keluarga dan kafe ZUS COFFEE dalam satu destinasi.
LEBIH 17,000 PRODUK
MEMANG BANYAK PILIHAN DI WATSONS PLUS
Salah satu tarikan utama Watsons Plus ialah pilihan lebih 17,000 produk merangkumi kategori kesihatan, kecantikan, kesejahteraan dan gaya hidup.
BEAUTY VERSE
Untuk peminat kecantikan, ada ruang Beauty Verse yang mengetengahkan trend J-Beauty, K-Beauty dan C-Beauty. Korang juga boleh meneroka pilihan penjagaan kulit menerusi ruang Luxe Skincare, Mask Library, Malaysian Beauty dan Slow Aging.

Bukan itu sahaja, terdapat juga ruang khas seperti Sleep & Calm, K-Health, Hair Health, Hair Experts dan Sustainability Zone. Pendek kata, kalau korang suka mencuba produk baharu atau tengah mencari rutin penjagaan diri yang sesuai, memang banyak pilihan untuk diteroka.
ADA MAKANAN JUGA
Siapa sangka masuk Watsons boleh jumpa snek dan makanan tempatan?
TASTE OF MALAYSIA
Menerusi konsep Taste of Malaysia, Watsons Plus turut menawarkan pilihan makanan dan minuman seperti produk berasaskan durian, kelapa, coklat, biskut, kerepek, aiskrim, produk tenusu, buah-buahan segar dan minuman.
Kalau nak cari cenderamata pula, ruang Malaysia Cultural Souvenir menawarkan pelbagai barangan seperti pakaian, permainan, barangan koleksi, aksesori perjalanan dan kelengkapan kediaman yang diinspirasikan daripada identiti tempatan.

ASEAN SNACKS CORNER
Ada juga ASEAN Snacks Corner untuk korang yang suka mencuba snek dari negara-negara sekitar Asia Tenggara. Menarik juga konsep ini, terutama untuk pelancong yang nak mencari produk tempatan sambil membeli-belah di tengah Kuala Lumpur.
NAK MANJAKAN DIRI?
ADA SCALP WASH, SERVIS KECANTIKAN DAN FARMASI
Selain membeli-belah, Watsons Plus turut menawarkan pelbagai servis yang boleh diterokai. Antaranya:
✔ Scalp Wash Studio by Number76 untuk pengalaman penjagaan kulit kepala
✔ Perkhidmatan kuku, kening dan bulu mata.
✔ Imbasan kulit dan kulit kepala.
✔ Watsons Pharmacy dengan perkhidmatan kesihatan dan konsultasi.
✔ Watsons Club Lounge untuk ahli.
✔ Fun Zone, ruang permainan untuk kanak-kanak.

Ada juga elemen reka bentuk yang menarik, termasuk penggunaan batik kontemporari sebagai sebahagian daripada identiti ruang.
Jadi, konsepnya bukan sekadar datang beli barang dan terus balik. Korang boleh meneroka pelbagai ruang dan servis mengikut keperluan masing-masing.
ZUS COFFEE PUN ADA DALAM WATSONS PLUS!
Peminat kopi, ini satu lagi tarikan yang boleh korang cuba. Watsons Plus turut bekerjasama dengan ZUS COFFEE untuk membawa konsep kafe khas ke dalam kedai tersebut.

Antara tawaran yang diperkenalkan ialah Iced Strawberry Blue Matcha Latté, selain sarung cawan dan pek pelekat eksklusif yang ditawarkan di Watsons Plus, Isetan Lot 10.
Jadi, kalau dah penat berjalan dan memilih produk, bolehlah singgah menikmati minuman sebelum sambung meneroka ruang lain.
KINI WATSONS ADA 888 CAWANGAN!
Pembukaan Watsons Plus turut menandakan satu lagi pencapaian buat Watsons Malaysia yang memulakan operasi dengan cawangan pertama di Johor Bahru pada 1994. Kini, selepas berkembang selama lebih tiga dekad, Watsons mempunyai 888 cawangan di seluruh Malaysia.

USAHA MEMBENTUK PENGALAMAN MEMBELI-BELAH
Menurut Caryn Loh, Pengarah Urusan Serantau Kesihatan & Kecantikan Asia AS Watson Group merangkap Pengarah Eksekutif Serantau Watsons International, Watsons Plus merupakan sebahagian daripada usaha syarikat membentuk pengalaman membeli-belah yang lebih moden melalui inovasi, pemperibadian serta gabungan pengalaman fizikal dan dalam talian.
Pembukaan cawangan ini turut menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai Kedai Runcit Kesihatan dan Kecantikan Terbesar di Malaysia.
JANGAN LUPA SINGGAH JIKA DI LOT 10!
Kalau korang berada di Bukit Bintang, bolehlah masukkan Watsons Plus dalam senarai tempat untuk disinggah. Bukan sahaja ada pelbagai produk kecantikan dan kesihatan, malah turut menawarkan makanan tempatan, servis kecantikan dan kafe dalam satu ruang.
Kalau korang dah singgah nanti, produk atau ruang mana yang paling menarik perhatian? Skincare, snek tempatan ataupun kopi ZUS COFFEE?