Nestlé Koko Krunch dan KPM lancar Koko Kraf Club untuk memupuk kreativiti murid.
KOKO KRAF CLUB
Nestlé Koko Krunch dan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bekerjasama dalam memperkayakan pendidikan seni dan kraf bagi kanak-kanak sekolah di Malaysia.
“Inisiatif itu menekankan komitmen mereka untuk memupuk kreativiti dan imaginasi melalui program pendidikan, sekaligus membantu memupuk bakat masa depan,”
-Pegawai Eksekutif Perniagaan, Cereal Partners Worldwide Malaysia Singapura, Norkhayati Mohamed Hashini
CUNGKIL BAKAT DARI USIA MUDA
“Kerjasama ini juga menampilkan sokongan Nestlé Koko Krunch buat Pertandingan Seni Kraf Kolaj Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan anjuran KPM. Sebuah program pembangunan dan kecemerlangan seni visual yang direka untuk mencungkil bakat pelajar sekolah rendah dalam seni visual dari usia muda.
“Kami amat teruja dan berbesar hati untuk bekerjasama dengan KPM bagi memperkasa kanak-kanak melalui seni dan kraf. Malah percaya akan kuasa transformatif keceriaan yang dapat meluaskan lagi minda dan kreativiti kanak-kanak.
RAKAN KERJASAMA
“Sebagai rakan kerjasama, Nestlé Koko Krunch bangga dan komited untuk terus memperkayakan program ini
Kolaborasi ini membolehkan kami menyumbang kepada pembangunan holistic pelajar, melengkapkan mereka dengan kemahiran penting. Juga Memperkayakan pengalaman Pendidikan mereka untuk masa depan lebih cerah,”
PERTANDINGAN SERI KRAF KOLAJ
Kementerian itu melihat betapa pentingnya kerjasama tersebut dalam memajukan peluang pendidikan bagi pelajar sekolah.
“Kerjasama dengan Nestlé Koko Krunch ini menandakan langkah penting ke arah mempercayakan pendidikan seni untuk kanak-kanak sekolah di Malaysia.
“Ia membolehkan kami memperluaskan program seni visual kami, di samping menyediakan lebih banyak saluran kepada pelajar untuk meneroka dan menzahirkan kreativiti mereka.
“Malah, kami turut seiring dalam komitmen untuk memupuk kreativiti dan imaginasi di kalangan pelajar kami. Justeru, kami terus untuk meneruskan lagi kerjasama ini bagi memaksimumkan impaknya dan menginspirasi minda-minda muda di seluruh negara,”
-Pengarah, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian KPM, Zainuren Mohd Nor.
TEMA PERTANDINGAN – CERIA
Membentuk sebahagian daripada inisiatif ini, pertandingan sekolah anjuran KPM iaitu Pertandingan Seni Kraf Kolaj Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan. Bermula pada Mei 2024 kini dianjurkan di peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan.
Pertandingan ini berlandaskan tema ‘Keceriaan’ yang merangkumi ‘Detik pertama yang menggembirakan’, ‘Pengembaraan yang menggembirakan’ dan ‘Masa Depan yang menggembirakan’.
Majlis pelancaran rasmi yang diadakan pada 13 Julai lalu menampilkan 45 pemenang peringkat daerah yang akan mara ke pertandingan peringkat wilayah bagi Wilayah Tengah.
Pertandingan peringkat wilayah akan dijalankan dalam empat kelompok wilayah, di mana pemenang terbaik dari setiap wilayah akan mara ke Pertandingan Akhir Kebangsaan pada September 2024. Acara tersebut juga menampilkan bengkel kraf dan aktiviti menarik untuk penyertaan awam.
PUPUK KREATIVITI – KOKO CRAF CLUB
Selain itu, Nestlé Koko Krunch baru-baru ini memperkenalkan Koko Kraf Club, satu platform yang direka khususnya untuk memupuk dan menyemarakkan kreativiti, imaginasi, dan keceriaan di kalangan kanak-kanak Malaysia.
Melalui Koko Kraf Club, kanak-kanak sendiri menjadi ‘arkitek dalam mencipta hiburan masing-masing, di samping melibatkan diri dalam aktiviti imaginatif yang direka khas untuk mereka.
Ini membolehkan kanak-kanak riang ini untuk mengendali diri sendiri,menjadi kreatif dan mengekspresikan diri mereka dengan bebas. Sekaligus, ia dapat mencipta detik-detik keceriaan bukan sahaja di waktu sarapan, malah sepanjang hari dalam setiap aspek kehidupan mereka.
Dengan ini,Nestlé Koko Krunch komited untuk memperluaskan jangkauan dan impak Koko Kraf Club, demi mencapai lebih ramai kanak-kanak dan komuniti di seluruh negara.
Facebook |