KAO SAMBUT ULANGTAHUN KE 50, AWESOME!

KAO SAMBUT ULANGTAHUN KE 50, AWESOME! | Assalamuiaikum dan Salam Sejahtera. Siapa saja yang tidak kenal dengan produk dari KAO.

KAO

Keselesaan. Keprihatinan. Kecantikan Ternyata Kao Corporation telah kian lama menawar kesemua kebaikan ini.

Banyak lagi sejak penubuhannya di Malaysia dengan rangkaian luas produk kecantikan, rumahtangga dan penjagaan kebersihan.

SAMBUT ULANGTAHUN KE 50

Sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-50 di Malaysia, Kao hari ini telah mengesahkan komitmennya kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai inisiatif menarik.

Di ketika Kao Malaysia meraikan ulang tahun ke-50, ia telah merancang pelbagai aktiviti menarik yang direka khusus untuk mendekatkan pelan ‘Kirei Lifestyle’nya kepada pengguna.

KEMPEN TOGETHER FOR TOMORROW

“Teruja untuk memulakan sambutan ulang tahun ke-50 kami dengan kempen Together for Tomorrow di IPC dari 4 hingga 9 Julai.

Kempen ini bukan sahaja menampakkan segala- galanya yang diwakili Gaya Hidup Kirei tetapi juga akan berfungsi sebagai sumber pendidikan .

Suatu jemputan kepada pelanggan Kao untuk menyertai kami dalam perjalanan mengindahkan kehidupan secara menyeluruh,”

-kata Encik Nishimaki Akira, Presiden of Kao Malaysia.

GAYA HIDUP LESTARI

“Dalam menghadapi cabaran global seperti perubahan iklim, masyarakat yang semakin
uzur, kekurangan sumber.

Juga pengurusan bahan seperti plastik, pengguna di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Menunjukkan keinginan untuk menikmati gaya hidup yang lebih lestari lagi mampan

KAO KIREI LIFESTYLE

Merupakan akar umbi strategi ESG kami. Melalui inovasi dan imaginasi yang berterusan, komited membantu pengguna di Malaysia dan seluruh dunia.

Untuk menikmati kehidupan yang lengkap dengan keindahan dalaman dan luaran.”

-kata Encik Toru Nishiguchi, Pengarah Presiden Pengawai Eksekutif Urusan Kanan, Produk Pengguna Global Kao Corporation

KEINDAHAN KEHIDUPAN MENYELURUH

Etos perniagaan Kao telah kian lama berpandukan falsafah korporatnya—The Kao Way—yang merangkumi prinsip seperti ‘Kami bertindak dengan berani.’

PELAN KIREI LIFESTYLE

Menyegarkan falsafah ini menghadapi cabaran masa depan dan peranan yang perlu dimainkan oleh Kao Corporation untuk pelanggan, komuniti dan dunia secara keseluruhannya.

Daripada memperkenalkan inovasi produk sehinggalah kepada impak alam sekitar syarikat dan produknya.

Matlamat ini disokong dengan inisiatif selaras dengan pelbagai matlamat kemampanan seperti penyahkarbonan, mencapai sisa sifar, memulihara air dan mencegah pencemaran udara dan air.

SYARIKAT PALING BERETIKA DI DUNIA

Setakat ini, Kao berjaya mengekalkanpengiktirafannya sebagai salah satu Syarikat Paling Beretika di Dunia.

Juga satu-satunya syarikat Asia yang disenaraikan setiap tahun selama 17 tahun berturut-turut oleh Institut Ethisphere, sebuah badan pemikir terkemuka AS.

Lebih-lebih lagi, visi Kirei Lifestyle KAO turut menangani keperluan kesihatan awam serta keperluan social yang pelbagai.

PELANCARAN BIORE GUARD MOS BLOCK SERUM

Inisiatif kesihatan awam baru-baru ini melibatkan pelancaran Bioré Guard Mos Block Serum
di Thailand bersama projek #Guard Our Future.

Suatu kempen yang menggabungkan aktiviti kesedaran demam denggi dengan kajian lapangan dan penyelidikan untuk menyokong komitmen syarikat kepada prinsip ‘Melindungi Kehidupan Masa Depan’.

Dengan melindungi kulit orang ramai, Kao berhasrat menyelamatkan nyawa dan memberi sumbangan positif kepada komuniti yang paling berisiko terhadap penyakit bawaan nyamuk.

#GUARDOURFUTURE

Dijangka berkembang di kebanyakan bahagian Asia Tenggara termasuk Malaysia dalam masa yang terdekat.

Mengenai isu sosial, Kao juga telah lama diiktiraf atas usahanya dalam memperjuangkan
kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman.

MEMPERKASA WANITA MUDA MALAYSIA

Terutamanya peranan wanita bukan sahaja dalam syarikat, anak syarikat dan sekutunya tetapi juga wanita di mana-mana sahaja.

“Berdasarkan nilai teras kami dalam menempuh jalan dengan integriti, dan juga menghormati hak asasi manusia.

Kao telah mewujudkan dasar kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman dengan tujuan membenarkan nilai dan bakat individu terserlah,”

“Khususnya, Kao percaya bahawa pemerkasaan wanita adalah penting untuk syarikat berkembang, memandangkan kepelbagaian adalah salah satu aspek yang paling penting dalam modal insan.

BENGKEL YAKINLAH MENJADI REMAJA

Usaha dalam memperkasa dan menyokong wanita juga telah lama bertapak dalam usaha komunitinya di Malaysia.

Sebagai contoh, pernah menerajui bengkel Yakinlah Menjadi Remaja sejak 1994 untuk menyokong dan mendidik gadis muda mengenai kepentingan penjagaan haid.

KERJASAMA PTPTN

Program tersebut telah diperluaskan dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai rakan penyampai utama.

Selaras dengan komitmen Kao juga untuk memperjuangkan keyakinan sebagai faktor utama pembangunan dan kejayaan seorang wanita.

LAURIER SCHOOL OF CONFIDENT

Inisiatif ini bertujuan bukan sahaja menyemai keyakinan di kalangan wanita muda. Tetapi juga memberi ganjaran kepada pelajar yang berkelayakan.

RM1,500 dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Dengan bimbingan Pelan Gaya Hidup Kirei, kami bercita-cita menperkembangkan lagi perniagaan kami. Menawar produk dan perkhidmatan yang lebih baik untuk pengguna dan masyarakat.

Agar dapat mengindahkan kehidupan secara menyeluruh untuk hari ini dan seterusnya”

-kongsi Encik Nishimaki.

Website|

    Comments

    No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge