PGDM ANNUAL DIGITAL AWARD 2022 PADA 18 MAC 2023, AMAZING! Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. PGDM? Digital Award apakah ini?
PGDM
Sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang telah diluluskan pada 2018 oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS). Objektif “Ke Arah Masyarakat Celik DIgital dan Pengembangan DIgital Ekonomi Sedunia.
Bukan setakat ke arah digital tetapi juga membantu dengan menjalankan keraja amal dan kebajikan buat mereka yang memerlukan. Antaranya pusat-pusat Tahfiz, rumah anak yatim mahupun golongan artis dan seni veteran.
PGDM ANNUAL DIGITAL AWARD 2022
Ianya berbentuk penganugerahan tahunan kepada syarikat-syarikat di dalam dan di luar negara yang sedang membina profil mereka dalam business.
Bakal berlangsung pada 18 Mac 2023 di Hotel Tenera, Bangi dimana akan dihadiri lebih dari 700 orang tetamu dalam dan luar negara. Tetamu kehormat dari pihak kedutaan bakal hadir untuk memeriahkan majlis ini.
ANUGERAH YANG BAKAL DISAMPAIKAN
Terdapat 20 entiti yang akan menerima anugerah Popular Digital, 6 entiti menerima anugerah pengiktirafan, 2 anugerah khas dan 5 anugerah pengiktirafan Rakan Strategik PGDM.
Pengiktirafan kepada badan-badan kerajaan tempatan juga akan diberikan pada PGDM Annual Digital Awards 2022.
Badan-badan kerajaan yang bakal menerima seperti Majlis Perbandaran Kajang, Pejabat Daerah Pentadbiran Hulu Langat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Di Raja Malaysia, SYABAS.
Tidak dilupa juga Sekretariat Kerajaan Negeri Selangor dan Anugerah Khas kepada RTM dan TV3 yang telah memberi khidmat yang cemerlang kepada masyarakat am dan setempat.
PROGRAM KEMASYARAKATAN
Bantuan percuma secara berkala, tajaan , latihan dan didikan untuk badan-badan kebajikan yang terpilih dibantu oleh PGDM di Malaysia dan di Indonesia.
PGDM berharap untuk melaksanakan program-program berbentuk ekonomi digital dan penganjuran acara di Indonesia, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka, Turki dan negara-negara lain secara berfasa.
MEMORANDUM PERSEFAHAMAN RAKAN STRATEGIK
Beberapa Memorandum Persefahaman dengan rakan-rakan strategik telah termetrai iaitu:
Komite Pengusaha Mikro Kecil Menengah Indonesia (KOPITU) Website
Gabungan Perusahaan Eskpor Indonesia (GPEI) DKI Jakarta Website
United Nation World Peace Assosication (UNWPA) Website
Swa TV Broadcasting & Digital Media (Malaysia) Website
Persatuan Pengusaha-Pengusaha Aura Manjung Perak Malaysia Facebook
Tahniah diatas memorandum persefahaman ini dan semoga PGDM Annual Digital Awards 2022 berjalan dengan lancar.