POLIS EVO 3 MURAL GERGASI DI LOKASI DANG WANGI, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Siapa saja yang belum menonton filem Polis Evo 3 yang dilakonkan oleh para pelakon gempak!

Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures telah berjaya meraih kutipan panggung lebih RM51 juta dan sekali gus menjadi filem nombor 1 paling laris 2023.

POLIS EVO 3 MURAL GERGASI

Eh biar betul, ada mural gergasi untuk abadikan filem Polis Evo 3 ini. Agak-agak dimanakah lokasinya kena serbu nie!

MURAL GERGASI

Menyaksikan gabungan elemen desa dan bandar sebagai latar Inspektor Khai dan Inspektor Sani dihiasi dengan tagline Polis Evo 3, ‘Kita Lagi Kuat Boh’.

POLIS EVO 3 MURAL GERGASI

LOKASI

Rentetan daripada kejayaan dan sambutan positif daripada penonton serta peminat, filem Polis Evo 3 telah diabadikan di dalam sebuah mural di Jalan Kemuning, Dang Wangi.

POLIS EVO 3 MURAL GERGASI

Simboliknya adalah tidak kira di mana jua anda berasal, kita mampu mencapai impian masing-masing dengan usaha.

Mural setinggi 1000 kaki persegi itu merupakan hasil lakaran Abdul Rashade Studio.

SOKONGAN DARI

Mendapat sokongan daripada pihak DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur).

Mengalu-alukan usaha ini dalam mempromosikan kesenian dan kebudayaan bagi memberi impak dalam menaikkan imej Bandaraya Kuala Lumpur. 

TANDA TERIMA KASIH

“Sebagai tanda terima kasih atas sokongan peminat dengan penonton, pihak kami telah mengabadikan Polis Evo 3.

POLIS EVO 3 MURAL GERGASI

LUKISAN MURAL GRAFITI

Menghasilkan lukisan mural graffiti ini juga menjadi filem tempatan pertama diabadikan di sebuah mural. Para peminat juga berpeluang hadir dan bergambar kenangan bersama mural istimewa ini.

Selain itu, menerusi lukisan mural ini, kami cuba membawa mesej selaras dengan tagline Polis Evo 3. ‘Kita Lagi Kuat Boh’ kepada masyarakat di mana kita mampu melakukan dan atasi apa sahaja rintangan dengan usaha bersama”. 

POLIS EVO 3 MURAL GERGASI

-kongsi Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara , Raja Jastina Raja Arshad

PELANCARAN

Dihadiri oleh pelakon utama, Shaheizy Sam dan Zizan Razak bersama Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad.

Juga Pengarah Skop Productions, Datuk Yusof Haslam, Ketua Pegawai Eksekutif TGV Pictures & TGV Cinemas, Encik Tan Lay Han.

Termasuk Penerbit dan wakil Produksi BlackFlag, Joel Soh serta Pengarah Syafiq Yusof.

POLIS EVO 3 MURAL GERGASI

Sementara itu, turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Daryl Smith.

Selain itu, turut dihadiri Pengarah Eksekutif Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL, YBHG. Datuk TPr Sulaiman Bin Mohamed. 

T-SHIRT EKSKLUSIF POLIS EVO 3

Sementara itu, pihak Astro Shaw juga turut melancarkan penjualan t-shirt eksklusif Polis Evo 3 secara rasmi.

Terdapat 3 reka bentuk berbeza untuk pilihan peminat dan boleh dibeli di laman sesawang The Merchist dengan harga RM79.00. 

SINOPSIS POLIS EVO 3

Polis Evo 3 mengisahkan Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji.

POLIS EVO 3 MURAL GERGASI

Apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai. 

Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish.

Ada juga Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi. 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge