PERCUTIAN IMPIAN “SMILE OF LOVE-WIN A CRUISE CONTEST”| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. JIka menaiki cruise antara ‘wish list atau bucket list’ anda, apa kata jom join peraduan ini. Mana tahu tuah anda!
“SMILE OF LOVE-WIN A CRUISE CONTEST”
Ini adalah peraduan terbaru kerjasama antara AEON CO. (M) Bhd atau AEON dan Resorts World Cruises. Semestinya bakal merealisasikan impian anda untuk bercuti di atas kapal!
Kempen terbaharu “Smile of Love-Win A Cruise Contest” daripada AEON ini memberi peluang kepada pelanggan-pelanggan AEON.
Memenangi pakej percutian selama 3 Hari 2 Malam di kapal persiaran Genting Dream oleh Resorts World Cruises.
Seramai 8 pemenang bertuah akan dipilih setiap bulan bermula 10 Februari hingga 7 Mei 2023. Setiap 15haribulan, nama pemenang akan diumumkan.
MAJLIS PELANCARAN
Terbaru, satu majlis pelancaran telah diadakan di AEON Alpha Angle, Wangsa Maju dengan para media dan pengamal sosial media.
Juga dihadiri oleh Penolong Naib Presiden, Korporat Komunikasi dan Pemasaran Resorts World Cruises, Ong Hsieh Lien, Ketua Pemasaran AEON, Nikki Lee serta Ketua Sistem Pembayaran AEON Credit Service, Koh Mei Leng.
PENGHARGAAN BUAT PELANGGAN SETIA?
Kempen “The Smile of Love” ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada pelanggan-pelanggan AEON yang setia dan sentiasa memberi sokongan.
Sokongan berterusan menjadikan AEON sebagai destinasi membeli-belah mereka. . Ini adalah satu cara bagi AEON untuk terus memberi pengalaman yang lebih baik dan kepada pelangan-pelanggannya.
CARA-CARANYA:
Tidak kira anda adalah ahli AEON atau bukan ahli AEON , boleh saja menyertai kempen ini. Yang perlu lakukan ialah
- Membuat pembelian sebanyak RM38 (Ahli AEON) dan RM58 (Bukan Ahli AEON) melalui dua resit pembelian pada hari sama. Di bahagian F&B serta snack & cinema.
- Berpeluang memenangi pelayaran untuk 2 orang di Genting Dream- Ihsan Resorts World Cruises.
KERJASAMA DENGAN RESORTS WORLD CRUISE
AEON sangat teruja dan berbesar hati dapat menjalin kerjasama bersama Resorts World Cruises. Sebuah syarikat perkapalan gaya mewah yang kaya dengan warisan Asia.
Menawarkan kepelbagaian pengalaman percutian di atas kapal selama 3 hari 2 malam ke destinasi-destinasi popular.
Antaranya Pulau Pinang, Singapura dan tidak lama lagi, destinasi antarabangsa iaitu ke Phuket daripada Pelabuhan Kelang setiap minggu.
Pelbagai tawaran menarik yang inklusif, seperti santapan percuma di tempat terpilih. Juga menampilkan masakan antarabangsa dan Asia yang meluas, serta sudut snek kegemaran sepanjang hari.
Jangan risau ada hidangan makanan halal turut disediakan selain vegetarian. Yang penting kemudahan surau untuk solat ada walaupun sedang belayar di atas kapal.
ADA PERSEMBAHAN ATAS KAPAL
Selain itu, tetamu juga dihiburkan dengan pelbagai aktiviti dan persembahan termasuk persembahan antarabangsa.
999 tempat duduk, taman air yang menawarkan sebuah kolam dengan 6 slaid air, wall climbing dan banyak lagi aktiviti rekreasi yang menarik.
INISIATIF AEON
Ini adalah selaras dengan inisiatif AEON untuk menegakkan matlamat bersama United Nation Sustainable Development.
Memfokuskan pada Kesihatan Yang Baik dan Kesejahteraan (SDG 3) dan Decent Work and Economic Growth (SDG 8).
Dengan itu, AEON akan terus mempromosikan gaya hidup sihat dan kesejahteraan bagi semua peringkat umur.
Dalam masa yang sama mempromosi perkembangan ekonomi secara berterusan, inklusif dan mampan, pekerjaan penuh dan produktif.