5 RESEPI SAYUR CEPAT MASAK!

Sayur dapat dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bahagian tumbuhan yang dimakan seperti sayur daun, buah, dan ubi/bebawang. Ini dikongsikan resepi sayur cepat masak, tapi sedap

RESEPI SAYUR CAMPUR

Bahan-bahannya :
seikat kacang buncis (atau 12 btg)
1 batang carrot
Bunga kobis
2 biji Tauhu dipotong 9
5 ekor Udang size M
.
Bahan-bahan untuk ditumbuk :
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1/2 labu bawang besar
7 tangkai cili merah/api
1 genggam ikan bilis
2 cm belacan yg telah dibakar
gula1/2 sudu teh
.
Untuk Memasak bahan-bahannya:
Garam secukup rasa
2 sudu sos tiram
1 sudu teh perasa ayam maggie
1 sudu teh perasa ikan bilis maggie
1 senduk minyak masak

CARANYA:

1. Tumbuk semua bahan yang perlu ditumbuk seperti yg disenaraikan.
2. Goreng tauhu (tak perlu garing sgt). dan ketepikan
3. Panaskan minyak, dan tumiskan bahan yg ditumbuk hingga naik bau. Masukkan semua sayur2.
4. Jika perlu, campurkan 4 sudu air. tambahkan garam, sos tiram, perasa ayam dan ikan bilis. Tutup kuali dengan penutup. Biarkan kira-kira 5 minit sehingga sayur jadi ’empuk’. masukkan udang dan tauhu yg telah digoreng tadi.
5. Sedia untuk dihidangkan dan selamat mencuba

CENDAWAN SHITAKE CHINESE STYLE

Bahan ;
1.Shitakae Mushroom (Rendaman Semalaman,Kalau malas rendam air panas)
2.Brokoli
3.Carrot

Untuk hiris & tumis ;
1.Bawang Putih -Hiris nipis dlm 3Ulas
2.Halia – 1 hiris
3.Sos Tiram
4.Tepung jagung(dalam 1 sudu teh kecik,larutkan degan air setengah cawan)
5.Minyak *utk menumis

CARA MEMASAK

-Tumis halia & bawang putih.Dah naik bau & kekuningan .
– Sos tiram dimasukkan sedikit demi sikit. Kacau sampai naik bau
– Api sederhana dan masukkan air dan kacau lagi.
– Masukkan shitakae mushroom(Shitakae mushroom nak potong blh.Tak nak blh.Janji batang dia buang.Sebab keras)
– Sambil kacau, masukkan carrot
– Secubit garam atau serbuk perisa.
– Dah ok masukkan brokoli dan kacau.
– Bancuhan air tepung jagung masuk last sekali sampai sebati

😍 Sedia utk dimakan.

PAKCHOY SIMPLE

Bahan-bahan

Pakchoy dibelah dua
Seulas bwg putih dicincang
3tangkai cili padi dicincang
1sudu mkn myk masak
3sudu besar oyster sos
Secubit garam

SENANG MEMASAK!

– Tumis bwg putih n cili hingga garing angkat ketepikan..
– Dalam mnyak tumisan tadi letak air sedikit.
– Masukkan sos tiram dan secubit garam
– Pakchoy masuk untuk celur sekejap
– Angkat dan letakkan dalam pinggan
– Taburkan dengan bawang dan cili goreng tadi

KAILAN IKAN MASIN DAN UDANG

UNTUK BAHAN-BAHAN

1) Sayur kailan-dipotong
2) 5 ekor udang – buang kulit
3) 1 keping ikan tenggiri jeruk – potong kecil
4) 1 sk air dari botol ikan masin jeruk
5) 1 biji bawang besar- dimayang bulat
6) 1 inci halia-diketuk
7) 3 ulas bawang putih-diketuk
8) 😎 1 sb sos tiram
9) 1 sb sos ikan
10) Sedikit air asam limau nipis
11) Sedikit serbuk lada sulah

MEMASAK

1) Panaskan minyak dan tumis ikan masin tenggiri hingga naik bau sambil dikacau rata.
2) Kemudian masukkan bawang putih, bawang besar dan halia. Selepas itu, masukkan udang dan sos tiram.
3) Masukkan batang kailan dulu dan tambah air dr botol ikan masin tadi. Akhir sekali, masukkan daun kailan, sos ikan dan dikacau rata.
4) Masukkan dalam 2 sudu besar, biarkan seketika dan angkat. Semasa dihidangkan, tabur sedikit lada sulah dan perah air asam limau.

KOBIS GORENG ALA MAMAK

UNTUK BAHAN-BAHAN

1/2 biji sayur kobis, hiris kasar
1/2 batang karot, potong halus memanjang
1 sudu kecil biji sawi
2-3 tangkai daun kari
cili kering dan cili hidup
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan parut halus (menjadi pes):
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

CARA PENYEDIAAN :

– Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan parut halus bersama biji sawi.
– Apabila bahan tumis sudah kekuningan dan biji sawi sudah mula meletup kecil.
– Masukkan daun kari, cili kering dan cili hidup kemudian kacau sehingga naik bau.
– Masukkan pula kobis dan kunyit. Masak kobis sampai layu.
– Perasakan dengan garam serta gula secukup rasa.
– Tuang sedikit air supaya semua bahan bergaul sebati.

Tips:
Sayur ni sedap jika kobis nya dimasak sehingga lembut dan layu. Che Nom lebih suka gunakan kobis Cameron berbanding Kobis Beijing yang nipis.

Ini antara resepi sayur cepat masak dan paling penting sedap! Jadi, jangan lupa pastikan ada hidangan sayur dalam setiap waktu makan tau!

Credit: Kak Sri Sal

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge