POLIS EVO 3, BEST SANGAT KE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Rugi kalau tak tengok kerna kali ini penuh aksi dan tidak ketinggalan komedi dari kedua mereka!

POLIS EVO 3

Filem francais blockbuster dengan penampilan gandingan duo nombor 1 Malaysia, Polis Evo 3 kini bersedia menemui penonton menerusi sekuel terbaru. Di 165 buah pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 25 Mei ini.

Kemunculan filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures ini disambut positif oleh penonton selepas treler rasmi dilancarkan pada bulan lalu. 

Selain menjadi filem pecah panggung ikonik yang mengangkat kredibiliti pasukan polis negara, Polis Evo 3 masih mengekalkan DNA dan elemen daripada Polis Evo pertama (2015) iaitu aksi komedi dan Polis Evo 2 (2018) yang sarat dengan aksi mendebarkan.

Dengan pengalaman dan ‘forte’ pengarah terkenal Syafiq Yusof, Polis Evo 3 menjanjikan kualiti filem setanding karya antarabangsa serta mampu memberikan pengalaman dan kepuasan berbeza kepada penonton.  

GANDINGAN BARISAN PELAKON

Antara lain yang menjadi kekuatan Polis Evo 3 adalah gandingan barisan pelakon hebat yang menggerakkan setiap watak. Jika terdahulu watak Inspektor Sani (Zizan Razak) dan Inspektor Khai (Shaheizy Sam) hanya berdua.

Kali ini skuad Polis Evo dibesarkan lagi dengan watak-watak baru yang mempunyai kepakaran masing-masing.

Watak Inspektor Dani (Syafiq Kyle) pakar bahan letupan; Inspektor Julie (Fara Ali Khan) pakar penembak tepat;  Inspektor Dell (Douglas Lim) fokus dalam mengakses data teknologi.

ACP Farouk (Fauzi Nawawi) ketua skuad; dan Inspektor Faizal (Fezrul Khan) menjadi perisik khas. Sementara itu pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad membawakan watak antagonis, Reza yang digeruni. 

WATAK DARI FILEM TERDAHULU

Istimewa kali ini turut mengembalikan watak-watak daripada francais terdahulu seperti pelakon Nora Danish, Eyka Farhana, Kamaliah Mat Dom, Datin Fadilah Mansor.

Filem ini turut menampilkan nama-nama besar seperti Michael Ang, Ben Amir, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fauziah Gaos, Ezzaty Abdullah, Iman Corrine Adrienne.

Ada juga Danial Zaini, Radin ERA, Daniel Cheang, pempengaruh media sosial Zukieeeee serta penampilan istimewa Dato’ Afdlin Shauki. 

JENAMA POLIS EVO MAKIN KUKUH?

“Jenama Polis Evo semakin kukuh sebagai francais aksi no 1 negara. Tentunya sebagai penerbit, kami berusaha meningkatkan taraf filem ini ke tahap lebih tinggi.

Kami yakin kualiti produksi, jalan cerita serta lakonan adalah yang terbaik pernah kami hasilkan.

Ia bukan saja mampu menepati cita rasa penonton semua lapisan umur, latar dan bangsa, malah kami mensasarkan ia untuk tontonan seluruh rakyat Malaysia.

Bikin Filem

Diharapkan juga naskhah ini dapat mengangkat wajah filem tempatan apabila ia dipersembahkan kepada penonton negara luar.

Dengan kisah yang universal, membawa penonton merasai ‘emotional roller coaster’ melalui mood yang mendebarkan dan komedi dalam tema persahabatan, kekeluargaan dan percintaan.

Kami harap kehadiran filem ini dapat menjadikan ia sebagai filem francais aksi terbaik Malaysia. Serta mampu memberi kejutan terbaru dalam industri perfileman tempatan.”

-kata pihak penerbit Polis Evo 3, Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara , Raja Jastina Raja Arshad

PUNYAI KEUNIKAN TERSENDIRI

“Saya meminati filem-filem Polis Evo dan apabila diberi peluang untuk mengarahkan sekuel seterusnya, tentunya saya sangat teruja.

Namun masih ada  rasa bimbang kerana francais sebelum ini telah mencipta kejayaan luar biasa.

Perlu memastikan ia juga mempunyai keunikan tersendiri yang mampu memenuhi jangkaan peminat serta dapat memikat penonton baru untuk mengenali Polis Evo.

Pihak produksi, penerbit, barisan pelakon dan semua yang menjayakan filem ini telah melakukan yang terbaik. Kini tiba masanya filem ini dipersembahkan kepada penonton.

Berharap penonton dapat menerima hasil sentuhan saya dan terhibur menyaksikan filem ini. ”

-kongsi Pengarah Polis Evo 3, Syafiq Yusof

SINOPSIS FILEM

Mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru. Kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai. 

OST FILEM

Lagu tema utama bertajuk AYUH ciptaan komposer legenda rap terkenal, Malique bersama Adeep Nahar dan lirik oleh Malique, Kmy Kmo, Aman Ra.

‘Ayuh’ dinyanyikan oleh gabungan hebat Malique, Kmy Kmo, Aman Ra dan vokal terbaik, Ernie Zakri. 

Terdahulu Polis Evo (2015) mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta. Polis Evo 2 (2018) memungut jumlah box office RM23 juta.

Kesemua francais merupakan hasil di bawah rumah produksi BlackFlag.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge