Baru-baru ini diadakan pertandingan akhir bagi CABARAN Potato Bread Chopdown. Buat yang suka membeli-belah, pusat membeli-belah AEON bukan nama baru. Ini antara pusat membeli-belah yang menyediakan semuanya dibawah satu bumbung. Jom saksikan apa yang sempat dirakam

POTATO BREAD CHOPDOWN

Kenapa potato bread? Kenapa bukan makanan atau hidangan lain? Ini kerana sejak pusat membeli-belah AEON dibuka, ini adalah makanan yang paling laris dan senantiasa mendapat sambutan.

POTATO BREAD CHOPDOWN GRAND FINALE

Resipi khas di buat oleh Chef Jepun dan hingga kini Masih lagi menjadi produk yang terlaris di mana-mana pusat membeli-belah AEON.

Sempena ulangtahun ke 40 AEON, satu pertandingan Potato Bread Chopdown diadakan untuk menyaksikan 10 peserta akhir yang terpiih dari seluruh negara untuk merebut gelaran juara.

POTATO BREAD CHOPDOWN GRAND FINALE

SARINGAN AWAL

Sebelum ini, saringan awal telah diadakan di semua 33 cawangan AEON diseluruh Malaysia. Untuk ini para peserta perlu menghabiskan 3 keping roti dalam masa yang terpantas.

POTATO BREAD CHOPDOWN GRAND FINALE

PERINGKAT SEMI FINAL

Mereka yang terpilih kemudian bersaing lagi dimana kali ini para peserta perlu menghabiskan 20 keping potato bread dalam masa yang 15minit. Yang terpantas akan melangkah grand finale a.k.a peringkat akhir.

POTATO BREAD CHOPDOWN GRAND FINALE

GRAND FINALE

Bukan calang-calang ye mereka yang terpilih ke Potato Bread Chopdown Grand Finale kali ini. Selari dengan sambutan ulangtahun ke 40 AEON tahun ini, peserta perlu menghabiskan 40 keping potato bread dalam masa terpantas. 9 peserta dari Zon Utara, Timur, Selatan dan Tengah hadir seawal jam 10 pagi.

POTATO BREAD CHOPDOWN GRAND FINALE

Nervous tak? Mana tak! Yang menonton nervous apatah lagi yang menjadi peserta akhir bukan? Potato Bread yang bakal dinikmati ada 3 perisa iaitu Original , Coklat Dan strawberry.

POTATO BREAD CHOPDOWN GRAND FINALE

Peserta diberi taklimat dan peraturan penting seperti keselamatan, cara makan dengan satu tangan dan cara menghentikan pemasa. Semua aspek keselamatan diambil kira walaupun hanya pertandingan makan.

TAHNIAH CHE WEI KAN

Dengan masa yang terpantas dicatatkan iaitu 3min 39 saat untuk habiskan 40 keping potato bread. Lihat sendiri moment-moment yang sempat dirakam bagi pemenang. Jangan sekali sangka mereka yang bertubuh kecil tak kuat makan ye.

POTATO BREAD CHOPDOWN GRAND FINALE
POTATO BREAD CHOPDOWN GRAND FINALE
POTATO BREAD CHOPDOWN GRAND FINALE

Tahniah buat Che Wei Ken peserta dari Bukit Mertajam membawa pulang wang tunai RM3000 untuk hadiah utama. Manakala peserta yang lain tetap membawa pulang hadiah saguhati bernilai RM200 setiap seorang.

POTATO BREAD CHOPDOWN GRAND FINALE
POTATO BREAD CHOPDOWN GRAND FINALE

PERISA BARU

Sempena pertandingan ini juga , diperkenalkan juga perisa baru potato bread selain dari Original iaitu Coklat dan Strawberry. Nampak keterujaan dari para pengunjung yang ingin mencuba perisa baru dan berkongsi pendapat akan rasanya.

POTATO BREAD CHOPDOWN GRAND FINALE

Apa pun, Selamat Ulangtahun ke-40 buat AEON dan semoga sukses di masa akan datang!

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge