GV13 2026: MAWI, STACY, SHAHIR DAN JUARA AF KEMBALI BERENTAP!

GV13 Satukan Mawi, Stacy, Shahir & Juara AF! Siapa Bakal Jadi Juara Dalam Kalangan Juara?

Masih ingat fenomena Akademi Fantasia (AF) dulu? Dari Mawi, Stacy sampailah Shahir, ramai antara mereka pernah mencipta nama dan mempunyai peminat tersendiri.

GEGAR VAGANZA 13 – GV13

Kali ini, peminat bakal menyaksikan mereka kembali beraksi di pentas pertandingan menerusi Gegar Vaganza 13 (GV13) yang tampil dengan konsep Gegar Vaganza Fantasia.

GV13

Lebih menarik, musim kali ini menghimpunkan bekas juara AF untuk bersaing sesama sendiri. Antara nama yang bakal berentap ialah Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Shahir, Faizul dan Firman.

Kalau dulu mereka berjuang untuk menjadi juara AF, kali ini cabarannya berbeza. Masing-masing perlu membuktikan kemampuan sebagai penyanyi dan penghibur selepas bertahun-tahun dalam industri muzik.

MAWI, STACY, SHAHIR KEMBALI JADI PERHATIAN!

Bila sebut AF, nama Mawi memang susah nak dipisahkan daripada fenomena program itu. Fenomena ‘TsuMAWI’ suatu ketika dahulu menjadikan beliau antara nama paling diingati peminat AF.

Stacy pula mempunyai identiti muzik dan persembahan tersendiri, manakala Shahir, Faizal serta bekas juara lain turut membawa pengalaman masing-masing ke pentas GV13.

GV13

Menariknya, kali ini mereka bukan lagi peserta baharu yang sedang mencari tempat dalam industri. Mereka kembali sebagai artis berpengalaman dengan perjalanan kerjaya dan peminat tersendiri. Jadi, pastinya menarik untuk melihat bagaimana setiap peserta membawa gaya dan kekuatan masing-masing dalam pertandingan ini.

GV13 BUKAN SEKADAR THROWBACK AF

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, GV13 merupakan sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-30 Astro.

GV13

Konsep Gegar Vaganza Fantasia turut menyatukan dua jenama hiburan yang pernah mencipta fenomena, iaitu Gegar Vaganza dan Akademi Fantasia.

Jadi, bukan sekadar mengimbau kenangan lama, musim ini juga memberi peluang kepada peminat melihat perkembangan bekas juara AF selepas bertahun-tahun berkarya.

HADIAH RM100,000 MENANTI JUARA!

Sudah tentu, persaingan menjadi lebih menarik apabila hadiah utama sebanyak RM100,000 menanti pemenang GV13.

GV13

GVUNDI

Peminat pun boleh turut serta memeriahkan pertandingan menerusi sistem undian GVUNDI yang membawa semangat “Jari Menjadi Juri”. Undian peminat menyumbang 10 peratus kepada markah keseluruhan, manakala baki 90 peratus ditentukan oleh juri profesional.

NABIL, JIHAN & SHERRY KEMBALI MENGACARAKAN GV13

Untuk hos, gandingan Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad kembali mengendalikan GV13. Barisan juri profesional pula menampilkan nama yang sudah biasa dengan peminat program ini, iaitu Dato’ Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

GV13

Musim ini turut menampilkan juri jemputan daripada kalangan bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia yang akan berkongsi pandangan serta pengalaman mereka.

BILA GV13 MULA BERSIARAN?

Dah boleh tanda kalendar! GV13 bakal berlangsung selama 11 minggu dengan siaran langsung setiap Ahad, jam 9 malam mulai 8 November 2026

Selain konsert utama, peminat juga boleh mengikuti Kapsul Gegar Vaganza Fantasia yang memaparkan persiapan, temu bual dan momen di belakang tabir.

VAZZ VAGANA FANTASIA

Turut diperkenalkan ialah Vazz Vaganza Fantasia, program selama 30 minit selepas konsert utama yang menampilkan sesi wawancara dan soal jawab bersama peserta serta juri.

Daripada nostalgia AF kepada persaingan baharu di pentas Gegar Vaganza, GV13 pastinya membawa pengalaman berbeza buat peserta dan peminat.

Persoalannya, siapa yang bakal mencuri perhatian setiap minggu dan membawa pulang gelaran juara?