Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
LengQuas Frozen Memudahkan Anda Yang Senantiasa Sibuk| LengQuas ! Bukan ke ini diantara bahan yang diperlukan jika memasak rendang? Itu adalah lengkuas bukan LengQuas ya! Bunyi sama tapi ejaan lain.
LengQuas
Ianya adalah jenama frozen food atau makanan sejuk beku. Keluaran dari KOPETRO Food Sdn. Bhd. Memasuki pasaran Malaysia sejak tahun 2019 dimana lebih dari 10 hidangan lauk-pauk tradisional di hasilkan.
Makanan sejuk beku ini sebenarnya dapat membantu mereka yang kekangan masa akibat kerja. Tidak semestinya untuk ibu-ibu yang sibuk tetapi juga mereka yang single. Secara tidak langsung membantu dalam proses penyediaan hidangan.
Menurut Pengerusi KOPETRO Food, Datuk Haji Abdul Razak Bin Hussain, kini mendapat permintaan yang tinggi bagi produk-produk LengQuas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Lebih-lebih lagi sejak menawarkan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan-pelanggan sekitar Lembah Klang.
7 Menu Terbaru
Kini, selepas menerima pelbagai maklum balas dari para pembeli setia, LengQuas mengeluarkan produk terbaru iaitu tradisional dan antarabangsa. Patut mencuba seperti
🔸Daging Dendeng
🔸Daging Lemak Kuning
🔸Kari Daging
🔸Daging Lemak Kuning
🔸Kari Daging
🔸Asam Pedas Daging
🔸Kuah Kacang
🔺Beef Stew
🔺Chicken Herb Glaze
KOPETRO Food sedang dalam rundingan bersama beberapa pengeksport dalam usaha membawa produk sejuk beku LengQuas menembusi pasaran antarabangsa seawal suku kedua tahun 2021 nanti.
Mereka juga dalam usaha untuk mendapatkan sijil Veterinary Health Mark (VHM) dari Jabatan Perkhidmatan veterinar bagi membolehkan produk keluaran dapat dieksport ke luar negara.
Hidangan Tradisional
Dengan produk yang ada sebelum ini boleh di makan begitu sahaja atau di makan bersama roti, nasi putih dan sebagainya. Antara hidangan tradisional yang sudah berada di pasaran;
Paru Goreng Berlada, Ayam Masak Merah, Ayam Percik ,Sambal Ikan Bilis, Ayam Masak Hitam dan Ayam Rendang
Ready To Eat
Untuk produk makanan Ready To Eat (terus boleh dimakan) ada juga. Kena panaskan dulu dalam masa 5-7 minit dan siap untuk di makan. Antara produk yang patut di cuba
Nasi Hujan Panas Ayam Kurma, Nasi Briyani Ayam Rendang, Nasi Briyani Ayam Merah, Nasi Minyak Ayam Percik, Nasi Putih Daging Masak Hitam ,Nasi Lemak Ikan Bilis danNasi Ayam Kukus
Ada ke Ejen Jualan?
KOPETRO Food juga telah melantik seramai 153 orang ejen jualan di setiap negeri antaranya, Selangor, Melaka, Terengganu, Johor. Kini dalam proses melantik lagi ejen-ejen negeri lain untuk mengembangkan lagi pemasaran produk sejuk beku ke seluruh Malaysia.
KOPETRO Food (KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD) juga menawarkan fasiliti perkhidmatan pengeluaran makanan dan membuka peluang perniagaan kepada Pengusaha industri kecil dan sederhana untuk bekerjasama dengan KOPETRO Food.
Ingin menjadi ejen LengQuas boleh berhubung terus dengan KOPETRO Food Sdn. Bhd. di talian 017-319 5764. Kalau nak diskaun boleh gunakan kod promo LENGQUAS10 untuk mendapatkan diskaun 10% dengan pembelian 3 pek ke atas.
Pingback: KOPETRO CATERING INFAQ UNTUK MANGSA BANJIR -THE BEST !