PEMENANG DUTA AEON KIDS REPUBLIC 2023, PASTINYA AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tahukah anda yang baru-baru ini pihak AEON ada menawarkan pencarian duta buat produk mereka

DUTA AEON KIDS REPUBLIC 2023

Bertemakan ‘Kids Who Create The Future’, ini adalah kempen pencarian pertama yang dianjurkan oleh pihak AEON.

Kempen pencarian Duta AEON Kids Republic 2023 telah menerima lebih daripada 1706 penyertaan yang diterima kurang dalam tempoh 1 bulan. 2 kategori dipertandingkan iaitu

  • A Kategori : Dari umur 5 hingga 8 tahun
  • B Kategori : Dari umur 9 hingga 12 tahun
DUTA AEON KIDS REPUBLIC 2023

24 FINALIS

Seramai 24 orang telah disenarai akhir untuk ke peringkat akhir yang telah diadakan di IOI CIty Mall Putrajaya. Dimulakan dengan ‘catwalk’ di hadapan penonton sewaktu diperkenalkan.

DUTA AEON KIDS REPUBLIC 2023

Kemudian dimulakan dengan seisi soal jawab bersama finalis. Pilihan soalan adalah dari kotak misteri yang mempunyai permainan.

DUTA AEON KIDS REPUBLIC 2023

Antara syarat untuk menjadi seorang duta adalah perlu mempunyai keyakinan diri, selain berpotensi dan berani beracakap dihadapan orang ramai.

DUTA AEON KIDS REPUBLIC 2023

JURI ATAU PANEL HAKIM

Panel hakim untuk pencarian Duta AEON Kids Republic adalah Prichelle Lim, Partnership Manager for Singapore and Manager of theasianparent.

DUTA AEON KIDS REPUBLIC 2023

Siapa yang tidak kenal dengan Gillian Hung atau lebih dikenali sebagai Mama G – Fashion Icon and International Consultant; Designer and Founder of MMAG & Advisor of Malaysian Official Designers Association (MODA).

Juga Ruzaidi Zaman, Store Manager di AEON Putrajaya bersama Low Ngai Yuen.

PEMENANG DUTA AEON KIDS REPUBLIC 2023

Tahniah Puteri Aisya Carlysa binti Mohd Azham Shah dan juga sebagai pemenang untuk peserta perempuan dari Kategori B.

DUTA AEON KIDS REPUBLIC 2023

Nampak keyakinan-nya sewaktu menjawab setiap soalan yang diberikan. Personaliti dan keyakinan diri yang tinggi antara kenapa beliau telah dinobatkan sebagai pemenang. ,

Untuk Kategori A –

 Naira Alisha binti Mohammad Aimil Fariz

Muhammad Yusha Harris bin Muhd Yuzri Nizal 

Bagi Kategori B –

Ahmad Rageen bin Sultan Ahmad

Puteri Aisya Carlysa binti Mohd Azham Shah

PELANCARAN VERY IMPORTANT PARENTS [VIP] CLUB

Applikasi terbaru dari iAEON iaitu Very Important Parents [VIP] Club. Pelancaran telah di buat pada hari yang sama oleh Low Ngai Yuen.

Pelbagai keistimewaan, faedah serta ganjaran yang ditawarkan kepada ahli menerusi VIP Club.

Ingin tahu lebih lanjut jangan lupa download applikasi ini yea!

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge